ADUAN & KOMEN PELAJAR
Laman ini dibuka untuk pelajar menyalurkan sebarang ketidak puashatian atau aduan samada mengenai akademik, kemudahan prasarana di kampus dan asrama, hal ehwal pelajar, kewangan dan sebagainya.
Semua aduan dan komen yang disiarkan insyaALlah akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan kolej atau pihak lain yang berkenaan untuk penelitian lanjut dan tindakan yang sewajarnya.
Aduan hendaklah disertakan dgn maklumat asas seperti nama pengadu, matrik, program, jenis aduan, atau jika melibatkan kejadian tertentu hendaklah disertakan tarikh, masa dan tempat kejadian.
Pengadu tidak perlu risau akan terdedahnya identitinya kerana moderator akan ‘menyembunyikan’ semua butiran peribadi pengadu dan hanya menyiarkan kandungan aduan sahaja untuk tatapan khalayak pembaca blog ini.
Manfaatkanlah laman ini untuk meningkatkan keberkesanan sistem pemyampaian dan perkhidmatan Uniti kepada para pelajar.
Namun segala aduan atau komen atau juga pandangan mestilah disampaikan dengan penuh etika dan menjaga adab interaksi sesuai dengan status pelajar sebagai ahli kepada sebuah komuniti akademik yang sarat ilmu, iman dan amal.
Pihak moderator berhak menapis semua aduan pelajar agar menepati maksud tujuan laman ini diwujudkan.
December 18, 2009 at 1:02 pm
salam…
Cikgu Bad,minta maaf,boleh emailkan saya nombor En.Bahar?maaf kerana menyusahkan…terima kasih…
December 18, 2009 at 3:02 pm
Salam Ibn Habib,
Saya sudah emailkan no telefon En Bahar tetapi ‘failed’. Ini mungkin email yg sdr berikan salah (mungkin tersalah taip). Saya tidak dapat siarkan no tersebut di sini kerana ia adalah no peribadi. Harap sdr berikan email yg betul ASAP.
Wassalam
December 19, 2009 at 3:02 am
salam..mungkin cikgu boleh emailkan ke am_ulul@yahoo.com..maaf menyusahkan cikgu pula..
December 17, 2009 at 3:18 pm
Salam…
Cikgu if DPS x dpt MQA, mcm mane nasb kami pelajar DPS? Ramai budak DPS dah keluar dari Uniti disebabkan tiada MQA.
December 17, 2009 at 3:40 pm
Saya sudah pun menjawabnya dalam kesempatan lalu terhadap soalan sama. Sila sdri rujuk aduan dan jawapan saya tersebut.
Cuma satu perkara perlu saya terangkan dengan jelas kepada sdri dan pelajar-pelajar baru khususnya bahawa pasukan akademik DPS yg diterajui EN Zakri Md Zain sedang berusaha memenuhi segala permintaan MQA setelah membuat penilaian ke atas perjalanan akademik DPS selepas Hari Raya Puasa lalu. Dokumen tertentu sedang disiapkan sebagaimana dikehendaki oleh panel MQA.
Kita mesti menunggu sedikit masa lagi sebelum proses ini selesai.
Adapun maklumat atau perkhabaran bahawa DPS tiada kelulusan atau akreditasi MQA itu hanyalah cakap-cakap mereka yang tidak ada autoriti. Isu ini telah lama dicanangkan dari mulut ke mulut sejak program ini dimulakan 2 1/2 tahun lalu. Mereka yg mencanangkan khabar palsu atau tidak betul ini sebenarnya tiada pengetahuan yg betul mengenai peruntukan undang-undang negara amnya dan peraturan asas mengendalikan kursus atau program di sisi undang-undang MQA khususnya.
Malangnya sebahagian pelajar termasuk ibu bapa agak naif atau tidak arif mengenai status kelulusan program. Dengan emosi dan kedangkalan berfikir secara munasabah dan kritis, mereka cepat terpengaruh dan terus mengambil keputusan mengundur diri walhal kebanyakan maklumat yg diperolehi adalah tidak benar dan meleset dari realiti.
Saya nasihatkan sdri agar meneliti dan menghalusi berita atau lebih tepat lagi cerita yg telah diwar-warkan dari mulut ke mulut pelajar senior atau pihak tertentu sebelum boleh membuat keputusan menarik diri.
Benar tiada jaminan lagi bahawa DPS akan dapat akreditasi penuh MQA. Hanya Allah sahaja yang tahu takdir yg akan berlaku kelak. Namun, dengan pengalaman dan track record terdahulu di mana semua program yg telah dijalankan sebelum ini mendapat Akreditasi Penuh (100%) dari MQA (sdri boleh semak di pejabat pentadbiran Uniti atau rujuk bahagian HEA) , insyaALlah kami mempunyai asas utk yakin bahawa DPS bakal memperolehi Akreditasi Penuh MQA tahun depan. InsyaALlah.
Wallahua’lam
December 17, 2009 at 1:30 pm
salam cikgu,
sy nk tnya wireless green spot yg berada di uniti tu memerlukan kami password .adakah kami kena byr utk mendptkn password tuu.
sy br terperasaan ms nk surf internet,
terima kasih
December 17, 2009 at 2:51 pm
Salam Nurul,
Sebenarnya mesej ‘wireless green spot’ itu merupakan satu kaedah utk mengawal dan menghadkan penggunaan internet tanpa wayar hanya kepada pelajar di kediaman UV. Buat masa ini sistem akses internet wifi ini sedang dalam proses naik taraf. Maka pelajar tidak boleh lagi mengakses kemudahan ini. InsyaALlah kemudahan ini akan berfungsi menjelang semester Januari nanti.
Mengenai sama ada kemudahan ini dicaj atau tidak ia akan dijelaskan oleh pihak pengurusan kelak.
December 17, 2009 at 11:56 am
salam…
hye..selamat membaca komen saya, saya cuma nak tanye kenapa kat UV xd dewan besar? kalau ada dewan besar, pelajar DPS tidak perlu berulang alik dari UV ke K.U, lagipun pelajar DPS ramai.kalau ada dewan besar kolej pun senang untuk membuat sebarang majlis.
December 17, 2009 at 2:59 pm
Salam Number 1,
Cadangan sdri memang baik. Namun utk menyediakannya memerlukan kos yang besar. InsyaALlah dewan besar tersebut mungkin akan dimasukkan dalam senarai kemudahan infrastruktur yang akan dibangunkan kelak. Tidak semua kemudahan boleh disediakan pada satu-satu masa serentak. Ia berhajatkan kepada prasyarat seperti dana dan tempat atau tapak yang sesuai selain kepentingannya sama ada perlu diutamakan atau boleh dikemudiankan.
Buat masa ini projek yang sudah pun dimulakan semasa cuti semester sekarang ialah projek menyiapkan padang bola sepak yg terletak tidak berjauhan dari UV.
December 17, 2009 at 11:29 am
Salam……….
Saya ingin bertanya adakah pelajar DPS sem 1 2009 perlu membayar yuran untuk masuk ke sem 2 tahun hadapan?
December 17, 2009 at 2:42 pm
Salam Number 1,
Bayaran pengajian semester akan datang ada dinyatakan dalam surat yang akan diposkan kepada pelajar. Namun, pelajar yang ditaja tidak perlu bimbang kerana ia akan dijelaskan oleh penaja sama ada PTPN atau MARA kemudian.
Bagi pelajar yang masih menunggu kelulusan penaja bayaran tidak semestinya dijelaskan sepenuhnya pada hari pendaftaran kecuali bagi pelajar yang berkemampuan. Yang pokoknya akaun pelajar perlu dalam status aktif dengan membuat sebahagian pembayaran. Perkara ini boleh dirunding dengan pegawai UKP semasa pendaftaran nanti.
Kami berharap pelajar tidak terlalu bimbangkan soal pembayaran semasa pendaftaran nanti. Bawalah duit secukupnya berdasarkan kemampuan keluarga. Hutang atau tunggakan – jika terpaksa – boleh dijelaskan secara beransur-ansur kelak setelah dipersetujui oelh UKP. Namun ini bukanlah ketetapan umum. Ia akan dilayan mengikut kes. Bukankah akhirnya hutang wajib dijelaskan juga.
Selamat mendaftar sdri Number 1.
December 16, 2009 at 1:43 pm
salam…
December 16, 2009 at 1:41 pm
salam..sy ingin mintak pjelasan dari pihak kolej tntang tajaan mara bg student sem 1..pihak kolej ckap mara dibekukan skarang..tp kwan saya yg blaja dkt kolej shahputra kuantan da trima pown duit bulanan..hope pihak kolej dpt beri p,jelasan yg bernas..kecian la dkt kitorang kalo dpt ptptn..nk mkn pe kalo rm100 stu sem????????????????
December 16, 2009 at 1:49 pm
Salam Dak Terengganu,
Isu ini hanya boleh dijawab oleh Bahagian Unit Kewangan Pelajar (UKP) Uniti. Kemusykilan sdr akan dipanjangkan kepada pihak UKP utk mendapatkan jawapannya.
Harap bersabar. Juga diharapkan sdr tidak membuat kesimpulan sendiri berhubung dgn keputusan sama ada mendapat tajaan PTPN dan MARA kerana ia bukan di bawah bidang kuasa kolej. Pihak kolej melalui UKP hanya menguruskan permohonan pelajar berdasarkan peruntukan dana pihak penaja. Seperkara lagi kelayakan pelajar juga menjadi penentu kepada diluluskan atau tidak permohonan yg dibuat pelajar.
Buat masa ini fokuskan dulu kepada bidang akademik sdr. Moga ALlah memudahkan urusan ini.
Wassalam
December 15, 2009 at 9:12 am
salam..sy nk b,tnye apakah btol mulai awal tahun 2010 student lelaki akan dtmpatkan di exora???sy tgk exora msih blom dbersihkan.adakah itu kerja kami.kmudahan dkt ctu pn tak ckup…lg stu mcmmane dgan dak dps utk pegi ke bilik kuliah?adekah kne bg awal pg dan exercise utk ke uv???adalah tidak adil bg kami..byar yuran sama dgn student lg tapi tggal di tmpat yg tidak bersih..pape pun senyum s0km0..
December 16, 2009 at 11:36 am
Salam Ganu Kite,
Tiada pekeliling mengenai penempatan pelajar lama ke Ixora Permai dikeluarkan oleh pihak berkenaan setakat ini. Justeru, ia sekadar desas desus sahaja. Sekiranya arahan itu dikeluarkan sudah pasti ia akan disiarkan dalam blog ini.
Sila baca jawapan kami sebagai respons kepada soalan yg serupa sebelum ini. Apapun, jika ada perubahan yang dilakukan ia adalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan semasa seperti pertambahan bilangan pelajar dan seumpamanya. Sudah pasti ia diniatkan utk menyelesaikan masalah yang timbul. InsyaAllah kebajikan pelajar akan sentiasa diberi perhatian.
Wassalam
November 25, 2009 at 4:48 am
salam,,
sy student uniti..
ingin b’tnya kpda phak yg b’wjib,adkah koperasi yg bru b’operasi di uniti village tlah m’mnuhi prasyarat sbuah kperasi yg b’operasi d’bwah sbuah kolej islam??
Dmna ahli kperasi b’skap krang sopan t’hdap student..srta mngmbil skap rmeh t’hdap kprluan stdent yg tggl b’jauhan dr kluarga.,slain itu jga lyanan yg d’brikan amat b’beza drpd kperasi yg tlah b’khdmat sblm ini..sy amat stuju jka staff t’sbut d’tkarkn kpd staff yg tlah m’pljari etika p’adaban t’hdap ahli2 kolej uniti..ia jga amat m’malukan jka kjadian ini b’ulang lg..
November 22, 2009 at 10:48 am
salam..
sy stdent uniti sem 1 sesi mei,,
nk tnya,bler result final akn d’kluarkn??
dgr citer akn d’pos,,
tp smpai skg x dgr pape pon..
November 22, 2009 at 12:22 pm
Salam kiki,
Saya salin semula jawapan saya kpd soalan sama dr sdri sebelum ini. Diharap sdri betul2 memahami respons saya tersebut.
Wassalam
Submitted on 2009/11/07 at 10:11am
Salam sdri Sem 1 student,
Keputusan biasanya diumumkan semasa semseter baru nak bermula. Pelajar boleh menelefon sendiri kepada Bahagian Akademik (Pn Syikin) atau ambil keputusan secara personal semasa mendaftar semester baru kelak (Semester Dis/Januari 2009/10).
Blog ini akan memaklumkan kelak apabila keputusan rasmi telah dikeluarkan.
November 10, 2009 at 4:58 am
salam cikgu bad..sy dari sem 1 dps ingin tahu adakah peperiksaan akhir bagi intek ogos paper akhir bi pada 30hb nov 2009 ini tidak blh diperawalkan lagi ke?lgpun ia memberikan msalah untuk kami pulang ke kampung bg yg duduk jauh pd hari raya aidiladha ini.Kerana 24 tu kami exm paper agama n then cuti beberapa hri lpas tu kne dtg blik untuk ambil paper bi….knpa xhabiskn je paper bi tu terus pd 25? n trus cuti sem je….
November 10, 2009 at 5:58 am
‘Alaikisalam kk,
Masalah itu sebenarnya sudah dimaklumi pihak HEA. Saya difahamkan bahawa kertas BI EAP1103 utk DPS Sem 1 Ogos telah dipindahkan ke hari Rabu 25 Nov, jam 11.30 pagi. Jadual peperiksaan yang terkini akan diupload tidak lama lagi dalam blog Uniti.
Harap maklum dan sila panjangkan perubahan jadual dan berita gembira ini kepada kawan-kawan sdri kk.
Wassalam
October 31, 2009 at 3:05 am
salam…
ckgu bad,mcm maner dgn MQA DPS?
tk dgr ctew ape2 pn lg…
dh di lulus kn ke blum??
lg satu knape stdnts yg d taja mara byar yuran pd kolej hnya seribu lbih shja..bg kami PTPTN kne byar smpai rm3900…bg kami tk adil la mcm 2.
duit dh bnyk kne potong..smpai blnja untuk mkn pn tk ckup..
October 31, 2009 at 4:28 am
‘Alaikisalam Norlie,
Keputusan sama ada lulus atau tidak penilaian MQA tidak akan diperolehi dalam masa sebulan dua. Kelazimannya – sebagaimana yg telah berlaku ke atas semua program lain sebelum ini – ia memerlukan seawal 4-6 bulan. Paling lama mungkin mencecah 8-12 bulan bergantung sejauh mana pihak kolej berusaha memenuhi syarat dan keperluan MQA serta memperbaiki kelemahan-kelemahan yg dikesan pada dokumen program dan sebagainya.
Buat masa ini pihak program DPS yg dipimpin En Zakri sedang berusaha memenuhi segala syarat yang diingin MQA. InsyaALlah kita akan menyelesaikannya dalam kadar yang seberapa segera mungkin.
Berkenaan perbezaan yuran MARA dengan PTPN saya akan rujuk kepada pihak kewangan untuk mendapatkan penjelasan mereka.
Terima kasih Norlie.
November 26, 2009 at 1:45 am
Salam.
1. Kalau pakej dan batch yg sama, secara umumnya kadar yg dikenakan adalah sama, tak kira ptptn atau pun MARA.
2. Yg membezakan hanyalah kaedah pembayaran.
3. pelajar MARA, yuran pengajian pihak MARA direct bayar kpd kolej. Pelajar PTPTN pun sama.
4. Yuran kediaman, pihak PTPTN akan bayar direct ke kolej mankala pelajar MARA, pihak MARA tidak membenarkan pembayaran direct. Pihak kolej terpaksa memungut sendiri dari pelajar.
Itu saja bezanya dan mohon pelajar yg tak memahami pakej (sepatutnya sudah memahami sewaktu pakej ditandatnagi) sila mendapat penjelasan dari pegawai kolej iaitu Cik Husna ataupun Encik Amizul.
TQ
Unit Kewangan Pelajar (UKP)
Kolej Uniti
December 11, 2009 at 8:41 am
salam..
kami hendak bertanya..
kalau MQA tidak meluluskan program akedemik bagi program DPS..
cmne nasib kami..
sijil yang kami dapat macamana..
tidak dikhtiraf ke..
sekian..
kami harap akan pertanyaan kami akan dijawab secepat yang boleh..
December 11, 2009 at 9:20 am
Salam sdr yg bertanya,
Nyata sekali sdr terlalu bimbang akan masa depan jika program DPS tidak diberikan Akreditasi Penuh oleh MQA. Ya – mana-mana program yg tidak mendapat Akreditasi Penuh MQA tidak diiktiraf oleh sektor awam utk memohon pekerjaan kelak. Peluang penajaan PTPN / MARA juga mungkin boleh terjejas. Turut sama terjejas ialah peluang utk melanjutkan pengajian ke IPTA.
Namun, utk bimbang bahawa DPS tidak dapat Akreditasi Penuh adalah satu spekulasi atau andaian yang tiada asasnya. Suka saya maklumkan di sini bahawa buat masa ini pihak kolej sedang menyediakan segala keperluan akademik yang diminta oleh MQA dan juga sedang melakukan penambah baikan di mana perlu sebagaimana dikehendaki dalam laporan penilaian MQA ke atas program DPS yang dibuat pada penghujung Ogos lalu.
Ini bermakna kita perlu menunggu sedikit masa lagi sebelum MQA berpuas hati dengan usaha dan respons kita terhadap laporan penilaian MQA tersebut. Apabila segalanya telah kita dipenuhi , insyaALlah sebagaimana biasa, program DPS akan mendapat Akreditasi Penuh. Buat masa ini apa yang terbaik utk sdr lakukan ialah terus memanjatkan doa kepadaNya agar DPS akan mendapat Akrediasi Penuhnya dari MQA.
October 14, 2009 at 3:19 am
salam….
cikgu… mo tnaye mane postingan gambar pertandingan bercerita pelajar sem 2? kenapa lum terlihat lagi? and then sori… very2 sori, kenape tampilan dan pic kegiatan dan aktiviti di web uniti masih yg lama? tak di up grade ke? program DPS pun saye lum nampak lagi, begitu juga dengan stuktur akademik masih yg lama padahal setahu saye dah banyak sekali perubahan ini dan itu.sayang sekali klo kita tak pernah perdulikan web kampus kita sendiri apalagi ini adalah salah satu alat promotion untuk khalayak ramai… ayo cikgu bad selamatkan kolej ini…oh UNITI….
October 14, 2009 at 5:31 am
‘Alaikisalam ‘Firdaus’,
Maaf berkenaan posting gambar pertandingan tu saya terlupa utk disunting. InsyaALlah akan saya segerakan penyiarannya.
Tentang web Uniti tu ia di luar drpd bidang saya. Justeru fokus saya ialah pada blog ini yg lebih interaktif. Apapun perkara ini akan dibawa ke pengetahuan pihak yg berkenaan kelak.
Terima kasih kerana memberi pandangan dlm isu di atas.
September 6, 2009 at 3:56 pm
salam.
saya pelajar uniti sem 1.
saya nak tau kenapa pelajar DPS kena bayar duit pengangkutan sedang kan kitaorang tak menggunakan nyer..
kalau bayar sedikit tidak mengapa tetapi sampai beratus..kesian lah mak ayah kami semua duit banyak itu kena bayar tapi kitaorang belajar kat u.v saja.
dahulu waktu cuti h1n1,uniti ada sediakan bas tapi kena bayar..pastu dah x sediakan lagi bas untuk ke teminal.
ke mana duit itu pergi??setakat nak pergi k.u untuk exam berapa lah sangat.boleh tak kami hendak meminta wang pengangkutan kami balik??
September 6, 2009 at 4:34 pm
‘Alaikumsalam Hamba ALlah,
Kemusykilan sdr/i difahami. Saya akan panjangkan kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.
Sementara itu harap bersabar. Moga puasa kali ini menjadikan sdr/i seorang yg lebih beriman, berilmu dan beramal.
Wassalam
September 10, 2009 at 5:15 am
Saya telah dimaklumkan oleh Pengurusan KU bahawa kos yg dibayar pelajar semua program sama ada di UV atau KU adalah sama kerana ia adalah suatu pakej yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Jika sdri Hamba ALlah inginkan penjelasan lebih lanjut dan terperinci sila berhubung dengan En Nasron, Pegawai Kewangan Uniti.
September 17, 2009 at 10:02 am
Berikut adalah jawapan terperinci untuk Hamba ALlah dari En Nasron, selaku pegawai kewangan Uniti mengenai isu yang telah sdri bangkitkan sebelum ini.
Diharapkan jawapan ini menjelaskan kemusykilan Hamba ALlah.
———————-
From: Nasron Mohd Yusoff
Date: 2009/9/10
Subject: Re: Fw: Aduan Pelajar : Isu Duit Bas
To: zayed sulaiman
Assalamu’alaikum WRT WBT..
Berhubung pertanyaan hamba Allah mengenai bayaran pengangkutan bas di Kolej UNITI. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar Kolej UNITI tidak dikenakan bayaran Yuran Pengangkutan pada pakej kewangan siswa yang di persetujui sebelum pelajar mendaftar. Dengan kata lain pelajar mendapat perkhidmatan bas adalah secara PERCUMA dan kos tersebut ditanggung oleh pihak Kolej. Tidak timbul isu pemulangan balik bayaran pengangkutan bas seperti yang diluahkan oleh hamba Allah.
Untuk pelajar program DPS Semester 1, Pihak Kolej hanya mengenakan:
1. Yuran pengajian
2. Yuran am (perkhidmatan, HEP,insuran, hemat diri, MJM)
3. Yuran Kediaman
Saya mohon hamba Allah untuk membuat semakan pada pakej kewangan yang telah dipersetujui dan ditandatangani. Sebarang kemusykilan mengenai kadar yuran bolehlah di rujuk ke Bahagian Kewangan Pelajar untuk penjelasan lebih lanjut.
Wassalam
Nasron My
PP UKP
Kolej Uniti PD
August 22, 2009 at 3:44 am
salam…macam mana saya nk tahu jadual ujian 2 untuk pelajar sem 1 pengambilan mei…
August 22, 2009 at 7:03 am
Lazimnya hanya Ujian Akhir sahaja jadualnya dikeluarkan oleh bahagian HEA. Bagi Ujian 1 dan Ujian 2 atau Pertengahan Semester ia dikeluarkan oleh Ketua Program masing-masing.
Jadi sdri hendaklah merujuk kepada Ketua Program DPS iaitu encik Zakri bagi jadual Ujian 2 tersebut.
August 21, 2009 at 3:16 pm
DALAM KEBINGUNGAN…
sehari sebelum kolej uniti di tutup akhibat H1N1..pada 30 julai 2009 lingkungan dalam pukul 11.00pg-2.00ptg rumah saya telah di pecah masuk oleh orang yang tidak diketahui..habis 4 buah leptop pelbagai jenama dan sebuah hp telah dicuri..laporan telah pown dibuat..report polis pown telah dibuat..tetapi ape yang saya hairankan..pihak kolej mcm amik endah tak endah dengan kes nie..sport cek tidak pown di lakukan dibilik ke bilik..adekah pihak kolej pown terlibat dengan kes ini???????nak cerita byk pown bende dah belaku…ikutkan budak bilik mmg nak wat laporan pasal kolej tak amik tindakan…tp kite orang tak berani n tak nak amik risiko..sebab kite orang smua dari golongan susuh..t kolej amik tindakan tak atas kite orang lagi ssh..hurm..apelah nasib leptop dah tak de…..
August 21, 2009 at 3:34 pm
Salam Anep,
Kami bersimpati dengan apa yg terjadi. Namun tidak wajar jika bersangka pihak kolej pula terbabit dalam kejadian ini. Itu dorongan emosi Anep kerana kecewa dgn sikap acuh tak acuh pihak kolej – lebih tepat lagi felo (Ini masih bersifat dakwaan. Ia perlu disiasat terlebih dulu kerana mungkin ada sebab atau halangan tertentu hingga tindakan lewat diambil. Pasti ada penjelasan yg wajar oleh pihak berkenaan dlm isu ini).
Apapun insyaALlah perkara akan saya bawakan ke pengetahuan yg berkenaan untuk siasatan lanjut.
Moga Anep terus bersabar. Jadikan Ramadhan ini medan melatih jiwa dan rohani kita agar lebih tabah menghadapi ujian yang tidak pernah akan berhenti datang.
Terima kasih Anep di atas aduan/keluhan yg dibuat.
August 22, 2009 at 7:22 am
tambahan lagi…kenapa student lain hilang barangan mereka..pihak kolej terus amik tindakan..siap sruh semua student kumpul wat sumpah..solat hajat..sport cek..disini dapat dilihat mungkinkah ade unsur pilih kasih???
munkin sy serumah dgn senior yg sekdikit bermasalah n sebab 2 felo malas nak amik port????n mungkin felo ingt laporan nie hanye rekaan???nasib bek ade tempat utk mengadu..pape pown terima kasih cikgu bad…
August 22, 2009 at 7:54 am
Tiada nasihat yg lebih baik melainkan bersabar utk kekal rasional.
Seperti yg cikgu nyatakan dlm respons semalam elok kita tunggu hingga perkara ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa UV minggu depan. Boleh Anep beri maklumat berkenaan kes ini iaitu bila aduan dibuat, bilik no berapa dan siapa pengadunya – adakah individu atau berkumpulan. Emailkan maklumat ini ke cikgubad@gmail.com
Selamat berpuasa Anep
August 25, 2009 at 7:09 am
lau bg salinan report polis boleh tak????
August 20, 2009 at 8:43 am
salam..
saya xstudent Uitm-Uniti..Grad tahun 2006.walaupun telah lame grad tp smpai skarg sya msih blum menerima sijil LAN n folder konvo..Untuk pengetahuan,saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut dan telah menyerta kan wang pos untuk proses penghantaran.
tp sehingga kini msih tidak menrimanya lg.
so, sye sgt kecewa dgn sikap pengurusan kolej..
mujur sjil berkenaan tidak diperlukan semasa saya menyambung degree..
semoga pihak pengurusan lebih telus dalam menjalankan tugas.
August 20, 2009 at 9:02 am
‘Alaikisalam xstudent kecewa,
Pihak kolej berasa kesal dan memohon maaf di atas masalah yang dihadapi sdri. Pasti ada kekangan tertentu yang menjadi punca kepada terjadinya masalah ini.
Kami amat berbesar hati sekiranya sdri dapat menghubungi kembali kami dengan memberikan butiran penting seperti nama penuh, no matrik UiTM, tahun pengajian berakhir dan seumpamanya.
Butiran tersebut boleh diemailkan ke : cikgubad@gmail.com
InsyaALlah setelah pihak kami menerima maklum balas daripada sdri, siasatan akan dijalankan untuk menyelesaikan masalah sdri.
Sekali lagi kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami selama ini.
Wassalam
August 6, 2009 at 12:20 pm
assalamualikum ckgu bad…
sy brasa kesal dgn prosder yg dbuat olh pihak KU tntang arahan peljr mgosongkan UV tmpoh hri….sy kesal tntang ktidak bnaran pljar yg tgal jauh utk tgal di UV….menurut sumber yg boleh dipercayai,ktika msyuarat bsama kmnteriaan kshtan mlysia,bg pljar yg mghidapi pnykit H1N1 hnya diasingkan dri pljar2 lain atau di hntar pulang sama ada diambil oleh kluarga @ sbgainya…pihak ipta@ipts harus memikirkan hal ehwal kebajikan pljar2nye yg duduk jauh juga,tntang ksmpitan wang dan sbgainya….dlm pnyataan ini sptutnya tidak timbul isu pljar ‘dhalau’ oleh pihak KU utk plg ke tmpt msing2…yg membuat sy ringan tngan myampaikan msg ini ialah,tntang seorang kakitangan KOLEJ UNITI boleh menyatakan kpd kami sprti brikut “sy tidak kisah tntang apa cara awk nak blik,yg sy tahu UV msti dkosongkan ats printah jbtn kshtan..sy tak nak pk mslah awk je,sy pun ada mslah sy sndiri yg sy nak pk..klu awk tak de duit,sy tidak bleh buat pe..sy tahu UV msti dkosongkan..klu awk nak tgal jugak,bleh duduk luar pagar ke pergi mana2 tmpat yg awk suka”…pnyataan ini btl2 membuatkan kami smua mrah krna memikirkan kwn sy yg tgal di sabah dan srwak…dmana letaknya perhatian n kebajikan KOLEJ UNITI trhadap pljar2nya ktika itu?ye,klu tidak dpt membrikan kmi tgl dsitu juga,knp mst mgluarkan pnyataan yg sy smpaikan diatas…pnyataan sdmikian scara tidak lgsung membrikan tggapan ngatif kami kpda KOLEJ UNITI yg smemangnya dah ngatif pun slama ini……..wassalam……….
August 6, 2009 at 2:59 pm
Salam sdr Zack,
Pertamanya simpati buat sdr dan rakan2 yg mengalami kesulitan berikutan arahan pengosongan asrama oleh pihak pengurusan asrama UV. Berat mata saya memandang, berat lagi bahu sdr dan rakan2 memikul.
Namun pihak kami percaya bukanlah niat pegawai berkenaan untuk sengaja menimbulkan kesulitan tersebut. Dalam situasi yang seakan terdesak walaupun tidak begitu cemas, keterlanjuran kata dan seumpamanya mungkin sahaja boleh berlaku. Sedangkan perkara yang membabitkan soal kesihatan seperti ini memerlukan kerjasama dan tindakan segera dari dua belah pihak.
Apapun ia adalah sebahagian daripada cabaran kita mengendalikan masalah dalam sebuah komuniti. Ia adalah ujian dalam sebuah realiti kehidupan. Bagi pihak pengurusan perkara yg sdr ajukan akan diteliti.
Adapun tentang kenyataan sdr ‘……pnyataan sdmikian scara tidak lgsung membrikan tggapan ngatif kami kpda KOLEJ UNITI yg smemangnya dah ngatif pun slama ini‘ , pada kami ia masih bersifat satu tanggapan (persepsi). Kita selalunya (pemikiran biasa manusia) terus percaya apa yg kita lihat atau dengar. Malangnya kita tidak selalu berusaha untuk mengusul periksa kedudukan perkara sebenar. Kita kritikal tapi tidak objektif hinggakan pemikiran kita menjadi ekstrim, melulu dan tidak mahu mendengar penjelasan dari pihak satu lagi. Ini boleh terjadi kepada sesiapapun.
Walaubagaimanapun terima kasih Zack kerana mengajukan isu ini kepada pengetahuan kami. Jika benar sebagaimana didakwa pasti ada pengajaran baik untuk kita semua agar perkara sama tidak berulang lagi pada masa hadapan.
Wassalam
August 6, 2009 at 4:53 am
sy dh berhenti skolh,sy berhenti skolh awal form2,…
sy sy form4,…dh 2 tahun st x skolh,…tp skg,sy t’igin sgt nk skolh blk,..tp sy x ade ape2 kelepsn…spm,pmr pon x de…upsr jer yg ad…mcm mane ea..?tolg larh sy…skolh mane yg ptt sy mohon..?
sy ingat nk masuk giat mara,…tolg cadangkn pe2…
August 6, 2009 at 5:05 am
tolg ar bg sy idea,..lg pon sy x nk hdop sy trus ssh cmni,..skg nie sy rse ssh sgt,entah cmne plak nasib sy yg akn dtg,..sy tkot ble pkir mase akn dtg..skg nie sy rse x larat sgt2…sy kje psr mlm ngn mk sy..sy tolg2 mk…sy malu ar ngn kwn2,sy cdey tgk dri sndri jdk cmni…sy dh buat kesalahn…sbb 2 larh sy di b’hentikn..sy jpe guru besar,tp die ckp x kn ade skolh yg akn terima sy..sbb sy kne ekot procedure…mcm mane nih…sy penat la pkir bnd nih,..boleh x korg bg cadagn pe2…?sy amat memerlukn…tolg sy…
August 6, 2009 at 6:36 am
Salam Nida,
Rasanya Nida tersalah ruangan utk mengadu masalah. Ruangan ini khas untuk pelajar Kolej Uniti dan tidak utk orang awam lain.
Namun utk tidak menghampakan ini adalah respons saya utk pertimbangan Nida. Moga ada manfaatnya.
————–
Apa yg telah terjadi ia adalah sejarah.
Jika Nida dah insaf, jgn lagi mengenang dan menangisi nasib malang itu. Ia tak akan menganjakkan walau seincipun nasib Nida sekarang.
Apa yang maha penting dibuat sekarang ialah berhubung dgn pihak Pejabat Pendidikan Daerah utk meminta nasihat mengenai peluang belajar semula.
Setahu saya sejahat manapun kes pelajar itu dia masih diberi peluang kedua. Pelajar di Pusat Pemulihan Akhlak seperti Henry Gurney di Melaka pun masih diberi peluang belajar utk PMR atau SPMnya.
Pilihan lain ialah Nida pergilah berjumpa pihak kaunselor sekolah lama juga utk pandangan. Saya tidak pasti adakah Nida boleh diterima oleh GIAT MARA atau institusi kemahiran lain kerana Nida tiada kelayakan PMR pun.
Jangan sia-siakan kehidupan dgn asyik menoleh ke belakang. Dunia ini hanya memihak kepada orang yang bekerja keras, bersungguh-sungguh dan yang paling penting TIDAK PUTUS ASAS, setelah datangnya keinsafan utk berubah.
Peluang untuk berjaya masih ada asalkan tahu caranya.
Selamat maju jaya Nida. Moga ALlah memudahkan jalan hidup Nida selepas ini. Amin
Wassalam
August 5, 2009 at 2:58 pm
asalamualaikum,,,
saya sememangnya setuju dngan pendapat leeya dan saya dapat makluman memo di pintu surau uniti bahawa MPPKU akan di bubarkan,jadi saya berharap sangat-sangat bahawa pemilihan kali ini adalah yang sebenar-benarnya layak untuk menjadi MPPKU,saya setuju benar dengan leeya kerana baru-baru ni saya terserempak dengan sekumpulan pelajar yang bercampur di antara lelaki dan perempuan,dan kemudiannya saya berjalan di sebelah mereka bagi memastikan mereka tidak membuat benda yang di larang,dan sahih,mereka membincangkan mengenai hal-hal peribadi sahaja,dan bukannya hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran,jadi saya berharap sangat kita semua tanpa mengira pangkat,umur,dan sebagainya bekerjasama bagi mengembalikan “uniti” yg dahulunya di segani dengan ruhil islam,dan saya berasa kurang setuju dengan nurul kerana beliau memerlukan kawadan wifi diperluas,dan bahagian penjeelasan itu saya setuju,akan tetapi pada bahagian beliau mengatakan bahawa “ramai yang berderet di baitul hikmah,ianya memberi tanggapan yang kurang elok pada pandangan orang luar.seolah-olah kolej kita mempunyai kekurangan dari segi perkhidmatan”,penjelasan itu saya kurang bersetuju kerana dari pandangan saya ramai yang berderat di situ pada waktu malam dan memberikan tanggapan yang negetif pada kolej uniti,SEOLAH-OLAH TIADA SIAPA YANG MENEGUR MEREKA BERGAUL DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DI SITU,ya!!jawapan itu saya rasa lagi sesuai dari tanggapan bahawa uniti ini tidak canggih,sememangnya uniti sedang dalam proses untuk membangun,jadi itu kita sebagai warga uniti harus faham akan situasi tersebut,saya bukan moderetor dalam blog ini akan tetapi saya cuma ingin menambah baikan sahaja,maaf ya cikgu bad,syukran…JZKK..
dari
ingin menambah;
August 21, 2009 at 3:33 pm
yang banyak wat masalh dak2 junior…die owng tak tau etika kat kolej kite nie..bab 2 die selambe je begaul2 bebes…senior malas nak tegur..bab junior nie kurang ajar..cakap mcm tak gosok gigi..lau tak kuar kawasan kolej tak pe gak..2 die owng punye pasal…
August 1, 2009 at 8:41 am
assalamualaikum…saya merupakan pelajar kolej uniti…
rasenye sudah sedia maklum bhw mslh sosial di bumi uv dan plajar ku agk membimbangkan…pakaian yg di pakai apabila outing tidak lgsung melambangkan seperti pelajar KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI ISLAM….peradaban juge kurang…sy bimbang mslh ini akn berterusan tanpa pengawalan dan tinjaun dari pihak yang berwajib…sy juga risau mslah ni akan menjejaskan imej kolej uniti(kolej islam)…sy tidak nmpak lgsung iniasetif dr pihak tertentu utk mengatasi mslah ini…sy berharap majlis perwakilan pelajar yang baru nnti akn dipimpin oleh seseorang yg dpt memberi sesuatu kelainan dan membawa ajaran islam yg sebenar dlm bumi kolej uniti ini…sy juga berharap,semua pihak dan juga pelajar berganding bahu utk menjaga nama baik kolej uniti sbg kolej islam yg benar2 islamnya….sekian….terima kasih…
August 1, 2009 at 9:27 am
‘Alaikisalam Leeya,
Terima kasih kerana turut sama berkongsi kebimbangan dan kerpihatinan pihak kami selama ini terhadap isu sosial di persekitaran kampus dan asrama.
InsyaALlah komentar Leeya akan saya panjangkan kepada yg berkenaan untuk tindakan.
Teruskan memberi komentar dan juga pandangan yang kritis. Untuk maju dan menjadi yang terbaik, KU mesti menerima pandangan kritis yang konstruktif dari semua pihak. Dengan keterbukaan ini juga, banyak kebaikan dapat dicapai dengan lebih cepat asalkan semua pihak yg terbabit bersedia untuk berubah.
KU perlu berani untuk mengambil langkah dan menguatkuasakan undang-undang sedia ada baik dari segi HEP mahupun HEA.
Terima kasih Leeya.
July 26, 2009 at 1:32 pm
salam,saya nak bagi cadangan,kalau boleh seluruh UV ada wifi termasuk dlm hostel sekali.ini memudahkan para pelajar untuk mendapatkan maklumat bukan hanya sekadar wifi di kawasan baitul hikmah.saya lihat ramai pelajar pada waktu malam duduk berderet di tepi baitul hikmah.bagi sya ianya memberi tanggapan yang kurang elok pada pandangan orang luar.seolah-olah kolej kita mempunyai kekurangan dari segi perkhidmatan.saya harap cadangan saya dapat membantu
July 26, 2009 at 1:56 pm
Salam ‘alaik Nurul,
Masalah ini memang sudah dimaklumi pengurusan kolej. Tindakan sedang dalam pertimbangan untuk diambil bagi mengatasi masalah ini.
Terima kasih kerana mengajukan masalah ini kepengetahuan kami.
July 15, 2009 at 5:51 am
asalamualikum w.b.t moderatur Blog KU,
Saya dapat makluman bahawa ada pelajar UNITI yang GB tetapi masih dapat lagi menyambungkan pelajarannya di UNITI,betul ke dengan berita yang saya terima dan saya rasa kalau perkara ini benar,ini akan menyebabkan ramai pelajar yang GB akan merasa kurang senang dengan keputusan ini dan saya merasakan bahawa ini akan membuatkan ramai lagi pelajar selepas ini akan mendapatKAN GB kerana selepas GB,mereka boleh menyambungkan seperti biasa,tiada tindakan apa2 selepas GB,jadi saya harap pihak atas dapat memikirkan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku,dan saya harap moderator Blog KU dapat mengesahkan kesahihan berita ini,dan saya sebenarnya wakil dari kawan2 saya yang ingin sangat mengetahui kesahihan berita ini,dan tidak baiklah kalau berita ini sebenarnya fitnah semata2,jadi saya perlu mensahihkan berita ini dahulu sebelum membuat beberapa andaian.
Wasalam
dari;
Ingin Tahu Bangat
July 15, 2009 at 7:31 am
‘Alaikum salam Hanaefy,
Terima kasih di atas keprihatinan sdr mengenai isu atau nasib pelajar GB ini.
Elok saya jelaskan bahawa maklumat atau berita itu tidak benar. Memang ada pelajar yg GB masih lagi belajar di Uniti tetapi bukan diberi atau ditukar taraf ‘lulus dan teruskan pengajian’ dengan bagitu mudah. Ia tidak berlaku begitu dan memang tidak akan dibenarkan berlaku sebagaimana yg sdr sangkakan.
Taraf GB akan kekal GB dan tidak akan boleh diubah melainkan berlaku kesilapan teknikal semasa memasukkan markah atau pengiraan PNGS/PNGK yang silap. Justeru, pembetulan dibuat mungkin membetulkan keputusan GB tadi dan bertukar tarafnya kepada Amaran atau Percubaan. Perlu difahamkan bahawa taraf Amaran atau Percubaan pun hanya dibenarkan utk sekali atau dua kali sahaja mengikut keadaan. Hal ini agak teknikal dan perlu dirujuk ke pihak HEA untuk penelitian lanjut.
Sebaliknya jika pelajar GB itu masih kekal belajar di Uniti mereka mungkin bertukar program baru (sem 1 semula, fresh) jika mereka mahu. Atau jika mereka nak belajar juga dalam program sama mereka perlu merayu. Peluang kedua tidak diberikan secara automatik melainkan perlu dengan keizinan Senat. Mereka sesekali tidak boleh menyambung di semester mana mereka diGBkan. Jika diberi izin mengulang mereka mesti bermula di semester pertama – seolah-olah tidak pernah belajar sebelum ini.
Saya faham kebimbangan sdr mengenai situasi ini yang boleh menjadi fitnah kepada kualiti pendidikan Kolej Uniti. Tapi suka saya maklumkan bahawa pihak Senat kolej Uniti tidak akan berkompromi dalam isu seperti ini. Tiada tawar menawar dalam hal yang menentukan ‘hidup-mati’ pelajar.
Sekian, dimaklumkan.
Moderator blog KU
July 4, 2009 at 2:16 am
Salam cikgu bad,,
terima kasih atas suara perhatian cikgu mengenai komen saya,saya harap UNITI dapat di jadikan sebagai gedung ilmu yang mengikut arus perubahan era negara glokal sekarang ini,dan sebenarnya saya sendiri ‘under’ UNITI bukan dari UiTM atau UPM,saya cuma menjadikan UiTM contoh terdekat bg sistem yang saya cadangkan,iaitu penyemakan keputusan PNGK dan PNGS dalam Laman Web UNITI ‘under’ UNITI dan tambahan lagi satu cikgu,kita juga boleh menggukan internet sebagai tempat pelajar mendaftar subjek,seperti UiTM,pelajar2 mereka hanya menggunakan internet untuk mendaftar subjek dan menyemak keputusan.
Ini memudahkan pelajar dan pensyarah sendiri,tidak perlu untuk beratur panjang untuk mengambil tandatangan pensyarah yag terlibat,ini akan membuatkan beberapa pihak menjadi rumit,dan sedia maklum,pelajar2 UiTM sememangnya menggunakan sistem ini dan membuatkan saya tertanya2 kenapa pelajar UNITI tidak di berikan kemudahan sebegitu,dan saya menjangkakan ianya mengambil masa yang panjang untuk melaksanakannya,insyALLAH…saya doakan agar ALLAH S.W.T memudahakan urusan ckigu bad dan semua warga kolej UNITI,,,barakALLAHu ALAIKUM,,,amin,..
Wasalam
July 4, 2009 at 3:01 am
‘Alaikum salam Hamba Allah,
Maaf kerana saya tersilap andai tentang status program sdr. Apapun komen dan pendapat sdr adalah sst yg konstruktif dan dibuat dengan niat yg baik utk kemudahan kedua-dua belah pihak – iaitu pelajar dan pentadbir kolej juga.
Namun – sebagaimana yg telah saya jelaskan dlm respons pertama saya – niat sebaik ini mempunyai kekangan tertentu yang sukar diperjelaskan dlm ruangan yg terbatas ini. Utk pengetahuan Hamba Allah, pendaftaran subjek pelajar UiTM dan UPM tidak dilakukan pelajar tetapi oleh Ketua Program masing-masing berdasarkan maklumat akademik pelajar iaitu jam kredit dan jumlah kursus yg telah lulus dan pernah diambil.
Beberapa aspek tertentu sukar untuk dipenuhi oleh pihak pentadbir utk melaksanakan cadangan sdr di samping kemudahan infrastruktur ICT yg masih di tahap awal pembangunannya. Masalah seumpama ini biasanya tidak dapat dilihat oleh orang luar.
Apapun saya akan bawa komen dan pandangan ikhlas sdr ke pengetahuan mesyuarat akademik pada pertengahan atau hujung bulan ini.
Teruskan memberi komen kritis dan pandangan yang membina kerana ia amat baik utk membina sebuah institusi yang masih kecil seperti Kolej Uniti ini. Uniti mengalu-alukan pemikiran yang positif dari sdr. Kita perlu lebih ramai lagi pelajar seperti sdr.
Terima kasih Hamba ALlah.
Wassalam
July 2, 2009 at 4:13 am
salam,,saya ni student dari Kolej UNITI sendiri,jadi saya ingin memberi beberapa komen dari saya sendiri,saya tidak berniat untuk meminta sesuatu yang bukan-bukan,tetapi saya inginkan satu sistem kemudahan bagi pelajar menyemak keputusan Penilaian Nilai Gred Komulatif(PNGK) dan Purata Nilai Gred Semester(PNGS) dengan mudah,contohnya di UiTM,mereka menggunakan sumber internet untuk membuat penyemakan,jadi,mengapa UNITI tidak boleh buat sedemikian rupa?ini bagi memudahkan pelajar untuk menyemak,bagi mereka yang tertunggak bayarannya,black list kan namanya dan tidak memaparkan keputusan mereka.Mudah sahaja saya rasa,tidak menelan banyak kos,cuma wujudkan satu sistem yang memudahkan pelajar,sistem yang di gunakan sekarang bukan nya tidak bagus,bagus,tetapi nampak semacam kelam kelibut dan zaman yang canggih sebenarnya mengalami perubahan,tetapi mengapa k.UNITI berada di takuk yang lama,harap dalam ambil perhatian dan maaf sekiranya ada yang mengguris hati,terima kasih.
July 2, 2009 at 4:34 am
Salam sdr/i hamba Allah,
Saya andaikan sdr/i adalah pelajar DBS/DIA UiTM-Uniti.
Saya fikir di kala komen sdr/i itu ada kebenarannya, namun perlu diingat bhw keputusan peperiksaan langsung dari UiTM Induk. Justeru, kolej Uniti tidak dapat menyediakan akses kepada maklumat yg dipinta seperti keputusan PNGS & PNGK. Keadaan adalah lebih menyulitkan kerana Uniti terpaksa membangunkan sistem baru kerana skala dan sistem penggredan UiTM tidak sama dengan Uniti.
Lagipun program dalaman Uniti sendiri masih belum ada sistem sebegitu. Pelajar masih perlu menyemak keptusan secara tradisional iatu sistem manual – samada membuat panggilan ke Uniti atau datang sendiri ke pejabat dan berjumpa pegawai yang dipertanggungjawabkan utk membantu pelajar dalam hal ini. Setakat ini kemudahan menyemak keputusan peperiksaan baru setakat idea di atas kertas.
Berbalik kepada masalah tadi saya kira masalah ini boleh diselesaikan jika sdr/i mendapat kebenaran utk akses kepada sistem rekod peperiksaan UiTM sebagaimana pelajar2 UiTM di kampus mereka.
Walaubagaimanapun komen sdr akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan kolej. Terima kasih kerana memberi komen ini.
Wassalam
Cikgubad
Moderator Blog KU
August 25, 2009 at 7:13 am
Tidak jadi masalah Anep. Di pihak saya cuma akan memanjangkan saja kepada pihak yg berkenaan. Namun, detil aduan yg dibuat ke felo atau pihak berkuasa UV lebih membantu kerana ia bukti aduan telah dibuat oleh mangsa kepada pihak berkuasa UV.
Permintaan saya itu telah saya nyatakan dlm respons saya sebelum ini.