Penolong Pendaftar HEP dan Pengarah Yayasan Uniti yang Baru
Berkuatkuasa mulai 1 Oktober lalu, En Rizal Razak telah dilantik ke jawatan Penolong Pendaftar HEP Kolej Uniti. Manakala En Saiful Abd Shukor pula dilantik menjadi Pengarah Yayasan Uniti.
Pihak kolej dengan ini mengucapkan tahniah kepada mereka berdua di atas pelantikan ke jawatan penting ini. Moga mereka berdua dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh bertanggungjawab, efektif dan efisyen.
Pengurusan Uniti
November 10, 2009 at 6:24 am
Komen ini ‘disimpan’ kerana sifatnya yang tidak sesuai utk dipaparkan kepada umum. Harap maaf.
November 10, 2009 at 6:38 am
Salam Insan Prihatin,
Terima kasih kerana mengemukakan aduan ini. Namun, kerana ada dakwaan yang berat juga dlm komen kali ini kepada pihak yang berkenaan saya ’simpan’ aduan ini dan akan dimajukan kepada pihak berkenaan untuk siasatan lanjut.
November 5, 2009 at 3:51 am
Salam Cikgubad,sy terpanggil utk meluahkan perasaan ketidak puas hati kami para pelajar terhadap pimpinan HEP yg baru. Baru pegang jawatan Penolong Pendaftar HEP, telah byk kepincangan yg berlaku di UV.Kami para pelajar bukannya bodoh kerana kami nampak apa yg telah dan sedang berlaku di KU & UV.
Komen seterusnya tidak disiarkan atas sebab tertentu.
November 5, 2009 at 1:52 pm
Komen dari sdr Azhar telah ‘disimpan’ bagi menjaga kemaslahatan tertentu. Kepada Azhar komen sdr akan dipanjangkan kepada pihak berkenaan untuk pertimbangan dan tindakan yang sewajarnya.
Terima kasih Azhar. Saya percaya sdr seorang pelajar yg prihatin dan peka kepada perkembangan yang berlaku di kampus.
October 31, 2009 at 12:49 pm
Tahniah Rizal, Sebagai golongan pelajar asal (First Batch 1997) didoakan anda akan membawa kecemerlangan kepada HEP KU sehingga menjadi tersohor di seluruh Malaysia. Diharapkan anda memasukkan agenda menghidupkan Alumni UNITI sebagai salah-satu KPI anda
October 31, 2009 at 12:41 pm
Buat juga lawatan ke Kolej Swatsa yang berbeza macam KLIUC, Kolej Taylor, Nilai College dll. supaya MPP KU mendapat ufuk pandangan dan pengalaman yang pelbagai. Yang baik dijadikan teladan, Yang tidak dijadikan sempadan.
October 22, 2009 at 5:04 am
Tahniah En. Rizal.. semoga HEP kali ini di bawah pimpinan En Rizal makin MANTAP dan berjaya merealisasikan VISI dan MISI HEP…apa sahaja perkara baik yg dibuat (utk pembangunan jasmani,rohani&
intelektual) saya sokong..
Nak cdgkan..
1)pihak HEP buat Kursus Kepimpinan Pelajar utk MPP yang baru dan MT tertinggi persatuan dengan segera..boleh jmpt penceramah yg bpengalaman…buat kat luar uniti…bertukar angin…rasanya ramai yg tak tahu prosedur… contohnya utk bt kertas kerja,surat,dll…takwim persatuan yg tak bertembung dgn takwim akademik..
2)membuat lawatan sambil belajar ke IPT spt KUIS
(utk lihat cara MPP dan persatuan mereka bergerak disamping boleh bertukar pandangan dan pengalaman.
Semoga mereka yg telah diamanahkan untuk memegang tampuk pimpinan MPP dan persatuan merasa bertangungjawab terhadap apa yg diamanahkan terhadap mereka…Semuanya kerana Allah…
October 22, 2009 at 5:45 am
Salam Student Uniti,
Terima kasih di atas cadangan bernas sdr.
Moga HEP di bawah kepimpinan baru sekarang akan lebih efektif dan efisyen dalam menunaikan amanah maha besar bagi membentuk sahsiah dan kepimpinan pelajar Uniti secara keseluruhannya. Namun tugas ini perlu disokong sama oleh para pelajar dengan iltizam yang tinggi dan berdaya kompetetif secara sihat.