Kolej Uniti

unitiLaman ini adalah medium untuk perkongsian maklumat, berita dan idea bagi warga Uniti. Kepada yang bukan warga Uniti juga dialu-alukan terutamanya bagi mendapat penjelasan berhubung dengan isu-isu atau ‘cakap-cakap’ orang terhadap mutu pendidikan Uniti.

Semua pihak boleh mengambil bahagian aktif bagi menjayakan idea perkongsian ini asalkan ia dilakukan dengan penuh etika, sopan dan santun.

88 comments on “Kolej Uniti

  1. Wa’alaikum salam Aina.

    Keputusan peperiksaan hanya boleh diketahui pada hari pendaftaran semester baru nanti. Pihak kolej masih belum mmenyediakan sistem semakan secara atas talian.

    Sekian dimaklumkan.

    • Wa’alaikum salam Aina.

      Keputusan peperiksaan hanya boleh diketahui pada hari pendaftaran semester baru nanti. Pihak kolej masih belum mmenyediakan sistem semakan secara atas talian.

      Sekian dimaklumkan

  2. Salam..saya zul dari seremban.
    Saya nak bertanya di kolej UNITI para pelajar ada tak diberi latihan secara praktikal atau amali di luar kawasan Kolej? Sekianya mana-mana tadika swasta ingin mengambil para pelajar dari Kolej UNITI untuk buat latihan praktikal boleh tak? Macamana dengan prosidurnya?
    Terima kasih

    • Wa’alaikumsalam sdr Zul,

      Pelajar DPS Kolej UNITI wajib menjalani latihan praktikum selama 12 minggu di tadika KEMAS atau swasta sekitar Melaka dan Negeri Sembilan.

      Jika sdr Zul ingin mendapatkan khidmat pelajar kami untuk latihan / praktikum mereka , sila kemukakan permohonan rasmi kepada :

      Dekan,
      Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
      Kolej UNITI, Kompleks UNITI,
      71250 Pasir Panjang,
      Port Dickson NSDK.

      Sekian, terima kasih.

    • Hello Rose Flower,

      Guru sukan memerlukan kelayakan ijazah dalam Sains Sukan. IPTA yg menawarkan bidang ini ialah UiTM. Sdri boleh memohon UiTM jika mempunyai kelayakan yang diperlukan. Sila semak laman sesawang UiTM utk maklumat lanjut.

    • Salam Farah,

      Peluang belajar ke IPTA untuk peringkat ijazah HANYA terbuka kepada graduan IPTS yang telah memperolehi mata PNGK sekurang-kurangnya 3.5 ke atas (sila rujuk Buku Panduan Kemasukan ke IPTA). Dan program diploma yang diikuti juga perlu mendapat pengiktirafan akreditasi MQA.

    • Salam Zan,

      Cikgu tidak dapat memberi maklumbalas krn maklumat/nasihat yg diminta oleh Zan tidak mencukupi. Cuma barangkali keengganan kakak Zan membenarlan Zan belajar di IPTS kerana yuran yg lebih mahal dr IPTA.

      Cikgu suka menyarankan agar Zan bawa berbincang dgn kakak utk melihat semua kemungkinan dan peluang yg ada di IPTS, terutamanya tidak semua pelajar termasuk pljr yg baik berpeluang mdapat tempat di IPTA selepas tamat SPM. Justeru, IPTS adalah saluran alternatif atau peluang kedua bg pelajar ini.

      Tentang kos pengajian yg tinggi, sebahagian bebanan itu diringankan oleh penaja spt MARA atau PTPTN jika pelajar layak.

      Apa yg lebih pokok skrang adalah minat dan iltizam dalam bidang akademik yg dipilih selain sokongan moral keluarga dan kewangan dr penaja yg disebutkan tadi.

      Semoga Zan berjaya mengatasi masalah ini dengan kakak secara baik dan telus.

      Amin

  3. salam…sy nak bertanya…mcm mana nak aply untuk kemasukan ke kolej uniti utk intake akan datang?sama ada online atau isi borang permohonan?
    saya berhasrat utk menghantar adik saya belajar di kolej uniti (kos perguruan pra sek)..tapi kurang arif tentang cara memohon…
    harap dapat tunjuk ajar…terima kasih

    • Salam sdri Zati,

      Terima kasih kerana sudi menyenaraikan Kolej UNITI sbg satu pilihan untuk pengajian pasca-SPM adik sdri.

      Utk makluman, mulai 3 tahun lalu pengambilan pelajar diuruskan oleh bahagian pemasaran kolej UNITI. Sekarang urusan ini di bawah kendalian Uniti Resources. Pelajar boleh mengisi borang secara online (terdapat di laman sesawang Uniti ; http://www.uniti.edu.my) dan mengirimkannya secara maya. Selepas itu apabila diterima pelajar berkenaan akan dihubungi terus oleh Education Advisor (EA) melalui telefon untuk urusan pengesahan terima permohonan dan perbincangan lanjut mengenai kesesuaian bidang dan sebagainya.

      Untuk memudahkan sdri Zati, jika tidak keberatan boleh kiranya berikan saya nombor telefon untuk saya panjangkan kepada pihak EA untuk tindakan lanjut. Borang boleh diisi kemudian bersama EA yang berkenaan kelak. Juga, butiran nama adik dan keputusan SPMnya. Oleh kerana maklumat ini bersifat personal sdri boleh emailkan kepada saya di cikgubad@gmail.com.

      InsyaALlah permohonan adik sdri akan diuruskan secepat mungkin.

      Sekian, terima kasih.

      Moderator Blog

  4. salam cikgu bad, akhirnya sampai juga saya di laman ni..alhamdullilah saya ex student uniti batch 2004 dpi..lama tidak ke uniti dan alhamdullilah banyak perubahan UNITI yang saya lihat..Saya kini merupakan student tahun akhir syariah pengkhususan undang-undang perbandingan di UKM. Dalam masa yang sama saya mengikuti diploma lepasan siswazah iaitu diploma pentadbiran kehakiman dan guaman islam..alhamdullilah sekadar untuk berkongsi dengan adik-adik di UNITI, setakat ini pnga saya bg program degree 3.8, setiap sem memperolehi anugerah dekan manakala bagi program diploma guaman pnga saya 3.4..saya akan menamatkan kedua-dua pengajian saya serentak insyaallah pada tahun hadapan dalam pertengahan bulan April.

    Tujuan saya beritahu ini bukanlah untuk membangga diri tetapi sekadar pembakar semangat buat adik-adik di UNITI, kerana UNITI bagi saya adalah permulaan kehidupan saya sebagai seorang manusia yang dapat atau betah mengenali siapa dan apa tujuan sebagai khalifah di muka bumi ini.Terlalu banyak yang saya perolehi di laman UNITI, bukan hanya ilmu sahaja kasih pensyarah, keikhlasan dan ketulusan mereka dalam mencurahkan segala-galanya. Saya terlalu berbangga dilahirkan sebagai produk UNITI.

    UNITI mengajar saya mengenal erti hidup, di sini saya mengenali usrah, ukhwah mahabbah,kepimpinan dan lain2 yang sangat berguna apabila keluar hidup bermasyarakat, yang mana saya kita tidak atau sukar untuk memperolehinya di tempat lain.

    Adik-adik sekalian,
    bangunlah dari mimpi yang panjang, tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih dan ingatlah usaha sekuat mana pun jika tidak diserta dengan kebergantungan pada ALLAH tidak bermakna juga, bukan usaha itu menjadi ukurannya tetapi kebergantungan serta penyerahan diri kepada Allah mengatasi segalanya. Sekadar untuk berkongsi apa yang saya ada dengan adik2, sambil ingatkan diri yang selalu lupa ini.

    Sebagai akhirnya cikgu bad doakan kejayaan saya, untuk sem hadapan ada dua tugas besar menanti tesis(kajian berkaitan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah) dan pre trial untuk ‘mooting’ diploma guaman saya. Doakan saya dipermudahkan segalanya, insyaallah selesai pengajian pada bulan 4, saya akan teruskan lagi perjuangan saya pada bulan 7 di universiti yang sama sebagai seorang pelajar sarjana dalam bidang dan pengkhususan yang sama (comparative law).
    Buat adik-adik teruskan perjuangan jangan kenal erti kecewa atau putus asa, jadikan UNITI sebagai gedung mencari segalanya yang pasti, gali sedalam mungkin ilmu pada lecturer2 kita yang bukan sahaja hebat malah tangan2 mereka inilah yang mampu melahirkan ‘mutiara-mutiara’ yang tiada tandingannya. Insya allah di kelapangan lain saya akan coretkan lagi bingkisan sekadar untuk berkongsi di samping mengingatkan diri ini.

    Buat cikgu Bad jika ada ‘reunion’ bolehlah inform pada saya. Nak juga turun padang jumpa sahabat-sahabat lama ,pensyarah dan kakitangan UNITI…

    Nurul Farrhana Zainul Abidin
    DPI 04-06
    taj_farhah86@yahoo.com

    • Salam Farhana,

      Terima kasih di atas kiriman yang menyentuh ini. Maaf cikgu baru perasaan bhw kiriman sdri masih belum cikgu respons sejak ia mula dilulus utk terbitan di laman ini.

      Teruskan menasihat adik2 di KU ini. Mereka perlukan suluhan yang banyak kerana generasi baru KU tidak seperti senior mereka yang lebih tertib dan beradab.

      Persekitaran dan zaman yang berubah mempengaruhi pembentukan peribadi mereka.

      Semoga blog ini menerima kiriman seperti ini lagi dari Farhana.

      Sykuran kathiran…

  5. salam….saya x student tahun 2002, ni cikgu bad yang pakai kereta kia dulu ke…..rasanya cikgu yng ajar pengajian m’sia kan…..saya nak tanya tawaran kerja 2 buka lagi ke, saya baru abis digree in pengajian islam di UKM, mcm nak apply la pensyarah kat uniti…..manalah tau dapat berkhidmat kat kolej yang banyak mendidik saya jadi manusia yang sejati…..

    • ‘Alaikisalam Hanizah,

      Tahniah kerana telah berjaya menamatkan pengajian ijazah di UKM.

      Tentang jawatan kosong dalam Pengajian Islam sila emailkan surat permohonan dan resume ke alamat yang dinyatakan dengan segera.

      Jika masih ada kekosongan insyaALlah sdri akan dipanggil utk ditemuduga.

      Selamat mencuba Hanizah.

      P/s: Ya saya cikgubad yang pakai kereta KIA tapi sekarang dah tukar ke Kenari.

  6. sy minta maaf cikgu…
    sy tahu..en.zakri ketua program yg baru..
    tp sy susah nak luahkan perasaan mcm ni..
    sy pun tak mengenali dia..
    sy harap cikgu dapat menolong sy…

    • Salam Faez,

      Ya cikgu masih ingat lagi. Alhamdulillah kerana Uniti telah berjaya melahirkan graduan sebaik Faez. Pencapaian di UM kelihatannya jauh lebih baik walaupun pengajian peringkat ijazah relatifnya lebih sukar. Pastinya Faez dah menemui miftah yg telah dapat membuka gedung ilmu yang luas di UM.

      Cikgu rasa Faez akan lebih dapat menyumbang jika sesekali menziarahi Uniti dan memberikan ceramah atau seumpamanya kepada pelajar Uniti khasnya pelajar-pelajar DPI.

      Kemelut sosial dan kegersangan iman serta kemiskinan budi sedang melanda dengan hebat ke atas remaja hari ini – tidak terkecuali pelajar Uniti. Justeru, kita perlu ramai tokoh untuk ‘turun padang’ mencelik dan mengingatkan mereka tentang ‘ilmu, iman dan ‘amal’ ini. Faez adalah seorang daripadanya.

      Buatlah suatu inisitaif. Apa yang telah Uniti berikan kepada Faez, ‘pulangkan’ semula.

      Selamat berjaya Faez.

      Wassalam

  7. td sy tgk website uniti ckg.. sdih je rase.. name sy xde pon dlm anugerah pelajar cmerlang .. sy dpt anugrh2 sebab saya dapat 3.4 mase sem2..

  8. salam cikgu bad,

    saya daripada smart reader kids jb. sy ada tgk dlm website uniti, kt sana ade kursus diploma pendidikan pra sekolah kan? kami sedang mencari guru bahasa inggeris utk mengajar kanak2 pra sekolah especially yg ade diploma early childhood education.

    sy nk mintak tolong cikgu bad ni, boleh tak kalau saya nk advertisekan iklan jwtan kosong english teacher ni pada students uniti. macam mana cara nye ye?

    lagi satu, kalau lah saya boleh dptkan senarai nama & contact number pelajar2 yg akan grad utk course tu, mungkin boleh sy setkan interview utk drg. boleh ke cikgu bad? boleh cikgu tlg saya?

    ni email sy utk dihubungi: admin.informium@gmail.com.

    terima kasih atas kerjasama cikgu….

  9. Assallammualaikum….

    Saya dapat tau psl blog cikgu bad ni dari Jawa
    (die baru je lps call sy td borak2 n bgtau)

    Waaaaaahhhhhh rindu siutttt kt uniti….bak kata
    org tua2 tempat jatuh lg kan di kenang, ni kan plak
    tempat main kejar2, ngan cikgu nazri (feder takraw
    baik punya) & cikgu zaidi (komando hehehe, lipat
    gulung takraw ni), mlm2 kene denda lari keliling
    dewan, kene kawat mlm2 kt dataran kejat….mandi
    kt depan pantai uniti yg penuh lumpur tu (kite org
    belasah je…janji mandi hehehe)…tiap2 pagi dpt dgr
    bayan subuh dari ustaz Zulkifli…banyak…banyak..
    terlalu banyak kenangan kat uniti yg x dpt di cerita
    kan di sini……

    cepat erk masa berlalu kan….sedar x sedar dari 1997
    sampai ke 2003….dari duk kt tun teja (rumah panjang..hehehe) sampai duduk kt ixora & palm
    spring…sampai lah akhir nya, ALHAMDULILLAH
    dengan izin ALLAH berjaya jugak kami dari 1st
    batch UNITI smua mendapat segulung ijazah….
    dgn berkat tekun sabar smua pensyarah2 yg ada
    masa tu…..Hanya ALLAH saja yg dapat membalas
    segala jasa2 mu….amin…..

    Erman Ramli
    1st batch UNITI 97-03
    Oil & Gas Engineering Procument Commissioning
    Construction ( EPCC )
    Ad-Dammam Kingdom Of Saudi Arabia

  10. Salam..

    saya juga merupakan bekas pelajar UNITI batch 1998-2002, grad bac. kej.elektrik & elektronik..
    cikgu bad tak pernah mengajar saya.so,cikgu bad mungkin kurang atau tidak mengenali saya..but that’s not the point..

    saya tidak pernah menyesal belajar di UNITI..saya merupakan bekas pelajar MRSM dan memasuki UNITI atas tajaan UMSB ketika itu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang matrikulasi kejeruteraan UPM sehingga tamat ijazah pertama.skrg klu tak silap saya ia dikenali sbg Yayasan UNITI..ada beberapa lg rakan setajaan saya yg kesemuanya dr SBP dan juga MRSM yg sama2 melanjutkan pelajaran di UNITI.
    sbnrnya sy juga menerima tawaran ke Asasi Sains Fizikal UM, tp hakikatnya Allah itu lebih mengetahui apa yg terbaik untuk saya..saya ditakdirkan belajar di UNITI..w/pun hakikatnya sy sendiri mengakui, keadaan di sekolah sy dulu jauh lbh baik dari di sini.

    pada waktu itu Bangunan akademik Tampin itu lah asrama saya semasa matrikulasi.selalu saja dikejar monyet2 liar..nyamuk apatah lagi.belum lg ditambah dgn bunyi unggas dan binatang2 lain di waktu malam..selalu plk tak ada air..selalunya kami akan mengusung baldi beramai2 untuk mandi dan mengambil air di bangunan akademik..ermh..what past is past..yang pahit itu adakalanya manis..

    sy merupakan batch ke dua intake UNITI belajar bersama2 batch pertama UNITI pelajar pra sains.slps tamat pra sains, mereka sambung matrikulasi pula..kebanyakan mereka ialah non-science stream student ketika peringkat SPM.jd, mereka semua lbh tua dr sy..sy sgt respect batch pertama UNITI..tanpa mereka, tidak ada lah UNITI..merangkak dari asas untuk switch ke bidang sains dan teknikal bkn la satu perkara yg mudah..pelajar pure sains sendiri belum tentu dpt menamatkan pengajian mereka apatah lg mereka yg tidak dr aliran sains.kebanyakan mereka adalah bekas pelajar aliran agama.

    suasana UNITI yg Islamik dan kondusif sgt mendekat di hati sy.di sini la tempatnya sy mengenal apa itu mathurat, apa itu usrah dan bagaimana yg dikatakan kepimpinan.hubungan akrab antara pensyarah dan pelajar juga sgt terkesan di hati sehingga kan hubungan itu tetap utuh hingga la sekarang..kecemerlangan akademik semata2 tidak akan membantu kita untuk menjadi manusia yg cemerlang jika tidak disulami dgn sahsiah dan akhlaq.cabaran dan ujian yg di lalui di UNITI benar2 melatih saya untuk mendepani dunia luar terutama di alam pekerjaan.

    tidak cukup untuk saya ceritakan segala-galanya di sini..apapun saya bawa bersama segala kenangan pahit manis 4 tahun lbh saya berada di UNITI.yg paling manis, sy telah bertemu jodoh di sini..
    skrg sudah 6 tahun sy bergelar jurutera…tahniah UNITI kerana berjaya melahirkan insan2 cemerlang….

  11. dekat kolej susah la nak layari internet..huhuhu
    balik kampung mudah sikit,layari je dekat rumah..
    ok,harap cikgu dapat tanda paper kami dgn baik ye..
    paham2 jela subjek ni susah sket..(susah kalau sape yg tak bace buku je)hehe.

    wassalam

  12. assalamualaikum..
    cikgu bad,
    expecially,baru hari ini sy dapat mencari blog cikgu bad.hehehe…(jangan marah)
    saya pelajar DPS sem 2..
    sy sekarang tengah bercuti..
    duduk rumah jela..huhuhu
    harap cikgu bad ceria selalu..
    kenape cikgu bad dah tak jadi ketua program DPS?
    tak best la…

  13. Salam Cikgu Bad & Peminat setia blog Cikgu Bad.. :)

    Mengikut cerita dari saudari Fatin, sukar untuk mendapatkan pekerjaan selepas abis pengajian di Kolej UNITI? Ermm…..sukar untuk mengiyakan pernyataan tersebut la…..

    Saya berkongsi sedikit pengalaman kami ye. Suami dan saya merupakan pelajar yang 1 batch dengan saudara Jawa. Alhamdulillah….bukanlah nk dikatakan terlalu berjaya….tetapi diberikan oleh Allah secebis kejayaan sahaja. Sebab yang lebih aula’ adalah DIA.

    Dulunya suami saya pernah bekerja di sebuah syarikat di bawah kementerian, MOSTI dan kini bekerja di sebuah syarikat gas dan minyak di Sungai Udang, Melaka.

    Saya pula pernah bekerja di syarikat kepunyaan salah sebuah Bank Antarabangsa di Bukit Jalil. Kini, bekerja sebagai pensyarah di kolej yang sama dengan Cikgu Bad.

    Sebenarnya, Cikgu bad merupakan Guru kami yang tak jemu memberi kata2 perangsang, yang memang dari dulu beliau dikenali sebagai kaunselor dikalangan kami. Sikit2 jumpa Cikgu Bad, tny psl itu la tny psl ini la…….Alhamdulillah Cikgu Bad sudi mendengar rintihan pelajar2nya…..

    Semoga kepada yang berminat menyambung pengajian di Kolej UNITI, kehadiran kalian dialu-alukan.

    Akhir kalam “Lihat dengan mata, Dengar dengan mata hati ” (jangan asik dengar cakap2 orang yang betul tentu kesahihannya!)

    Wassalam…hingga berjumpa lagi!

  14. asalamualikum cgu Bad.

    huaaaaa …… akhirnya .. tergatal gak tangan ini untuk ‘surf’ laman web ini. Cikgu apa khabar? warga KU yg lain perkhabar? Harap sihat dan dilindungi Allah setiap masa dimana jua berada..
    1st. Buat Fatin … yg hantar post dalam blog Cgu Bad ni ….—–> Susah nak dapat kerja … memang susah kalau tak cari kerja.. kena cari, kalau nak kerja datang sendiri memang susah . tak kiralah belajar kat mana sekali pun. Namun yg pasti ramai graduan dari Kolej Uniti dah berjaya. Pensyarah? ramai … Guru/Pendidik? ramai …. Jurutera? … ramai Bisnes Man/Woman ramai…. Setakat kat Puterajaya .. yg kerja Gomen bersepah. So apa lagi … Don’t be khuatir ..yang bekerja kat …Sektor Swasta lagilah berlambak.

    2nd Cgu Bad ….. den dengar khabar yg Uniti sedang dalam perancangan nak buat Reunion ? ada betul ka? Kalau ada join kan sekali Ex student dan Ex Staf lagi cantik. Tapi Di informkan awal, al maklumlah ramai yg bukan berdua, malah dah masuk 3 / 4 orang dah … Anak. Alhamdulillah .. setakat ini. apa yg saya tahu .. mereka semua saling dan masih berhubung antara satu sama lain.

    Akhirkata ‘ Relation starts from the hearts remain forever no metter whats, it will be forever!’

    Salam Ukhwah

    Jawa
    DKTM 2nd Batch
    p/s: Bilo lah den nak amik gambor Konvo Kat KU. Ado laie ke tak?

  15. assalamualaikum cikgu,,,

    saya ni tertanya2 mengenai semester di KU..bila semester baru bermula di KU..bleh bagi tarikh sebenar..sebab saya ni nak buat persiapan ntuk persediaan PnP saya…saya ni tak tau bidang matematik apa yg saya akan ajar..tapi semasa interview baru2 ni,,,en md zin ada sebut2 mengenai subjek Business Math…so,,saya nak kena buat persediaan ntuk mengajar subjek tersebut..

    kemudian, masa bekerja di KU bermula pada pkul bapa?8pg? saya ni nak kena menyesuaikan diri di sana kelak sebab saya akan terus menginap di sana pada 31/5/2009 dan rumah saya di Taman Politeknik. Saya takut saya terlewat nak lapor diri. Saya ni sgt2 mementingkan ketepatan masa. Di harap cikgu dapat memberi jawapan dn saya minta maaf sebab byk bertanya pada cikgu. Hanya cikgu saja yg dapat saya hubungi mengenai KU.

    Sekian, terima kasih

  16. assalamualaikum cikgu bad,

    tahniah la skrg dah ade blog sendiri..harap2 cikgu dan anak-anak sihat.hari ahad lepas(17 mei) cikgu shipun ada datang ke rumah melawat anak kedua kami..kautsar namanya..harap2 dapatlah cikgu bad datang ke rumah bila cuti sekolah nanti dgn sarah,bilal dan aqilah(kalau tak silap la) yea..slamat hari guru juga diucapkan untuk cikgu di sana..sekian wassalam

  17. terima kasih cikgu,,,saya berharap kita dapat sama2 mendidik anak bangsa kita supaya mempunyai jatidiri yang kuat setelah mereka menamatkan pengajian di kolej uniti nanti

    sebelum tu,,jgn la panggil saya ngan panggilan ahmad,,cukup ngan panggilan fuad sahaja…belum pernah lagi org memanggil saya dengan panggilan ahmad….

  18. assalamualaikum cikgu,,,

    saya ahmad fuad, bakal pensyarah matematik di Kolej Uniti,,insyaallah 1/6/2009 ni saya akan lapor diri di Kolej Uniti..

    byk artikel yg saya baca di blog cikgu dan saya tertarik dengan kisah2 dalam artikel cikgu,,,cumanya,,saya ni masih baru di Kolej Uniti n masih lagi mencari2 bagaimana suasana persekitaran di Kolej Uniti…

    Saya berharap saya dapat merujuk kepada cikgu bagaimana untuk memantapkan PnP di Kolej Uniti

    sebelum tu,,,salam perkenalan dari saya…semoga kita dapat bekerjasama dalam meningkatkan kualiti pelajar2 kolej uniti…insyaallah..

  19. salam…

    cikgu sy ada sorang kawan…
    kawan sy ni mmg dah nak masuk uniti ni..
    tapi ada orang kata dekat dia yang uniti ni tak diiktiraf oleh kerajaan maksudnye bila nak keje nanti susah..
    hati saya memang berkobar2 nk msuk uniti tp ble dengar je dia ckp mcm 2 ,hati saya mcm berbelah bahagi …rase tkut pun ada..

  20. a’skom…
    cye ingin bertnye tntang diploma pendidikan pra sekolah?betul ke sijil diploma pendidikan pra sekolah tidak di iktiraf?

  21. ‘Alaikisalam Puteri,

    Pendidikan ‘is a life-long journey’. Tiada dibataskan oleh umur, pangkat, atau darjat. Selagi Puteri ada kemahuan di situ pasti ada jalan.

    InsyaAllah cikgu akan bantu setakat termampu. Kenal atau tidak tidak pernah menjadi syarat. Jika ia disyaratkan sudah pasti banyak kebaikan dan kemajuan dalam hidup akan terhalang untuk dicapai.

    Kadang-kadang juga lebih baik kita ‘absence’ daripada ‘presence’ untuk membantu. Tanpa mengenali pertolongan akan jadi lebih ikhlas.

    InsyaALlah cikgu akan respons persoalan Puteri melalui email nanti.

    Selamat menempuh ujian hidup Puteri…

    Wallahua’lam

  22. salam..

    terima ksh byk2 diucapkn krn mmberi smgt lg kpd sy..
    ttpi sbnrnya sy buknlh pljr lpsan spm.
    ttpi pe2 pn, diharap jika da apa2 mklmt ckg blh pnjgkn dlm email sy ye..
    p/s: t.ksh ats js baek ckg!
    w’pn kt x mgenali.. :)

  23. ‘Alaikisalam sdri Puteri,

    Terima kasih kerana sudi ziarah blog cikgu dan mengajukan soalan mengenai kolej ini.

    Mengenai intake kolej ini, ia telah pun bermula sekarang bagi semester Mei/Jun 2009 nanti. Jika Puteri berminat puteri boleh berhubung terus dengan cikgu untuk cikgu panjangkan kepada pegawai bahagian pengambilan pelajar. Puteri boleh emailkan saja kepada cikgubad@gmail.com butiran peribadi termasuk no telefon dan program diploma pilihan. Yg paling penting result penuh SPM Jika program dalaman uniti sdri hanya perlu minima 3 kredit sahaja. Tetapi utk UPM dan UiTM mesti 5 kredit termasuk BI dan Math.

    Untuk maklumat lanjut sila lawati website kolej Uniti – http://www.uniti.edu.my.

    Semoga Puteri dapat menyambung pengajian dalam bidang yg sesuai di IPTA/S yg sesuai. Amin

  24. assalamualaikum..

    kpd ckgu bad..
    sy t’trik dgn wordPress ckg ni..
    ttpi sy bukanlh pljr dr kolej ini.
    sbllm ni pun sy xprnh dgr sgt mngenai kolej ini.
    cuma di sini sy ingin mengetahui lbh lanjut mengenai kolej ini..
    dr segi intakenya dan cara untk apply jika ada yg bminat ingn msk stdy di sini..
    sekian. t.ksh..

    • Salam mrs zack,

      Saya telah respons ke mail puan. Posting puan tidak saya siarkan kerana isunya yang agak ‘sensitif’.

      Sebarang komunikasi antara kita selepas ini seeloknya melalui email.

      Apapun terima kasih saya ucapkan di atas perkongsian cerita puan.

      Wassalam

  25. ALLAH ITU WUJUD

    ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,

    BARBER ITU PUN BERKATA,” SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.”KENAPA KAMU KATA BEGITU?” TANYA SI LELAKI TADI.
    ” CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU”.

    SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS..

    SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,” KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?””KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI”.KATA BARBER.”TIDAK! ” KATA SI LELAKI TADI.”KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU”.”AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!” .KATA BARBER.”TEPAT SEKALI!”. KATA SI LELAKI TADI.”THAT’ S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD.. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN. ”

  26. salam…

    betul ckp cgu bad..tragedi 14mac tu x habis lg..mgkn ika blm bkesempatan menyambungnya

    apapn..kpd ika..rht secukupnya..

    p/s:cgu bad..sy hadir pd walimah cgu ujang pd mgu lps..tp agak tlewat..x dpt jmp cgu bad.. :)

  27. Salam..nk mnyelit jugak..boleh cikgu?
    Sy x-stdnt cikgu jugak..hehe
    mcmna dkt sn skrg?
    ap perubhn n perkmbgn?
    maklumlah masuk UNITI dr THn 2003-2004..
    dgr cite stdnt2 sn dh pindah tmpt bru kn?
    rindunya UNITI…
    kirim salam kt smua dan Selamat mendidik
    Smoga cikgu terus sukses..
    All d best..
    nmpk gaya sy kena gn left hand..x pe la.mgkn smntara.

  28. assalamualaikum cikgu Bad..

    Terima kasih atas teguran dan ingatan cikgu itu pada saya..sebenarnya saya juga mempunyai hasrat begitu..saya ingin menziarahi UNITI serta para pensyarah yang lain..dan memberi sedikit kata-kata semangat buat adik-adik di sana

    Namun, kekangan kuliah, tugasan dan tutorial membuatkan saya terpaksa menagguhkan dahulu hasrat saya tu, di tambah pula dengan jawatan kepimpinan yang di amanahkan pada saya..ini bukan bermakna saya telah lupa kepada hasrat saya tu..

    Insyaallah..saya ada bercadang dengan rakan bekas UNITI di UM juga, antaranya mohd shafie ayub, rosmawati, mohd faizan musa, khairiah qarib untuk sama-sama menyumbang fikiran dan berkongsi sedikit sebanyak dengan adik-adik UNITI..Insyallah..jika ada kesesuaian masa..saya akan merealisasikan hasrat tersebut..

    Insyaallah…

  29. assalamualaikum..cikgu Bad

    Masih kenal dengan saya Mohd Faez Mohd Shah bekas graduan uniti 2006..cikgu apa khabar..sihat..
    saya alhamdulillah..

    Sekarang saya di Universiti Malaya, menyambung pengajian peringkat Degree dalam bidang syariah pengkhususan Fiqh dan Usul..

    Saya dah lama tak dengar khabar UNITI, hanya dapat maklumat dr junior yang masih saya contact dan beberapa org pensyarah..tapi ape pun saya bangga melihat perkembangan UNITI sekarg..alhamdulillah satu perkembangan yang baik..saya terus doakan UNITI suksess dan menjadi pusat kecemerlangan Ilmu.

    Tanpa UNITI..saya tak mungkin berada di UM ni..saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat ustaz dan ustazah serta pensyarah lain yang banyak berkorban bagi memastikan kejayaan anak-anak bangsa melayu.

    alhamdulillah..segala ilmu, dan pengalaman di UNITI amat bermanfaat buat saya di sini..ape pun UNITI tetap dalam ingatan saya..kenangan bersama UNITI berserta kawan-kawan seperjuangan sukar dilupakan.

    Untuk pengetahuan cikgu Bad..alhamdulillah setakat semester ini saya memperolehi keputusan yang baik..pada semester lepas pngs saya dapat 4.00 dan PNGK saya setakat ini 3.89..saya memperolehi dua anugerah dekan setakat ini..

    Ini bukan apa sekadar pembakar semangat buat adik-adik dan sebagai ingin berkongsi kejayaan saya setakat ini, kerana kejayaan saya hasil keluaran UNITI…

    Akhir kata,
    Salam mesra saya buat seluruh staf dan warga serta adik-adik di UNITI.pesanan saya ilmu tidak datang begolek..ilmu harus digali baru beroleh hasilnya.

  30. Assalamualaikum wbt..

    Cikgu Bad…apa khabar…masih ingat saya lagi..Mohd Faez pelajar DPI grad tahun 2006. Saya ada ambil subjek pengajian Malaysia dengan cikgu.

    Alhamdulillah..saya masih juga mengikuti perkembangan UNITI..saya doakan yang terbaik buat UNITI..sekarang ni pun UNITI dah sukses, pelajar pun ramai..fasiliti dan kemudahan semua baik..

    Sekarang saya berada UM, menyambung degree dalam bidang syariah..saya sudah pun semester 4 sekarang, jadi tinggal setahun lagi pengajian saya di sini..tanpa UNITI saya tak mungkin berada di UM ini..

    Segala ilmu, tunjuk ajar dan pengalaman di UNITI dengan pengorbanan para pensyarah dalam mendidik saya..memberi sumbangan besar kepada saya di UM ini..untuk pengetahuan cikgu, saya memperoleh keputusan yang baik di UM ini, pada semestr baru ini saya memperolehi PNGS 4.00 dan PNGK saya setakat ini 3.89..mudah-mudahan boleh menjadi contoh buat adik-adik di sana.

    Saya cuma sekadar ingin berkongsi apa yang saya perolehi buat warga UNITI..saya juga berhasrat untuk menyambung pengajian saya ke peringkat Master dan PhD, jika diizinkan Allah SWT..sampai sekarang saya masih berpegang dengan kata-kata ibu saya, hanya ilmu sahaja yang dapat mengubah nasib kita.

    Walaupun saya sudah lama meninggalkan UNITI, namun hati saya tetap ingat pada tempat belajar saya yang banyak membantu saya sehingga saya berjaya ke tahap ini. Tanpa doa dan nasihat serta teguran dari ustaz, ustazah serta pensyarah lain, mungkin saya tidak akan berada di tahap ini.

    Sekarang ini pun, saya sudah berjinak-jinak dengan penulisan buku. Matlamat saya satu sahaja ingin menyebarkan ilmu dan dakwah kepada masyarakat.

    Akhir sekali, jika dizinkan saya ingin melontarkan sedikit kata-kata semangat buat adik-adik di UNITI “hanya ilmu sahaja yang dapat mengubah kedudukan kita..mungkin harta benda boleh dicuri, tetapi ilmu tetap kekal sehingga akhir hayat kita..kita anak melayu..kalau bukan kita siapa lagi yang akan membangunkan bangsa kita..kita harus sedar kita bukan datang dari golongan berada..manfaatkan masa yang terhad ini untuk belajar bersungguh-sungguh..kejarlah ilmu…kerana ilmu takkan mengejar kita…

    Harap cikgu dapat sampaikan salam hormat saya buat semua warga UNITI terutama ustaz-ustazah yang banyak mencurahkan ilmu pada saya..

    InsyaAllah kalau ada kesempatan lain..saya boleh berkongsi pengalaman dan cerita di sini..

    Salam Mesra dari saya
    Mohd Faez Bin Mohd Shah al Hashimi
    graduan DPI tahun 2006
    matrik 2893

  31. assalamualaikum cikgu bad..i like tol lah bc blog cikgu..saye dlu penah blaja kat uniti pra perdagangan sesi jun 2007…sronok gakla kat cna..tp skg da mkin cantik..ucap tahniah kat cikgu ujang..nak tya la..sy kan xamik result yg dlu…leh a lau nak amik skg???

  32. salam..rindu kat UNITI..2006 dulu saya sempat selama sebulan saja sebelum berpindah kolej..sempat la berada di hostel Ixora..
    Rindu pagi2 tgk laut dari pondok di tepi tu…
    Tgk air pasang surut hari2…=)
    bila akan kembali ziarah…=(

  33. Cikgu Bad,

    Thank sebab buat ‘link’ dengan blog saya. Saya harap kita boleh bertukar-tukar pendapat mengenai pelbagai bidang terutamanya akademik.

    Kat sini, belum ramai lagi pensyarah yang buat blog khususnya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran sebab masing-masing sibuk dengan tugas pentadbiran, peperiksaan PTK dan pelbagai kursus. Saya pun tak terkecuali. Baru 6 bulan saya kat sini tapi dah lebih dari 10 kali saya dihantar ‘keluar’ outstation. kebetulan Minggu lepas saya baru balik dari PTSS Arau. Pergh!! letih gila duduk 12jam dalam bas.

    Ok berbalik pasal blog tadi, saya cuba nak buat, sebagai alternatif alat bantuan mengajar kepada student poli. Pelajar uniti pun boleh kunjungi, saya alu-alukan.

    Lagi ramai lagi meriah…betul tak cikgu.

    Dan saya pun nak minta kebenaran..jika diizinkan oleh cikgu bad..saya nak bagi alamat blog wordpress cikgu bad kat student-student saya.

    Bolehlah cikgu bad ‘basuh’ minda diorang sebab baru saya tahu, pelajar kolej swasta dengan pelajar poli ‘lebih kurang’ je peel diorang.

  34. Assalamualaikum cikgu bad…

    Ingat kat saya lagi tak…. Fazli…ala Cikgu Fazli hensem yang pernah mengajar kat Kolej Uniti tu…..he..he..he.

    Apa khabar cikgu bad? Sihat? Macam mana Uniti? Saya kat Poli ni sihat-sihat je cuma sibuk skit bila dah sampai ujung sem ni.

    Wah..tak sangka..tengah-tengah surfing internet terjumpa blog/wordpress cikgu bad.
    Apa kata kita buat link dengan blog saya..saya punya blog masih baru lagi so tak banyak lagi post.

    ni blog saya: pendidikanmaya.blogspot.com

    ok..chau dulu nak balik..perut dan lapo..

    bye…assalamualaikum

  35. Salam cikgu Sharinah,

    Kolej Uniti adalah salah sebuah IPTS milik penuh bumiputera, terletak di mukim Pasir Panjang (agak solok sikit), Port Dickson, Negeri Sembilan.

    Mula beroperasi semenjak 1997 hinggalah sekarang. Untuk info lanjut sila layari http://www.uniti.edu.my. Ada saya pautkan (link) dalam blog saya.

  36. ‘Alaikasalam cikgu Fazli,

    Ingat..tentu saya masih ingat lagi. Saya sihat alhamdulillah. Cuma kerja makin bertambah sebab jumlah pelajar DPS semakin bertambah mencecah kira-kira 240 orang.

    Moga cikgu fazli seronok dengan suasana akademik di Politeknik Merlimau. Juga terus produktif untuk memberi sumbangan yang signifikan kepada pelajar-pelajar politeknik Merlimau. Amin

  37. cikgu fazli,

    InsyaAllah saya akan linkkan blog cikgu fazli dalam blog saya. Moga bercambah lagi kebaikan yang ada pada kita. Amin

  38. Terima kasih kembali cikgu fazli. InsyaAllah tujuan semurni ini iaitu untuk berkongsi buah fikiran dan mencambahkan kebaikan sedia ada dalam diri kita kepada mereka yang sudi adalah baik. Saya orang yang terbuka dan sentiasa berlapang dada dengan pandangan yang berbeza.

    Tentunya banyak yg boleh dikongsi sesama kita krn isu pendidikan sgt luas dan anasir paling asas dlm pembinaan sesebuah peradaban. Melalui blog – dipercayai sebagai media baru komunikasi yg sedang berkembang pesat – maksud ini boleh dicapai. Kaedah ini mengisi sebahagian maksud proses yg berlaku dalam pensejagatan (globalisasi).

    Tentang nak ‘iklan’ blog sy kpd pelajar cikgu fazli silakan. Moga ada manfaatnya buat mereka.

    Fazli sebenarnya brtuah krn mjadi pensyarah poli biarpun asyik ‘outstation’ tapi ia dari masa ke semasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang akademik. Lama-lama biasalah nanti.:)

    Oklah kita sembang lagi di ruang maya ini bila berkelapangan.

    Wassalam

  39. ‘Alaikisalam Atie,

    Sungguh menakjubkan wlpn hanya sebulan di uniti sdri masih telah terkesan dengan panorama kolej.

    Apapun moga sdri telah menemui apa yg sdri cari di kolej baru itu. Amin

    Wassalam

  40. ‘Alaikisalam Siti Sarah,

    Terima kasih menziarahi dan memberi komen pada blog cikgu yang tidak sepertinya ini. Moga coretan dan nukilan cikgubad berguna buat bekal ilmu dan budi siti.

    Mengenai result tu memang boleh diambil pun. Tapi seeloknya telefon dulu Uniti dan tanyakan terus pada Pn Syikin. InsyaALlah jika tiada sangkut bayaran yuran pengajian siti akan dapat slip keputusan peperiksaan Pra-perdagangan UiTM itu.

    Cikgu doakan siti berjaya dalam bidang yang diceburi sekarang. Amin

    Wassalam

  41. ‘Alaikisalam Ika,

    Hai Ika ni kan tak sihat lagi! Bawa2 la berehat lah Ika. Tangan Ika perlu berehat. Cikgu sedih bila dpt berita nahas Ika hingga hilang jari manis Ika.:( Cikgu dah lawat blog Ika tapi kisah Tragedi 14 Mac tu mcm tak abis je..Naper?

    Ttg info Uniti rasanya ada dlm web site Uniti. Apapun utk maklumat Ika, pelajar Diploma Pra-Sekolah shj yg berpindah ke tempat baru di Uniti Village (UV). Yang lain masih belajar di kompleks Uniti. Perpindahan pelajar dibuat secara berperingkat2.

    Jika rindu, Ika kena ziarahlah kami di Uniti bila berkelapangan.

    Oklah Ika selamat bercuti. Ada hikmahNya bila takdir 14 Mac berlaku.

    Wassalam

  42. ‘Alaikisalam Aisyah,

    Lama menyendiri. Jarang juga online.

    Cikgu pun datang ke walimah cikgu Ujang tapi di hujung waktu. Sebab tu kita tak sempat berjumpa. Nanti cikgu kongsi cerita walimah cikgu Ujang. Tunggu…

    Pasal Ika kita tumpang simpati. Kalau dekat nak juga ziarah. Tapi tak pelah kita doakan agar Ika cepat sembuh. Amin

    Wassalam

  43. Salam Aini,

    Saya tidak pasti sdri dari Diploma Pendidikan Pra-sekolah (DPS) Uniti atau IPTS lain. Saya andaikan sdri dr DPS Uniti.

    Jawapan saya ringkas : DPS Uniti masih belum mendapat pengiktirafan. Pihak kami sedang mengusahakannya. Sekarang kami sedang menyiapkan dokumentasi program ini untuk dikemukakan kepada MQA.

    Jadi adalah tidak tepat untuk mendakwa atau menyimpulkan program ini tidak diiktiraf lagi.

    Untuk lebih lanjut sila rujuk soal-jawab ttg isu ini di laman ‘Diploma Pendidikan Pra-Sekolah’ dalam blog cikgu.

  44. Salam Fatin,

    Seeloknya Fatin dan kawan Fatin usul periksa sehalus-halusnya. Tidak semua yg kita dengar betul. Mungkin banyak yg tidak tepat. Terserong.

    ‘Orang kata’ tu siapa? Adakah dia bekas pelajar KU atau org lain yg juga menyambung perkhabaran dari orang lain yg lain.

    Maksud cikgu fatin kena betul2 dapatkan fakta. Perkhabaran atau dakwaan perlu tampil bersama bukti.

    Adakah fatin dah baca bahan2 yg cikgu sajikan dalam blog ini? Dah baca posting bertajuk “Kolej Uniti (KU) : ‘Indah Khabar dari Rupa’kah Ia ?”. Ada beberapa posting lain yg boleh memberi gambaran kualiti pendidikan di KU.

    Namun, cikgu suka tegaskan di sini bahawa semua program akademik yang ditawarkan di KU telah mendapat pengiktirafan atau akreditasi penuh LAN (sekarang MQA) KECUALI program Diploma Pendidikan Pra-sekolah (DPS). Penjelasan panjang lebar tentang status DPS ada di laman ‘Diploma Pendidikan Pra-sekolah’. Sila klik di situ dan carilah penjelasan cikgu di situ.

    Cikgu sangat memahami kebimbangan pelajar dan ibu bapa terhadap mutu pendidikan di KU. Bimbang takut ditipu dan sebagainya.

    Untuk mengelakkan ditipu atau cuba dipesongkan oleh mana2 pihak, Fatin dan ibu bapa mesti bertanya soalan-soalan asas secara kritis kepada pegawai yang menawarkan peluang pengajian. Tak kiralah KU ke, KTIM ke, atau mana2 IPTS yg ada di Malaysia ni.

    InsyaALlah fatin akan dapat maklumat yg tepat, betul dan mencukupi utk buat keputusan yang mungkin akan mengubah seluruh kehidupan Fatin dan keluarga kelak.

    Selamat berjaya Fatin.

  45. ‘Alaikasalam Ahmad,

    Pertamanya tahniah kerana telah terpilih untuk menjadi staf akademik – jawatan yang menjadi tulang belakang kepada operasi Kolej Uniti selama ini.

    Kedua, terima kasih kerana sudi singgah dan memberikan respons terhadap bahan-bahan yg disiarkan dalam blog yang tidak sepertinya ini. Kelihatannya Ahmad begitu bermotivasi utk mendidik pelajar KU.

    InsyaALlah, dengan nawaitu yg jelas, iltizam yg padu, serta dilatari dgn sikap yg positif (optimistik) Ahmad akan menjadi penyumbang kepada pendidikan sbgmana acuan asal KU yg sejak bertahun lamanya banyak dicabar oleh pemikiran dan budaya yg merendahkan martabat ilmu.

    Pencabar tersebut tidak lain ialah pelajar KU sendiri.

    Kita ada tanggungjawab yg maha besar utk dilaksanakan di KU. Sekarang Ahmad telah menjadi sebahagian daripada pemikul tangungjawab tersebut.

    Rujuklah juga ‘otai-otai’ yg tinggal beberapa kerat di KU sekarang utk lebih mengenali KU – kelebihan dan kekurangannya. Cikgu Ujang, cikgu Md Zin, cikgu Zakri, Ust. Nafis dan Ustz. Soberi adalah antara nama yg tidak boleh ditinggalkan dlm senarai mereka yg boleh dirujuk oleh Ahmad nanti.

    Salam perkenalan Ahmad. Ketemu nanti.

  46. InsyaALlah Fuad. Tugas ni tugas kolektif – tugas kita semua, baik yg baru juga yg lama. Sesiapapun tidak terkecuali.

    Maaf kerana tersalah panggil nama sdr. Sebab tak kenallah maka saya (selalunya) memilih nama pertama seseorang utk dipanggil. Wah saya orang pertamalah buat silap ya panggil nama Fuad!

    Apapun ini adalah sebahagian daripada proses taaruf kita. Lepas ni kita akan dapat lebih kenal lagi dalam taaruf yg sebenar di luar blog.

  47. ‘Alaikum salam Fuad,

    Takwim akademik Uniti utk sesi baru setiap tahun bermula pada bulan Mei utk Sem 1 dan bulan Disember/Jan utk Sem 2 pula.

    Namun sejak setahun yg lalu bagi sem 1nya iaitu utk pelajar2 baru sem 1 ada 2 intake/batch. Pertama batch Mei dan kedua batch Julai/Ogos. Kedua batch pelajar baru ini akan bergabung pada sem 2 nanti.

    Utk makluman Fuad, semester Mei utk pelajar baru sem 1 dah pun bermula 11 Mei, Isnin minggu lepas. Pelajar lama akan kembali memulakan semester barunya sekitar awal Julai/Ogos nanti.

    Bagi subjek Bussiness Math jika tak silap saya utk program Diploma Bussiness Study UiTM. Jika ada sebarang kemusykilan Fuad boleh tanyakan cikgu Ujang – pernah mengajar subjek ini.

    Masa bekerja rasmi ialah 8.30 pg – 5.45 ptg. Tak perlu punch card seperti staff admin.

    Harap penjelasan ini membantu Fuad.

    Wassalam

  48. Salam sdr Jawa,

    Terima kasih kerana memberi semangat buat pelajar2 baru dan bakal pelajar Uniti. Pengalaman lebih beerti utk dikongsi daripada sekadar teori.

    Apa yg sedang dilalui sekarang oleh Jawa dan ramai lagi ex-Uniti membuktikan kejayaan masih boleh dicapai biarpun belajar di sebuah kolej yg ceruk seperti Uniti.

    Tentang reunion tu belum ada yg rasmi sekadar cakap2 je. Apapun just keep in touch. Jika ada info menarik buat kami di sini silalah panjang-panjangkan.

    Pasal gambar tu kena tanyalah org ofis. Dah lama benar tu gambar tu tersimpan..takut2 dah misplaced atau ….

    Kepada Jawa cikgubad ucapkan selamat maju jaya.

    Wassalam

  49. ‘Alaikisalam Azie,

    Satu lagi testimoni ttg sikap dan pencapaian bekas pelajar Uniti. Sememangnya Azie adalah antara pelajar yg cemerlang. Paper CHM081 Kimia pra-Sains dan lain-lain semuanya skor A – tahap mumtaz.

    Alhamdulillah Azie dan juga suami (Raihan) berjaya menapak ke menara gading dan kini masing-masing berjaya dengan kerjaya masing-masing, terutamanya Raihan ‘with a very good pay’.

    Kalian adalah ‘kacang yg tidak lupakan kulit’.

    Selamat maju jaya Azie (dan suami).

  50. ‘Alaikisalam Nana,

    La baru jumpa blog cikgu. Abis tu camne dgn semua tips yg cikgu ‘kongsi’ dalam blog ni – tak dapatlah?

    Apapun semoga berjaya sekurang2nya lulus paper cikgu ni.

    Buat masa ni tengah sibuk menanda kira2 250 skrip jawapan MPW1133. Tinggal bahagian esei je. Penat menanda bahagian ni. Tapi jika ramai yg merepek jawapannya, senanglah cikgu tanda.:)

    Alah Nana ni sesiapapun yg jadi Ketua Program akan bertanggungjawab dan bertungkus lumus utk kejayaan program ini. Nak2 cikgu Zakri yg memang ada passion dalam bidang ini. InsyaAllah Nana akan mendapat perhatian yg sama atau lebih lagi di bawah kepimpinan baru nanti.

    Tentang carry mark tu cikgu masih menunggu semua esei dihantar baru boleh bagi. Jika dah ada nanti cikgu bagi tau.

    Ok Nana, selamat bercuti di sisi keluarga. Bukan di sisi orang lain tau.

    Wassalam

  51. Salam Nana,

    Internet bukan lagi dianggap satu kehendak (wants) lagi. Ia dah jadi keperluan (needs) dan kini menjadi sebahagian dari budaya hidup manusia baik lokal mahu pun global.

    Namun buku, makalah, akhbar dan jurnal masih menjadi sumber ilmu yg relevan dan signifikan. Ia sumber tradisi yg tidak boleh ditinggalkan. Jika tiada di library, kita masih usahakan dari tempat lain.

    Tapi cikgu faham kesulitan dialami pelajar termasuk Nana. Kemudahan kita masih belum cukup utk menampung keperluan semua pelajar. Namun insyaALlah semester depan KU akan ada library baru di bangunan akademik UV. Juga, cikgu difahamkan kemudahan bagi capaian internet juga akan diadakan semester akan datang.

    Tentang kursus MPW1133 ni Nana doalah agar lulus. Sehingga saat keputusan diumumkan, maka bertawakallah kepadaNYa.

  52. Salam sdr Wat,

    Satu lagi testimoni kejayaan bekas pelajar Uniti walaupun bermula dengan kepayahan mengharungi kehidupan bertahun lamanya dalam suasana serba kekurangan di Uniti.

    Menginsafi ‘kisah benar’ seperti pengalaman wat dan lain-lain kita boleh membuat satu rumusan umum bahawa ada kalanya kita ‘berhajat’ kepada kesusahan untuk kita berjaya. Lebih dari itu berasa insaf di atas kurniaan yg Allah berikan. Alhamdulillah jika perasaan itu masih wujud hingga saat ini.

    Namun rumusan ini tidak bermaksud dan menyarankan agar kita memilih kesusahan di kala tawaran atau peluang mendapat kemudahan lebih baik berada di depan mata. Jika kita memilih juga kesusahan itu sengaja mencari ‘nahas’.

    Ramai pelajar KU dari dulu hingga sekarang belajar di Uniti bukan kerana pilihan mereka – in the first place. Takdirlah yg membawa mereka ke Uniti. Dan dgn takdir yg sama mereka belajar erti kehidupan.

    Pencarian erti kehidupan tidak tamat di Uniti. Ia perlu disempurnakan selepas itu. Sekarang wat dan semua yg pernah berfikir sedang mengutip sebahagian lagi erti penting kehidupan.

    Kehidupan di luar bilik kuliah adalah realiti. Hanya yang mencari akan berjumpa dgn hakikat kehidupan dan mengenali lalu menjauhi apa2 yg palsu. Yg ikut arus semasa tanpa fikiran kritis mungkin akan larut dalam suasana yang dipengaruhi kebendaan. Pendek kata hanya dengan iman, ilmu dan ‘amal yg betul kita akan selamat.

    Semoga wat terus berjaya bersama famili tersayang sekarang. Jika berkesempatan sumbanglah sesuatu utk adik2 yg ramai di Uniti sekarang. Mereka sangat berhajat kepada model-model dan testimoni abang dan kakak2 mereka yg telah berjaya sekarang.

    Selamat maju jaya.

  53. ‘Alaikasalam Erman,

    Wah jauh betul merantau sampai ke Arab Saudi! Ini satu lagi testimoni kejayaan bekas pelajar Uniti. Selain rezeki yang Allah bagi, ini juga kerana Erman berani meneroka peluang di luar negeri. Tapi akhirnya Erman ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri……’.

    Dah puas esok baliklah tu.:)

    Dah kat sana dapatlah buat ibadah umrah ya Erman..lepas haji sekali. Amin

    Jika ada foto yg menarik di sana bolehlah kirimkan kat cikgu (cikgubad@gmail.com). Boleh cikgu siarkan di blog ni nanti. Ramai yg rindu kat erman terubatlah sikit perasaan tu.

    Oklah Erman. Cikgu ucapkan selamat maju jaya. Dan terima kasih kerana sudi singgah di blog ini dan berkongsi pengalaman silam semasa di Uniti. Adik2 junior di Uniti patut mendengar banyak lagi tentang kejayaan Erman dan senior2 yg lain.

    Wassalam

  54. ‘Alaikasalam Erman,

    Nanti cikgu tengok dan – dengan izin – cikgu copy and paste mana yg sesuai utk siaran blog cikgubad.

  55. ‘Alaikisalam cik Aisyah,

    Terima kasih kerana sudi menawarkan jawatan kosong ke atas pelajar DPS saya. Ini adalah satu penghargaan buat pelajar DPS Uniti.

    Saya bersedia membantu pihak cik Aisyah. Besar tapak tangan nyiru kami tadahkan.

    Namun suka saya maklumkan bahawa program DPS masih baru di Uniti. Pelajar paling senior baru nak masuk sem 5 sem akan datang. Tiada seorang pun lagi pelajar DPS Uniti yg akan bergraduan. Oleh itu, mereka belum lagi boleh masuk ke pasaran kerja sekarang.

    InsyaALlah apabila tiba masanya kelak iaitu 3 sem lagi saya akan maklumkan kpd cik AIsyah.

    Jika ada peluang utk membuat latihan praktikal bagaimana pula, adakah pihak Smart Reader Kids JB bersedia menerima pelajar Uniti? Sekiranya peluang itu ada mungkin kita boleh buat MoU atau seumpamanya.

    Apapun jika cik Aisyah ingin berbincang lebih lanjut pihak saya amat mengalu-alukan. InsyaAllah saya boleh panjangkan perkara ini kepada en Zakri selaku Ketua Program Pra-Sekolah Uniti.

    Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada cik AIsyah kerana telah membuka ruang kepada bakal graduan kami utk mengisi kekosongan jawatan di Smart Reader Kids.

    Moga cik AIsyah berjaya mencari calon yg layak buat Smart Reader Kids JB. Amin

    Wassalam

  56. Salam sdr/i,

    Pendaftaran pelajar lama utk sem baru nanti dijangka berlaku dari 13 – 17 Julai 2009. Surat akan menyusul utk memaklumkan perkara ini secara rasmi. Sila rujuk makluman melalui blog saya atau laman sesawang kolej Uniti kelak.

  57. Salam Nana,

    InsyaAllah cikgu sedia mendengarnya. Tapi rasanya jika ia bersifat personal boleh Nana emailkan pada cikgu saja di cikgubad@yahoo.com. Atau smskan di talian hayat cikgu yang biasa. Cikgu akan beri respons setelah mendengar masalah Nana.

    Ok Nana cikgu tunggu.

  58. Salam Nana,

    Posting nana cikgu tak dapat disiarkan kerana ia bersifat personal.

    Namun ini adalah respons cikgu : cikgu tidak ada kuasa lagi utk menguruskan hal ehwal pelajar DPS (cikgu dah tegaskan perkara ini sebelum ini baik sebelum bercuti mahupun dlm blog ini). Sekarang ia di bawah tanggungjawab cikgu Zakri.

    Walaubagaimanapun cikgu akan bawa permintaan Nana ke pengetahuan cikgu Zakri. Cikgu berharap Nana bersedia utk menceritakan masalah ini kepada beliau kelak sebelum kelulusan boleh diberikan. Buat masa ini bersabar dulu. Jangan buat keputusan atas dorongan perasaan. Ia tidak mungkin menyelesaikan masalah dgn tepat.

  59. Cikgu tak kata cikgu tak mahu tolong Nana. Cuma sbg orang tengah bagi memudahkan penyelesaian isu ini. Keputusan akhir di tangan cikgu zakri.

    InsyaALlah perkara ini boleh diseleesaikan apabila tiba masanya kelak. Baiklah Nana kita ‘komakan (,)’ dulu perbincangan tentang hal ini.

    Positifkan diri dan buat persiapan utk semester Julai nanti. Ujian untuk mematangkan Nana bukan memundurkan ke belakang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s