Blog Archives
Berita UNITI-JAIPUTRA di TV1 dan Harian Metro
Dimaklumkan bahawa majlis menandatangani MOU antara Kolej UNITI dengan JAIPUTRA yang berlangsung pada petang 26 Sept. lalu akan disiarkan pada jam 5.00 petang nanti di siaran Berita 5.00 petang di TV1.
Berita sama juga telah dimuatkan dalam akhbar Metro hari ini edisi Selatan.
Infaq Ramadhan Warga UNITI Untuk Tabung Krisis Kebukuran Somalia Melalui IRM
Disalin semula dari blog Islamic Relief Malaysia :
Pada 26 Ogos 2011, pejabat IRM telah dikunjungi oleh wakil dari Kolej Uniti untuk menyerahkan dana kutipan bagi Tabung Krisis Kebuluran Somalia. Pihak IRM telah diwakili oleh Ketua Pengumpulan Dana dan Pengurusan Rakan Kerjasama, Pn Siti Fadilah . Terima kasih diucapkan kepada En. Kamal dan En. Amir dan warga Kolej Uniti yang sudi membantu usaha kami menjayakan dana ini.
——
Nota Administrator Blog KU :
Alhamdulillah sumbangan atau infaq ikhlas warga Kolej UNITI akan terus disalurkan kepada Dana atau Tabung Krisis Kebuluran Somalia melalui inisiatif kemanusiaan IRM.
Moga ALlah menjadikan kita sebagai hamba-hambaNya yang dikurniakan rezeki tetapi tidak lokek untuk membelanjakan ke jalan ALlah (fi sabillah), selain menunaikan kewajiban berzakat bagi mereka yang telah mempunyai taklif di sisi syariat.
Teruskan niat dan berinfaq di bulan Syawal dan bulan-bulan lain selepas ini agar ia menjadi amalan yang sebati mendarah daging dalam diri kita. Semoga harta kita semakin bersih dan subur melalui sifir dan keberkatan bersedeqah, sebagaimana yang dijanjikan Allah swt.
Amin
Maklumat dan Pesanan Buat Bakal Graduan DPS
Berikut adalah mesej FB dari Siti Nur Ain Abd Jalil, bekas graduan pertama DPS kepada cikgu. Beliau kini sedang menuntut di Semester 1 di UPSI dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Moga maklumat dan peringatan ini dapat membantu persediaan bakal graduan DPS kelak untuk memohon ke UPSI atau ke IPTA lain yang berkaitan. InsyaALlah.
Bagi yang ingin berhubung dengan Ain, bolehlah ‘add’ FB beliau : Siti Nur Ain
Graduan DPS Diterima UPSI
Konsert Demimu Al-Aqsa (Mesti Tonton!)
Tangisan Gaza masih belum berhenti sejak 62 tahun lalu. Tidak banyak yang dapat kita lakukan sebagai individu selain berdoa dan menyumbang sedikit harta kita untuk memanjangkan hayat orang Palestin di bumi mereka sendiri.
Sangat ironis sekali biarpun Palestin (Gaza khususnya) di persekitaran negara umat Islam, saudara Palestin masih tidak dapat dimerdekakan dari penjajahan regim-barbarik zionis Israel.
Kerajaan-kerajaan umat Islam ini telah dilumpuhkan rasa ukhuwah dan semangat jihad yang tulen. Mereka ‘dengar dan taat’ kepada kuasa besar dunia. Mereka terlalu tegar membiarkan saudara-saudara kita ini terbiar derita. Derita ini akan terus berpanjangan jika kerajaan-kerajaan ini tidak berani bertindak atas nama ukhuwah dan amanah Islamiah.


