Category Archives: Tazkeerah
Infaq Ramadhan Warga UNITI Untuk Tabung Krisis Kebukuran Somalia Melalui IRM
Disalin semula dari blog Islamic Relief Malaysia :
Pada 26 Ogos 2011, pejabat IRM telah dikunjungi oleh wakil dari Kolej Uniti untuk menyerahkan dana kutipan bagi Tabung Krisis Kebuluran Somalia. Pihak IRM telah diwakili oleh Ketua Pengumpulan Dana dan Pengurusan Rakan Kerjasama, Pn Siti Fadilah . Terima kasih diucapkan kepada En. Kamal dan En. Amir dan warga Kolej Uniti yang sudi membantu usaha kami menjayakan dana ini.
——
Nota Administrator Blog KU :
Alhamdulillah sumbangan atau infaq ikhlas warga Kolej UNITI akan terus disalurkan kepada Dana atau Tabung Krisis Kebuluran Somalia melalui inisiatif kemanusiaan IRM.
Moga ALlah menjadikan kita sebagai hamba-hambaNya yang dikurniakan rezeki tetapi tidak lokek untuk membelanjakan ke jalan ALlah (fi sabillah), selain menunaikan kewajiban berzakat bagi mereka yang telah mempunyai taklif di sisi syariat.
Teruskan niat dan berinfaq di bulan Syawal dan bulan-bulan lain selepas ini agar ia menjadi amalan yang sebati mendarah daging dalam diri kita. Semoga harta kita semakin bersih dan subur melalui sifir dan keberkatan bersedeqah, sebagaimana yang dijanjikan Allah swt.
Amin
Berinfaqlah Untuk Saudara Jauh Kita – Afrika Timur
Kolej UNITI sedang menjalankan kempen Rayuan Infaq Ramadhan Afrika Timur sehingga 24 Ramadhan nanti. Usaha kemanusiaan ini digembeling untuk mendapatkan dana bagi menunaikan hak saudara jauh kita yang ditimpa musibah dan bencana di bulan Ramadhan al-kareem ini.
Kutipan infaq ini akan diserahkan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) sebuah NGO yang telah lama menjalankan kempen kemanusiaan di serata dunia, khasnya untuk membantu saudara semuslim yang ditimpa musibah alam.
Marilah kita berkongsi sedikit dari apa yang kita ada agar mereka yang malang ini dapat menyambung nafas kehidupan mereka dengan duit dan doa kita semua warga KU.
InsyaALlah HEP dengan kerjasama MPP KU akan mengedarkan tabung infaq ini untuk menerima sumbangan dari semua warga KU.
Kutipan juga akan dijalankan semasa solat Jumaat di Masjid Tg Agas, Pasir Panjang dan Masjid Nilai.
Tabung juga ada disediakan di pejabat pentadbiran UV.
Selamat berinfaq fisabilillah. Jangan tunggu hingga ke saat terakhir…24 Ramadhan.
Reaksi Terhadap Aduan/Komen Pelajar
Pihak pengurusan kolej UNITI mengucapkan terima kasih di atas semua kiriman aduan/komen pelajar melalui blog ini. Sebahagian isu yang dibangkitkan telah pun diambil tindakan sewajarnya.
Manakala sebahagian lagi tidak dapat diambil tindakan kerana isu tersebut di luar bidang kuasa kolej (isu pinjaman PTPN dan MARA), pengadu tidak memberi maklumat yang lengkap atau/dan aduan tersebut didapati semata-mata satu tuduhan melulu dan pengadu gagal memberi respons balas yang lebih terperinci apabila diminta berbuat demikian.
Selamat Hari Guru
Hari ini 16 Mei adalah hari mengenang jasa guru.
Namun saya memilih untuk memuhasabah diri tentang amanah dan tanggungjawab yang terpikul di bahu seorang yang bernama guru.
Biarpun kita dalam industri pendidikan swasta, tugas dan amanah mendidik masih sama. Tugas kita di kolej ini bukanlah setakat menyampai ilmu. Tugas kita lebih dari itu.
Kisah yang Tersurat Kasih Ibu buat Anaknya
Buat semua warga pelajar KU, khasnya pelajar-pelajar baru Kolej UNITI berhentilah sejenak dari aktiviti yang sedang kalian lakukan untuk membaca ’warkah’ budi, harapan dan doa – lahir dari nurani seorang ibu yang baru melepaskan anaknya ke jagaan Kolej UNITI.
Saya menerima ‘warkah’ ini hari ini, 14 April yang dikirim sebagai komen ke atas entri saya bertajuk ‘Kolej UNITI (KU) : ‘Indah Khabar dari Rupakah’ Ia?’ bertarikh 27 April, 2009 dalam blog personal saya. Saya menyalinnya semula di sini untuk dikongsi dengan semua pengunjung blog ini.
Saya juga menyalin reply saya terhadap ‘warkah’ ibu yang bernama Faridah bte Ibrahim ini.
Titipan yang sarat kasih sayang ini begitu luhur maksudnya. Bacalah untuk anda sendiri memahaminya. Kisah ini ada tersuratnya kasih – dari seorang ibu kepada anaknya.
Moderator Blog
Jika Hendak Seribu Daya..
Ada iktibar buat kita semua khasnya pelajar-pelajar Kolej Uniti dari kisah kejayaan Ustazah Halimah Paki mengenggam segulung diploma di hari konvokesyen DPI PJJ Uniti-Perdaus Singapura.
Biarpun berita ini sudah lama, berbulan usianya, namun nilai tersiratnya tetap segar dan relevan sepanjang masa. Sesengah daripada kita patut berasa malu kerana dalam kemudahan dan keselesaan yang ada di persekitaran tempat tinggal kita, kita masih punya alasan untuk tidak beriltizam (committed) untuk belajar.
Benarlah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Betul jugalah bahawa ‘Losers give excuses, winners give answers‘.
Forum ‘Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung’
Semua warga Uniti dijemput hadir ke forum bertajuk ‘Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung’ yang akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 19 Januari 2010
Tempat : Uniti Village
Masa : 8.00 malam
Penganjur : MPRS dan HEP Uniti
Tajuk forum ini akan dikupas oleh Ustaz Azizee Hasan dan Pn Akma Deena Khalid.
Menghadiri forum ini bermakna mengisi satu sisi penting dalam diri pelajar khususnya iaitu sisi jiwa dan rohani (afektif), selain sisi akliah (kognitif) yang telah pun diperolehi dalam bilik kuliah.
Moga forum pembuka tirai 2010 ini akan membantu pembentukan sikap ‘tradisional tapi tidak kolot, moden tapi tidak kebaratan’.
Kepada semua warga Uniti selamat berforum.
Kemahiran Insaniah – Keperluan Wajib Dunia Pekerjaan Hari Ini
Pendidikan negara hari ini tidak lagi terjurus kepada kandungan ilmu semata-mata. Manakala hakikat kebanyakan pusat pendidikan negara masih menekankan kepada pencapaian akademik (exam-oriented), pihak kerajaan – sejak beberapa tahun kebelakangan ini – telah menggesa agar pendidikan yang ditawarkan memasukkan elemen Kemahiran Insaniah atau Soft Skill.
Pendekatan lama yang menekankan kepada pembinaan daya kognitif tinggi sebenarnya adalah tempang. Ia bahkan mencanggahi Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat membangunkan kesemua empat elemen insan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Justeru, adalah wajar pihak kolej juga mula beralih ke arah pendidikan yang bersifat holistik ini bagi menyediakan para pelajarnya dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan keperluan pasaran kerja semasa.
Salam Ramadhan 1430
Kepada semua warga Kolej Uniti,
Selamat berpuasa dalam bulan tarbiyyah Ramadhan al-Mubarak 1430 H kali ini yang akan tiba esok, 22 Ogos 2009. Peluang yang sangat dinantikan oleh mereka yang beriman dan dahagakan pengalaman rohani.
InsyaALlah masih ramai daripada warga kolej Uniti yang cintakan agamanya untuk meraikan bulan penyucian jiwa ini. Kepada semua warga Kolej Uniti marilah kita berdoa agar ALlah mengizinkan kita berpuasa dalam keadaan aman dari fitnah dan ujian berat yang tidak dapat kita tanggung.



