Panduan dan Nasihat Buat Pemohon Jawatan Pensyarah


Kepada semua calon-calon yang berminat dan berpotensi untuk menjadi pensyarah Kolej UNITI sdr/i dipelawa untuk mengirimkan surat permohonan rasmi dan resume anda.

Bidang-bidang yang masih ada kekosongan adalah bidang :

  1. Pengajian Islam
  2. Bahasa Arab
  3. Pendidikan pra-sekolah/pendidikan awal kanak-kanak

Walaubagaimanapun jika ada yang ingin memohon bidang selain daripada bidang di atas, maka dipersilakan untuk memohon. Tidak rugipun mengirim permohonan anda. Mana tahu jika ada keperluan pada masa akan datang, anda boleh disenaraipendek untuk ditemuduga.

Pihak kami menerima banyak permohonan daripada graduan IPTA yang berminat menjadi pensyarah. Namun sebahagian permohonan mereka tidak lengkap untuk memenuhi syarat asas permohonan iaitu tiada surat permohonan rasmi untuk menyatakan jawatan pensyarah dalam bidang yang dipohon. Resume pula tidak disertakan gambar yang standard.

Maka dinasihatkan agar permohonan mestilah bersifat (lebih) rasmi dengan mengemukakan dokumen yang tersebut di atas yang disediakan mengikut piawaian yang biasa.

Pemohon juga dinasihatkan memohon bidang yang bersesuaian dengan kelayakan ijazah. Adalah tidak sesuai jika seorang pemegang ijazah kejuruteraan atau sains komputer memohon jawatan pensyarah pendidikan awal kanak-kanak/pra-sekolah. Dalam kes sebegini, permohonan calon akan ditolak awal-awal lagi oleh Bahagian Sumber Manusia.

Suka diingatkan bahawa pihak HR tidak akan memaklumkan penerimaan permohonan kepada pemohon. Hanya jika ada kekosongan barulah pemohon akan dihubungi untuk ditemuduga.

Harap maklum

10 comments on “Panduan dan Nasihat Buat Pemohon Jawatan Pensyarah

  1. Salam…
    saya seorang guru prasekolah yang telah tamatkan pengajian di peringkat sarjana pendidikan awal kanak-kanak (UPSI). SAya berminat mengajar secara sambilan bagi kursus prasekolah/pend awal kanak-kanak.
    Jika ada kekosongan, mohon maklumkan pada saya untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.

    • Wa’alaikum salam Ainalita,

      Sdri dipelawa utk mengirim resume untuk pertimbangan pihak kami jika ada keperluan pada semester akan datang.

  2. assalamualaikum..

    saya ijazah dalam bidang ukur.. dan ada pengalaman menjadi pensyarah sambilan.. sekiranya saya berminat untuk jd tenaga pengajar pra sekolah boleh ke?..
    kerana di dalam web ni meminta kepada sesiapa yang berminat..so saya memang berminat untuk mengajar..

  3. Salam Cg.Bad…
    boleh saya bertanya berkenaan dengan surat permohonan rasmi?
    adakah ianya merujuk kepada ‘cover letter’?
    terima kasih..

  4. Salam..
    Saya ingin bertanya sekiranya jawtan pesyarah bahasa arab masih ada kekosongan. Dan adakah jwatan tersebut boleh di mohon oleh warganegara asing ?

  5. saya seorang guru dg44, pemegang ijazah sarjana BM dan kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat Phd (UM) dalam bidang pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak2 pra sekolah.. adakah saya layak memohon jawatan pensyarah dalam bidang Pend. pra sekolah/ pend, awal kanak2?. TQVM

    • Salam Norafizah,

      Kelayakan asas adalah ijazah pertama atau kedua dalam bidang pendidikan pra-sekolah / pendidikan awal kanak-kanak utk menjadi pensyarah sepenuh masa atau sambilan dalam bidang yang dimaksudkan.

      Utk makluman sdri buat masa ini jwtan pensyarah dlm bidang tersebut telah pun dipenuhi.

      Harap maklum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s