Blog Archives
Berita KU Kini di Mana-mana Pun Ada !
Teknologi Maklumat (IT) memudahkan kita berhubung antara satu sama lain. Ia juga menjadi alat paling berkesan untuk berkongsi maklumat, menyebar luas iklan, memberitahu sesuatu peristiwa yang telah berlaku dan akan berlaku, mengistiharkan sesuatu perkara dan banyak lagi.
Justeru, mengambil peluang ini, Kolej UNITI telah menyediakan dan kini mempelbagaikan lagi saluran untuk tujuan sebagai media maklumat seperti yang dinyatakan di atas agar siswa/i dan warga KU secara amnya dapat berita atau maklumat mengenai peistiwa dan perkembangan yang bersangkutan dengan KU dan yang berkaitan dengannya.
Kini berita dan maklumat tersebut boleh diikuti di jaringan sosial berikut :
Facebook : http://www.facebook.com/kolej.uniti.pd
Twitter : KolejUnitiPD
Blog KU : uniti.wordpress.com
Blog KAJI HEP : kajiuniti.wordpress.com
Laman sesawang : www.uniti.edu.my
Ka, administrator jaringan sosial di atas mengharapkan pelajar dapat menjadi ‘follower’ kepada jaringan tersebut dengan melanggan melalui email (untuk blog), klik ‘like’ (Facebook) dan ‘add’ atau klik ‘follow’ di laman twitter.
Dengan melanggani jaringan sosial ini siswa/i misalnya dapat mengetahui mengenai jadual peperiksaan dan dapat memuaturun jadual tersebut tanpa perlu lagi merujuk ke papan notis, notis pinjaman PTPTN dan MARA dari Unit Kewangan Pelajar dan banyak lagi berita semasa untuk diikuti.
Maklumat kini hanya di hujung jari anda sahaja. Manfaatkanlah kemudahan ini agar anda tidak ketinggalan.
Lagu WARISAN untuk siswa/i KU
Konvokesyen Kolej UNITI kali ke-10 2011 yang telah berlangsung dengan jayanya semalam, 8 Oktober 2011 di Klana Resort Seremban telah mencatatkan sejarah yang tersendiri.
Selain menganugerahkan jumlah graduan paling ramai setakat ini iaitu 492 graduan, konvokeseyen kali ini juga – buat pertama kalinya – memperdengarkan lagu kolej Uniti bertajuk Warisan kepada para hadirin.
Melalui inisiatif Ketua Eksekutif KU iaitu Tn Hj Jamal Mohd Amin, lagu ini dijangka mencetus fenomena baru ke atas para siswa/i Kolej UNITI khasnya dalam menyuntik kesedaran dan tanggungjawab sebagai pelajar yang bakal mewarisi kepimpinan negara ini satu hari nanti.
Kepada anda siswa/i KU, hafal dan fahamilah maksud tersurat dan tersirat di sebalik lirik lagu ini.
Kenangan Semalam Yang Bermakna
Untuk tatapan para siswa/i Kolej UNITI dan pengunjung blog ini – beberapa gambar yang sempat dirakam lensa kamera cikgubad. Semoga kenangan ini memberi motivasi kepada kalian untuk berjaya seperti mereka, para graduan semalam.
Gambar selebihnya akan dimuatnaik kemudian. Nantikan makluman kemas kininya.

Kembar Farah dan Ain (DPS). Salah satu daripada sekurang-kurangnya 4-5 pasangan kembar dalam program DPS yang berjaya menamatkan pengajian.
Kisah yang Tersurat Kasih Ibu buat Anaknya
Buat semua warga pelajar KU, khasnya pelajar-pelajar baru Kolej UNITI berhentilah sejenak dari aktiviti yang sedang kalian lakukan untuk membaca ’warkah’ budi, harapan dan doa – lahir dari nurani seorang ibu yang baru melepaskan anaknya ke jagaan Kolej UNITI.
Saya menerima ‘warkah’ ini hari ini, 14 April yang dikirim sebagai komen ke atas entri saya bertajuk ‘Kolej UNITI (KU) : ‘Indah Khabar dari Rupakah’ Ia?’ bertarikh 27 April, 2009 dalam blog personal saya. Saya menyalinnya semula di sini untuk dikongsi dengan semua pengunjung blog ini.
Saya juga menyalin reply saya terhadap ‘warkah’ ibu yang bernama Faridah bte Ibrahim ini.
Titipan yang sarat kasih sayang ini begitu luhur maksudnya. Bacalah untuk anda sendiri memahaminya. Kisah ini ada tersuratnya kasih – dari seorang ibu kepada anaknya.
Moderator Blog
Minggu Jalinan Mesra
HEP Kolej Uniti akan menganjurkan minggu suai mesra untuk semua pelajar baru Semester Mei sesi akademik 2009/10.
Program yang dikenali dengan nama ‘Minggu Jalinan Mesra’ (MJM) ini diwajibkan ke atas semua pelajar baru Kolej Uniti dan merupakan acara tradisi bagi tujuan membentuk minda dan jiwa Uniti ke atas pelajar-pelajar baru.
MJM kali ini akan diadakan sebanyak dua sesi berikutan bilangan pelajar baru yang agak ramai.
MJM sesi pertama yang dikendalikan oleh 20 orang fasilitator akan bermula pada petang ini, Jumaat 3 Julai dan berakhir pada Isnin, 6 Julai nanti. Manakala MJM sesi kedua tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.
Kepada pelajar yang terpilih (320 orang kesemuanya) untuk sesi pertama ini diucapkan selamat berMJM.
HEP Kolej Uniti






