Blog Archives

Jawatan Kosong : Pensyarah ‘Graphic and Design’

Tawaran ini dibuka kepada calon-calon yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang rekabentuk dan grafik (graphic and design) dari IPTA atau IPTS yang diiktiraf kerajaan untuk mengisi jawatan pensyarah di Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan.

Sila emailkan resume anda ke : zuraini@uniti.edu.my untuk memohon secara rasmi dengan kadar segera.

Pn Zuraini Yasin
Ketua Jabatan
Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan
Kolej UNITI

Jawatan Kosong Pensyarah Pra-Sekolah – Keperluan Segera

Jabatan Pendidikan Pra-Sekolah dengan ini menawarkan empat (4) kekosongan jawatan pensyarah untuk keperluan semester baru Januari 2012.

Keutamaan diberikan kepada graduan ijazah sarjana muda atau sarjana :

pendidikan pra-sekolah / pendidikan awal kanak-kanak / pendidikan khas atau yang setara dengannya dari IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Lulusan dalam psikologi atau pembangunan manusia juga boleh dipertimbangkan jika lulus sesi temuduga yang dijalankan.

Sila majukan permohonan anda ke cikgubad@gmail.com atau noradilla@uniti.edu.my dengan kadar yang segera. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga dalam masa terdekat.

 

NORADILLA BINTI ABDUL GHAFAR
Pen. Ketua Jabatan (Akademik)
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Kolej UNITI,
Port Dickson, Negeri Sembilan.
No. Tel. (Pejabat) : 06-66610513
No. Tel. (H/P)      : 012-2765796
Email : noradilla@uniti.edu.my

 

Jawatan Kosong Perunding Akademik KU

Iklan dari UNITI Resorces (UR) :

 

Guru Taska diperlukan Untuk Graduan DPS

Kami memerlukan 4 orang Guru Taska bagi mengisi kekosongan di dua cawangan Taska kami.

Ciri-ciri yang diperlukan:
1)Muslimah
2)Kelulusan minimum SPM, Diploma.
3)Suka dan menyayangi kanak-kanak
4)Boleh mengajar dan mengajar kanak-kanak bawah umur 4 tahun.
5)Tempat tinggal akan diberi bagi pekerja yang belum berkahwin.

Berminat? Sila kirimkan resume atau datang sendiri ke;
Taska Rama-Rama Impian,
No1, Jalan Gamelan 1G,
Bandar bukit Raja,
41050 Klang,
Selangor
Att: Puan Ika (012-6507123)

Kerja Kosong Utk Graduan & Bakal Graduan DPS

Saya menerima email dari seorang pengusaha tadika hari ini untuk menawarkan jawatan guru tadika di tadikanya yang akan dibuka di Cheras tidak lama lagi.

Tadika tersebut berkonsepkan Islamic English Creative.

Kepada graduan dan bakal graduan DPS yang berminat sila hubungi pengusaha tadika tersebut iaitu Pn Suhaila melalui email : crysT2ll@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Pengambilan akan dibuat pada Oktober 2011 kelak.

Admin Blog

Jawatan Kosong : Imam Negeri Sembilan

Dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan 22 jawatan imam di Negeri Sembilan. Kepada graduan DPI khasnya yang berminat sila buat permohonan sebelum 30 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Soberi Awang.

Hebahan iklan ini dibuat di masjid sebelum solat Jumaat semalam.

Jawatan Kosong Pensyarah Sains Komputer – Keperluan Segera

Untuk mengisi keperluan segera (semester Julai 2011) jawatan kosong pensyarah Sains Komputer, maka para graduan dalam bidang Sains Komputer, IT, Computer Network atau seumpamanya dari IPT yang diiktiraf kerajaan Malaysia adalah dipelawa untuk memohon.

Kepada yang berminat sila emailkan resume anda kepada Admin. Blog (cikgubad@gmail.com) dengan segera.

Harap maklum.

Unit Komputer dan Elektronik

Jawatan Kosong Unit Pengajian Islam KU

Unit Pengajian Islam kini mempunyai dua kekosongan untuk jawatan pensyarah yang mempunyai latar belakang syariah.

Kepada graduan dalam bidang berkenaan, sama ada lulus dari IPT dalam atau pun luar negeri , jika berminat, anda dipelawa untuk memohon. Sila majukan permohonanan anda kepada Admin. Blog ( cikgubad@gmail.com ) beserta resume yang lengkap.

Selamat memohon.

b/p : Unit Pengajian Islam, Kolej UNITI

Panduan dan Nasihat Buat Pemohon Jawatan Pensyarah

Kepada semua calon-calon yang berminat dan berpotensi untuk menjadi pensyarah Kolej UNITI sdr/i dipelawa untuk mengirimkan surat permohonan rasmi dan resume anda.

Bidang-bidang yang masih ada kekosongan adalah bidang :

  1. Pengajian Islam
  2. Bahasa Arab
  3. Pendidikan pra-sekolah/pendidikan awal kanak-kanak

Read the rest of this entry

Jawatan Kosong : Pensyarah Bahasa Arab

Kepada graduan dengan kelulusan Bahasa Arab dari IPTA atau IPT luar negara yang diiktiraf kerajaan adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong pensyarah bagi program Diploma Pengajian Islam di Kolej Uniti.

Sila kirimkan resume dan dokumen berkaitan ke alamat Kolej Uniti, Kompleks Uniti, 71250 Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Atau untuk lebih mudah emailkan kepada Pegawai Sumber Manusia, Cik Idayu Sahat di alamat email : idayusahat@yahoo.com.my atau Cikgu Bad di cikgubad@gmail.com.

Kepada sdr/i yang berkelayakan dan mempunyai dedikasi serta komitmen yang tinggi Kolej Uniti mengalu-alukan sdr/i menyertai barisan tenaga pensyarah kami.

Bahagian Sumber Manusia
Kolej Uniti

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 47 other followers