Galeri Ilmu

Bagi membantu pelajar membuat rujukan buku-buku sains sosial seperti sejarah, agama, politik, perlembagaan dan seumpamanya, saya dengan ini menawarkan kepada pelajar yang berminat untuk berkunjung ke Galeri Ilmu – koleksi ilmiah Sains Sosial di pejabat saya.

Buku-buku ini mungkin dapat membantu pelajar mendapatkan dan mengutip isi-isi penting seperti data, fakta dan maklumat tentang tugasan ilmiah yang sedang dilakukan samada untuk kursus umum seperti Pengajian Islam, Pengajian Malaysia, TITAS atau Kemahiran Profesional.

Koleksi peribadi ini terhad bilangannya. Justeru, bagi menjaga ketahanan buku-buku ini dan memelihara kepentingan pelajar-pelajar lain, maka koleksi hanya untuk rujukan di kolej sahaja.

Setakat ini pinjaman adalah percuma.

Namun, sebarang kerosakan samada disengajakan atau tidak hendaklah ditanggung sendiri oleh pelajar. Oleh yang demikian, ‘beradablah’ dengan buku-buku saya semasa ia di tangan anda.

Saya berharap kemudahan ini diambil kesempatan sebaiknya oleh pelajar sebagai alternatif kepada bahan-bahan yang sedia ada di perpustakaan kolej.

12 comments on “Galeri Ilmu

  1. assalamualaikum, saya ingin bertanyakan satu soalan ..
    seperti mana yang telah kita tahu, di uniti menyediakan jurusan diploma pendidikan..
    jadi di dalam pendidikan kanak-kanak di sini menerapkan satu formula baru iaitu “helping boys and nurtring girls”. jadi sekarang ni saya tidak begitu faham bagaimana cara untuk kita terapkan nilai tersebut kepada kanak-kanak…boleh jelaskan??terima kasih..

    • Wa’alaikumsalam Haniza,

      Konsep ‘helping Boys, Nurturing Girls’ adalah idea asal Pak Utih dalam pendidikan pra-sekolah di tanah air kita. Kini idea ini dibawa dan dipikul oleh Cikgu Zakri Md Zain, Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Akademik 1 Kolej UNITI.

      Saya akan panjangkan pertanyaan sdri ini kepada beliau untuk penjelasan lanjut.

    • Salam Elmey.

      Memang menjadi lumrah buku ilmiah (atau separa-ilmiah sebagaimana penulis buku nota itu menganggapnya) sarat dengan fakta dan konsep atau teori. Yang menjadi masalah bagi kebanyakan pelajar ialah tulisan sebegini tidak terus atau secara langsung memberikan makna untuk difahami.

      Ia perlu didalami pasca-kuliah atau juga semasa kuliah, bahkan pra-kuliah juga. Tanpa ketekunan dan kesabaran untuk mendalami ilmu, buku seperti ini tidak akan memberi manfaat melainkan rasa bosan dan pening.

      Sdri perlu membiasakan diri dengan latihan dan diskusi terutamanya dengan pensyarah bagi mengeluarkan isi dan makna terutamanya yang tersirat. Dari situ sdri akan dapat membuat nota ringkas peribadi yang menyimpulkan keseluruhan makna mengikut bab.

      Selamat mentelaah Elmey.

  2. assalamualaikum,cikgu Bad.
    saya ada berjumpa dengan cikgu Bad sebelum cuti raya cina hari tu, saya ada minta buku tentang sejarah malaysia.kalau boleh saya nak pinjam dari cikgu.

    • Salam Wana,

      InysaALlah jika ada dlm koleksi cikgu dptlah Wana pinjam. Esok jumpa cikgu selepas jam 3 ptg. Cikgu ada urusan di kampus lama selepas jam 11.30.

  3. salam cikgu bad….
    Kolej saya terletak di bandar Miri, sarawak. Kolej saya telah lama bertapak di sini cuma saya sahaja yang baru menjadi tenaga pengajar di sini. Pensyarah m/p ini dulu hanya mengajar secara part time sahaja dan sering bertukar-tukar. Itulah sebabnya saya sukar mendapat fed back mengenai m/p ini drpd. mrk. Alhamdulilah saya kini sudah dpt mengikut rentak pnp subjek ini hanya apa yg saya perlu ialah sentiasa menambah ilmu pengetahuan untuk memudahkan perbincangan bersama student saya. Terima kasih atas bantuan cikgu bad.

  4. Thanks for the reply.
    Sebenarnya saya berminat untuk memiliki koleksi ilmiah, nota di samping bahan2 yg diperlukan utk pembelajaran dan pengajaran untuk pengajian malaysia koleksi cikgu bad. Di tempat saya bahan sebegini amatlah sukar untuk memperolehinya. Bagaimana saya hendak memiliki koleksi cikgu? Kalau boleh saya ingin membelinya terus drpd. cikgu. Terima kasih.

  5. boleh kah cikgu terangkan maksud pemikiran konversional kerana saya masih lagi mencari-cari maksud pemikiran tersebut dan jenis pemikiran konversional serta kesan kepada kanak-kanak

  6. Salam Malia,

    Sebenarnya buku teks kursus ini ada dijual di pasaran. Sdri boleh pergi ke mana2 toko buku dan tanyakan buku Pengajian Malaysia terbitan Oxford-Fajar Bakti. Buku ini juga ada diterbitkan oleh UPM dgn nama Kenegaraan Malaysia.

    Namun silibus utk menulis buku2 ini tidak dikemaskini mengikut silibus LAN wlpn diterbitkan 2007/08, sedangkan silibus telah diubah pada 2005 lalu. Cuba dapatkan silibus Mata Pelajaran Wajib (MPW) yg diterbitkan LAN/MQA. Sdri boleh hubungi pihak MQA utk mendapatkan naskah ini.

    Adapun nota separa-ilmiah saya setakat ini digunakan utk pelajar kolej saya shj. Saya akan pertimbangkan jika sdri memberikan butiran lanjut kolej sdri berkhidmat. Adakah ini kolej baru dan di mana lokasinya? Adakah kolej sdri baru memulakan pengajian semesternya?

    Jika sdri lulusan sains sosial/sejarah kursus ini adalah mudah kerana ilmu asas telah pun dimiliki. Jadi tidak perlu risau sangat Malia. InsyaAllah akan dipermudahkanNya.

    Untuk lebih memudahkan komunikasi, boleh guna YM. ID saya : cikgubad. Email saya : cikgubad@gmail.com

  7. ‘Alaikisalam Malia,

    Terima kasih kerana sudi lagi menziarahi blog saya.

    Kini baru saya faham mengapa sdri mengalami kesulitan mendapatkan tunjuk ajar dan panduan mengenai kursus wajib MQA ini. Namun, kelihatannya sdri telah menunjukkan perubahan sikap dalam menghadapi cabaran Pnp kursus yg subjektif ini.

    Satu lagi cabaran besar utk saya peringatkan ialah mentaliti pelajar yang tidak suka belajar kursus bersifat sejarah atau pemikiran kerana ia memberatkan dantidak bernilai komersil.

    Justeru, pendekatan Pnp mesti lebih kreatif dan sentiasa ‘up-date’ dgn isu semasa terutamanya apabila masuk bab parlimen/demokrasi berparlimen, Eksekutif, dan Perlembagaan. Sediakan banyak contoh semasa atau yg lepas bagi memudahkan pelajar memahami kosnep atau falsafah atau teori yg bersifat abstrak. Misalnya jika membincangkan prinsip Tanggungjawab Bersama – etika yg mengikat ahli pentadbiran kerajaan (eksekutif) gunakan contoh kes S. Sothinathan , Timbalan Menteri Sumber Asli, 2005 lalu. (cuba googlekan isu ini atau buat carian di bahagian arkib Utusan Malaysia online).

    Saya ingin berkongsi di sini beberapa lagi soalan yang menduga pemikiran pelajar agar menjadi lebih kritis. Berikut adalah contohnya :

    1. Rakyat adalah pemegang kuasa sebenar di sebalik kekuasaan pihak eksekutif. Jelaskan maksud kenyataan tersebut dalam konteks sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

    2. Berdasarkan kepada amalan mengikut perlembagaan Malaysia, jelaskan kaedah untuk membolehkan Tan Sri Mohamad Nor Yaakob menyertai kabinet Malaysia sebagai Menteri Kewangan II dari era Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad hinggalah era Pak Lah.

    3. Mengapakah seorang yang ‘atheist’ (‘mulhid’) tidak sesuai untuk menjadi pemimpin masyarakat di negara kita? Bincangkan.

    Moga soalan-soalan kritis ini membantu usaha Malia menjadikan pelajar seorang yang berfikir secara aktif, kritis dan objektif.

    Selamat mendidik Malia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s