Pemahaman Status Akademik
Sebahagian besar pelajar masih tidak tahu, tidak jelas atau tidak juga mahu ambil tahu mengenai angka-angka yang tertera dalam slip keputusan peperiksaan sehinggalah berada dalam kesulitan.
Asalkan dapat status ‘Lulus. Teruskan Pengajian’ – itu sudah memadai.
Ini bukanlah sikap yang sihat bagi seorang siswa/i.
Ada beberapa masalah boleh timbul kemudian apabila pelajar tidak tahu makna angka-angka dan maksud status akademik semasa mereka.
Hasil temubual bersama pelajar-pelajar yang mengikuti sesi simulasi PNG bertahun lamanya, saya dapati ada pelajar yang mengambil pakej lengkap 14 atau 16 jam kredit sedangkan dia berstatus AMARAN atau PERCUBAAN (kerana PNGK < 2.00).
Pelajar tidak tahu bahawa dia hanya dibenarkan oleh peraturan akademik untuk mengambil maksima 12 jam kredit sahaja.
Pelajar juga tidak tahu merancang pembelajaran semester mereka sehingga mereka terdedah kepada kemungkinan mendapat status PERCUBAAN semester berikutnya.
Bagi pelajar lemah tanpa pelan dan nasihat akademik yang strategik, nasib dan takdir untuk GAGAL akan datang lebih awal.
Agak malang apabila mereka mula tersedar, keadaan sudah agak terlambat. Tiada banyak usaha yang boleh dibuat kerana baki masa dan peluang semakin sedikit.
Bak kata orang tua kita ‘dah terhantuk baru terngadah’.
Justeru, salinan ‘PANDUAN TRANSKRIP’ di bawah boleh membantu pemahaman pelajar agar mereka tahu status semasa akademik mereka.
Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.

Leave a Comment
Comments (0)