Dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir Semester Ogos sesi 2009/10 akan berlangsung selama 3 minggu mulai 16 November ini.
Jadual Peperiksaan Akhir Sem Ogos 2009/10 akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini.
HEA Kolej Uniti
Archive for October, 2009
Peringatan Peperiksaan Akhir Sem Ogos 2009
October 27, 2009Kemahiran Insaniah – Keperluan Wajib Dunia Pekerjaan Hari Ini
October 27, 2009Pendidikan negara hari ini tidak lagi terjurus kepada kandungan ilmu semata-mata. Manakala hakikat kebanyakan pusat pendidikan negara masih menekankan kepada pencapaian akademik (exam-oriented), pihak kerajaan – sejak beberapa tahun kebelakangan ini – telah menggesa agar pendidikan yang ditawarkan memasukkan elemen Kemahiran Insaniah atau Soft Skill.
Pendekatan lama yang menekankan kepada pembinaan daya kognitif tinggi sebenarnya adalah [...]
Cuti Umum Bagi Negeri Sembilan
October 21, 2009Sukacita dimaklumkan bahawa pada Isnin, 26 Oktober diisytiharkan sebagai hari cuti bagi Negeri Sembilan bersempena pertabalan DYMM YAM TUAN BESAR Negeri Sembilan yang baru.
Kolej akan dibuka semula pada 27 Oktober.
Ibu Cik Idayu Kembali ke Rahmatullah
October 18, 2009Dukacita dimmaklumkan bahawa ibu kepada Pegawai Sumber Manusia Kolej Uniti iaitu Cik Idayu bte Sahat telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Jenazah ibu beliau akan dikebumikan sebelum zohor di tanah perkuburan Kg Tedung, Melaka.
Warga Uniti mengucapkan takziah di atas pemergian ibu cik Idayu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham.
Foto-foto Warga Uniti dari Lensa Kamera Nikon D40X
October 17, 2009Sila klik di sini (Album Jamuan Hari Raya Eidil Fitri dan Anugerah Pelajar Cemerlang 09) untuk menatap wajah-wajah dan aksi anda yang sempat dirakam oleh lensa kamera cikgubad semasa majlis Jamuan Raya ‘Eidil Fitri dan Anugerah Pelajar Cemerlang 15 Okt lalu.
Berikut adalah sekeping foto pilihan cikgu Bad untuk tatapan pengunjung blog ini.
Manakala foto-foto bagi persembahan [...]
Pelajar DPS Sem 3 Beraksi..
October 15, 2009Semalam 14 Oktober telah berlangsung persembahan pelajar-pelajar DPS Sem 3 sebagai menyempurnakan sebahagian keperluan kerja kursus DPP2112 Aktiviti Fizikal Peringkat Awal Kanak-kanak di Uniti Village.
Cukup digambarkan betapa meriah dan menyeronokkan pertunjukan tersebut dengan sekeping foto pilihan di bawah.
Laporan lanjut akan menyusul kemudian.
CUTI DEEPAVALI
October 15, 2009MEMO HEA UNITI
14 Oktober 2009
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kolej telah bersetuju untuk memberi cuti khas sempena Perayaan Deepavali dari 16 hb (Jumaat) hingga 20 Oktober 2009 (Selasa) kepada pelajar berketurunan India kecuali bagi pelajar India Semester 1 Mei yang jadual peperiksaan akhirnya jatuh pada mana-mana hari cuti tersebut.
Bagi pelajar-pelajar lain semua aktiviti akademik (kuliah/tutorial/ujian) akan [...]
Penolong Pendaftar HEP dan Pengarah Yayasan Uniti yang Baru
October 13, 2009Berkuatkuasa mulai 1 Oktober lalu, En Rizal Razak telah dilantik ke jawatan Penolong Pendaftar HEP Kolej Uniti. Manakala En Saiful Abd Shukor pula dilantik menjadi Pengarah Yayasan Uniti.
Pihak kolej dengan ini mengucapkan tahniah kepada mereka berdua di atas pelantikan ke jawatan penting ini. Moga mereka berdua dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh bertanggungjawab, efektif dan [...]
Jamuan Aidil Fitri dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2009
October 13, 2009Kolej Uniti akan mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2009 seperti berikut :
Tarikh : 15 Oktober 2009
Masa : 3.00 – 5.00 petang
Tempat : Uniti Village
Semua pelajar dan staff Uniti dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini.
Pengurusan Kolej Uniti
ENGLISH DAY – Be Prepared.
October 13, 2009MEMO From CEO’s Office
5 October 2009
To All Students and Staff
ENGLISH DAY
Realizing the importance of the English language in today’s world, the college has decided to allocate one day a week as ENGLISH DAY. The main objective is to make Warga Uniti more proficient in spoken English.
All students and staff are require to use English every [...]
Komen Terkini