Ketua Program DPS Yang Baru
Dimaklumkan bahawa mulai 1 Mei 2009 ini Cikgu Bad tidak lagi memegang jawatan Ketua Program Diploma Pendidikan Pra-Sekolah (DPS).
Jawatan ini akan diambil alih oleh En Zakri Md Zain.
InsyaALlah program DPS akan ditadbir urus dengan lebih baik di bawah kepimpinan En Zakri Md Zain kerana beliau adalah seorang yang mempunyai minat yang mendalam (passion) dalam bidang pendidikan pra-sekolah sejak program ini dijalankan 2 tahun lalu. Sebahagian daripada masalah dalam program ini telah selesai dengan bantuan beliau. Justeru, belaiu beliau adalah calon yang paling layak untuk menerajui program yang paling ramai pelajarnya di KU.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Fizik/IT), UTM Skudai dan Sarjana Sains Komputer UKM.
Kepada para pelajar DPS sekalian, selepas tarikh tersebut sila berurusan dengan En. Zakri untuk menyelesaikan segala urusan berkaitan akademik anda.
Cikgu Bad ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang telah memberi kerjasama kepada beliau sepanjang memimpin program ini.
Ucapan terima kasih tidak terhingga juga diberikan kepada pihak pengurusan KU yang telah memberi kepercayaan dan membantu Cikgu Bad menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Program DPS selama ini.
Di atas kelemahan dan kesilapan yang Cikgu Bad telah lakukan beliau memohon kemaafan dari semua, baik pelajar mahu pun majikannya.
Moga ALlah memberkati program ini dan seluruh warganya.
Amin
December 4, 2009 at 11:46 am
assalamualaikum.. saya sem 1 yg mngmbil dps ingin tahu bila kputusn akn keluar dan bila untuk mndftar bg sem 2.. dimnkah kputusn itu blh dilihat??? harap maklum.. salam..
December 4, 2009 at 12:24 pm
‘Alaikumsalam Siti dan juga Siti Mariam,
Berdasarkan takwim akademik sesi 2009/0, semua pelajar lama dan sem 1 ambilan Mei dan Ogos dijadualkan mendaftar untuk sem Januari kelak mulai 9 Januari 2010. Namun mengikut kebiasaan jadual pendaftaran akan dikeluarkan mengikut program. Jadual ini akan dimaklumkan kemudian melalui blog ini. Pendaftaran tidak akan berlaku serentak ikut ’suka-suka’ pelajar.
Mengenai keputusan peperiksaan, amalannya ialah pelajar menelefon kolej seminggu dua sebelum tarikh pendaftaran. Pelajar boleh mendail no telefon baru kolej iaitu 06 661 0519 atau 06 6610515 dan minta disambungkan kepada Pn Syikin (Bahagian Akademik). Slip keputusan peperiksaan hanya boleh diambil semasa hari pendaftaran kelak – dengan syarat pelajar telah melunaskan hutang tertunggak kepada kolej.
Buat masa ini keputusan peperiksaan tersebut tidak akan dikirim kepada pelajar atas sebab tertentu.
Semua pelajar akan dimaklumkan kelak melalui surat tentang tarikh pendaftaran dan hal-hal lain berkaitan selain menyiarkannya di dalam blog kolej.
Wassalam
November 25, 2009 at 11:59 am
salam, saya pelajar sem 1 bagi intake mei 2009. saya ambil kos dps program pendidikan pra sekolah. saya nak tahu bila tarikh kami pelajar dps daftar untuk masuk sem 2. harap maklum. tq
November 7, 2009 at 5:20 am
bla buka blog asyik tnjk utj students dps je…….kos dpp kemana pergi
November 7, 2009 at 5:41 am
Salam u&me,
Dalam isu ini, moderator menyiarkan sebarang berita aktiviti pelajar yg dimaklumkan kepadanya. Pemakluman telah dibuat ke atas semua Ketua Program Akademik termasuk program DPP untuk memaklumkan kepada moderator blog dalam mesyuarat akademik. Namun, setakat ini moderator – yang kebetulan ‘dekat’ dgn DPS – hanya mendapat makluman daripada Kerua program dan pensyarah DPS. Ini menjelaskan mengapa banyak berita yang disiarkan berkisar aktiviti DPS.
Moderator sangat mengalu-alukan perkongsian aktiviti rasmi dari semua pihak untuk disiarkan dalam blog ini. Sila hantar aktiviti pelajar atau program ke cikgubad@gmail.com. Kiriman tersebut mestilah menyatakan nama program, motif, sasaran dan – jika telah tamat – pencapaiannya. Gambar dari program yang telah dianjurkan sangat digalakkan.
Mengenai masalah aktiviti program selain DPS tidak mendapat liputan, moderator akan cuba mengatasi masalah ini.
Terima kasih u&me.
August 5, 2009 at 3:18 pm
Tahniah saya ucapkan di atas pelantikan jawatan yang disandang sekarang ini.semoga cikgu dapat melaksanakan tugas sebagai ketua program dps yang baru dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
April 30, 2009 at 5:58 pm
owh..
terima kasih ye ckgu.
doakan kejayaan saya.. ok
assalammualaikum.
April 30, 2009 at 5:39 pm
salam..
cikgu still berada di KU kan?
April 30, 2009 at 5:54 pm
‘Alaikisalam Rhodiah,
Ya, masih berkhidmat dengan KU sbg pensyarah biasa. Cuma berundur dari jawatan pentadbiran sahaja.
InsyaALlah kepentingan dan kebajikan pelajar DPS akan dijaga oleh En Zakri. Beliau – bahkan – lebih mempunyai ‘passion’ (dgn izin) utk menjayakan program popular di KU ini.
Selamat mengulangkaji Rodhiah.
April 30, 2009 at 6:01 pm
Amin ya rabb.
Wassalam