Jadual Waktu Kuliah Sem Mei dan Julai Sesi 2009/10


Pelajar dan pensyarah boleh mengetahui jadual waktu masing-masing dan membuat semakan bilik kuliah dengan mengklik Jadual Waktu Kuliah pada pautan (link) berkaitan di blogroll di bawah.

Jadual tersebut adalah untuk Semester 1 Mei sekarang semua program dalaman dan Semester 1 Julai untuk DKTM dan DBS/DIA UiTM (pelajar lama dan baru).

Jadual waktu untuk semester 1 Julai program DPI, DPS, DSK, DCN, DPP dan DPA Uniti (pelajar lama) sedang dalam proses disiapkan oleh Bahagian Akademik.

Harap maklum

En Azhar bin Zunaidak
Penolong Pendaftar HEA

Nota KKK1601 – Teori Asas Komunikasi


1 Julai 2008 (terkini)

Silibus kursus KKK1601 juga telah dimuatnaikkan ke dalam Kolej Uniti.Box. Sila muaturun sekali.

———————-

Kepada semua pelajar Sem 4 dan 5 DKTM yang akan mengambil kursus Teori Asas Komunikasi KKK1601 semester Julai nanti sila muaturun nota-nota kursus ini (dalam bentuk PDF) dari Kolej Uniti.Box. Nota-nota ini hendaklah dicetak dan dibawa sebagai teks kuliah. Ini kerana nota tidak akan lagi akan dibuat salinan foto untuk pelajar sebagaimana semester-semester lalu.

Kuliah akan bermula pada 6 Julai 2009 nanti.

Harap maklum.

Pn. Habshah Abd. Shaer
Ketua Program DKTM

Ada telinga saja tidak cukup!


Antara masalah pelajar semasa mengikuti kuliah ialah kegagalan untuk menangkap maksud atau isi-isi pokok yang cuba disampaikan oleh pensyarah. Akibatnya kuliah ibarat angin yang lalu begitu sahaja. Tiada ilmu dikutip, tiada nilai dititip. Beberapa jam yang dilalui adalah tempoh yang menjadi sia-sia, atau lebih tepat lagi disia-siakan sendiri oleh pelajar. Kelemahan ini dikesan begitu ketara di kalangan pelajar yang pasif.

Mengapa ini terjadi ?

Tanpa menafikan kelemahan boleh terjadi ke atas pensyarah sendiri, pelajar perlu tahu bahawa kejayaan sesuatu kuliah juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran tertentu pelajar sendiri. Ia tidak semata-mata ‘sumbangan’ pensyarah atau guru di sekolah dulu.

Dalam bidang pedagogi, ada mazhab pembelajaran yang dinamakan ‘humanisme’ yang percaya bahawa pencapaian seseorang itu BUKAN ditentukan oleh atau kerana orang lain tetapi ia adalah PILIHAN seseorang itu sendiri.

Justeru, jika kita bersetuju dengan pendapat mazhab pembelajaran ini kita tidak lagi boleh menuding jari kepada pihak kedua seperti pensyarah di atas kelemahan yang kita ada.

Ini membawa kita kepada satu prinsip perubahan iaitu dorongan mesti datang dari dalam diri pelajar. Pelajar mesti boleh memikirkan sendiri bagaimanakah seharusnya dia belajar, apa yang perlu dipelajari, dengan siapa, bilakah masanya yang sesuai dan sebagainya.

Salah satu daripada jawapan kepada soalan ‘bagaimanakah cara berkesan untuk belajar ?’ ialah kemahiran mendengar.

Rupa-rupanya nak ikuti kuliah pelajar kena mahir mendengar! Kemahiran ini tidak datang sendiri. Ia bukan built-in iaitu keupayaan yang wujud secara semulajadi atau fitrah apabila seorang bayi itu lahir dengan cukup sifat sepasang cuping telinganya.

Oleh itu jika pelajar ingin menguasai ilmu yang pensyarah sampaikan binalah dan kuasailah kemahiran mendengar terlebih dulu.

Seorang pemikir dari peradaban silam bernama Plutarch (46 AD – 120 AD) telah berpesan kepada kita :

“Know how to listen, and you will profit even from those who talk badly”

Untuk tahu tips mendengar dengan berkesan sila muaturun  fail ‘Effective Listening in Class’ dalam Kolej Uniti Box.

Ingat duhai pelajar bahawa ada telinga saja tidak cukup! Anda perlu berlatih menggunakannya untuk mengesan isi-isi pokok kuliah dengan bantuan organ deria yang lain. Juga jika anda telah faham nanti kemahiran mendengar menuntut pelajar agar AKTIF BERFIKIR, menjadi independent, tahu membina hubungan interpersonal dengan pensyarah dan kawan-kawan dan banyak lagi perkara yang perlu disiapkan sebelum anda menjadi seorang pelajar yang mahir mendengar dengan berkesan.

Selamat mencuba.

Aurat bukan sekadar bertudung!


Uniti adalah antara IPTS yang sangat memaha pentingkan soal penampilan diri dan kegiatan sosial para pelajarnya.

Justeru, peraturan tetap berpakaian mensyaratkan pelajar memakai pakaian yang menutup aurat, baik lelaki mahu pun (lebih-lebih lagi) perempuan. Tujuannya sangat jelas di sisi budaya dan agama. Mendisiplinkan pelajar agar berpakaian bukan saja sopan tetapi menutup aurat adalah formula untuk mengawal tingkah laku sosial pelajar agar dapat hidup dalam keadaan aman dari fitnah dan mewujudkan persekitaran yang baik.

Namun niat dan peraturan sebaik ini – yang mendapat sandaran hukum dari nas Quran dan hadith – tidak begitu difahami warga pelajar. Ia jelas hanya menjadi satu pakaian ‘rasmi’ kuliah dari 8.30 pagi hingga 5.45 petang. Itu pun apabila diamati pakaiannya – setelah dapat ‘lesen’ habis belajar di sekolah menengah – menampakkan ciri tabarruj jahiliyyah (minta ustazah atau ustaz jelaskan kepada pelajar di setiap kesempatan yang ada dengan pelajar).

Sesetengah pelajar tanpa selindung menunjukkan wajah tidak asli mereka. Apa tidaknya bila mereka ‘touch up’ muka dengan mekap yang tebal. Dengan pembayang mata, maskara dan sesetengahnya memakai kanta lekap biru pekat pelajar ini mencuri perhatian ramai orang. Mereka tidak lagi kelihatan sebagai pelajar Uniti tetapi bagai model dari sesi fotografi atau kelas seni tari!

Kefahaman pelajar begini adalah hasil budaya pakaian sekolah menengah dan rendah dahulu. Juga ‘pengamatan’ mereka terhadap sikap dan amalan dalam masyarakat Melayu-Islam. Jadi mereka hanya meneruskan apa yang mereka fahami dahulu dalam persekitaran baru di kolej atau asrama. Pada mereka ini tiada salahnya. Di tambah lagi apabila berada dalam persekitaran baru yang ‘bebas’ mereka – atas nama hak peribadi – menampilkan diri dengan pakaian pilihan mereka. Sentuhan kreativiti menjadikan penampilan mereka lebih anggun dan menyerlahkan kewanitaan mereka.

Namun adakah gaya berpakaian seperti ini sesuai dan masih boleh diterima ? Bolehkah komuniti kolej Uniti bersikap okey sahaja dan menerima seadanya penampilan begini asalkan ia tidak menjolok mata seperti di luar sana ? Benarkah aurat ialah bertudung sahaja ? Yang penting pakai tudung. Maka ia sudah memadai. Ia masih islamik, begitu !

Posting ini bukannya untuk mengkhutbahkan isu aurat dengan menyaratkannya dengan nas dan dalil Quran dan hadith.  Ia memerlukan ruang yang lebih panjang dan penelitian lanjut dari segi dalil hukum.

Kali ini posting ‘aurat bukan sekadar bertudung!’ hanya ingin menjelaskan kepada warga pelajar perempuan tentang pengertian atau definisi aurat dengan menggunakan ilustrasi berikut yang saya ambil dari blog Nisa’ Gombak .

Ilustrasi di bawah lebih mampu menjelaskan dengan lebih baik maksud tajuk posting kali ini. Kepada pelajar perempuan semua akurlah dengan penuh rasa kehambaan kepada perintah ALlah ini. Ia bukan lagi sekadar peraturan Uniti. Pakaian menutup aurat yang sebenar juga bukan pakaian pelajar Pengajian Islam tetapi terpakai untuk semua pelajar bernama ‘perempuan’ yang telah akil baligh. Samalah taklif (tanggungjawab agama) untuk beriman bukan saja kepada pelajar agama, ustaz atau ustazah. Ia adalah taklif semua yang telah mengucap kalimah syahadah.

SALAH FAHAM KONSEP AURAT

oleh Nisa’ Gombak

jilbab_salah_01

jilbab_salah_02

jilbab_salah_03

Bahan Utk Penelitian Minda


Bahan-bahan bacaan (format PDF) untuk rujukan pensyarah dan pelajar telah dimuatnaik ke dalam Kolej Uniti..Box. Bahan-bahan ini boleh membantu penambahbaikan proses pengajaran pensyarah dan juga pembelajaran pelajar.

Jika ia berkaitan dan sesuai dengan keperluan semasa pembaca blog ini dipersilakan untuk memuaturun bahan-bahan tersebut dan sebarkan kepada khalayak yang lebih besar untuk perkongsian dan percambahan minda. Anda boleh memilih bahan yang sesuai dengan menyemak senarai bahan-bahan tersebut dalam Kolej Uniti..Box.

Selamat menekuni dan meneliti pemikiran, teori dan pengalaman yang tersurat dan tersirat dalam bahan-bahan tersebut.

Minggu Kebudayaan Islam


Uniti kini kian meriah. Suasana di asrama tidak lagi sesunyi dahulu. Beberapa program ko-kurikulum telah dirancang dan berjaya dilaksanakan untuk menghidupkan aktiviti kemahasiswaan sesuai dengan statusnya sebagai sebuah IPT. Kelihatannya kehidupan siswa siswi yang perlahan dan lesu selama ini sedang berubah. Mereka sedang mendapat nafas baru.

Kini satu program mahasiswa di Uniti Village (UV) sedang berlangsung dengan mendapat respons yang positif dari kalangan siswa siswi. Program yang diberi nama ‘Minggu Kebudayaan Islam’ telah bermula pada 22 Jun lalu dan akan berakhir pada 26 Jun ini.

Mengikut En Rizal Abd Razak selaku Ketua Majlis Felo yang menganjurkan program ini sambutan adalah begitu menggalakkan dari kalangan siswa dan siswi. Semua pertandingan mendapat penyertaan yang baik, terutamanya pertandingan nasyid berkumpulan di mana jumlah penyertaan siswi sebanyak 23 kumpulan manakala siswa hanya 3 kumpulan.

Acara lain yang dipertandingkan ialah deklamasi sajak/puisi (5 kumpulan siswa, 3 kumpulan siswi), tilawah al-Quran (5 peserta siswa, siswi tiada maklumat) dan pentomen (siswa 2 kumpulan, siswi 8 kumpulan).

Program malam ini pula akan diisi dengan ceramah agama bagi menyentuh rohani pelajar yang dahagakan nasihat iman.

InsyaALlah niat Majlis Felo mengambil inisiatif menganjurkan program ini sedikit sebanyak akan mencapai objektif memperkenalkan kebudayaan Islam, memupuk ukhuwah dan semangat membangunkan peradaban Islam, mencungkil bakat-bakat baru untuk mengembangkan kebudayaan Islam di kolej dan mewujudkan biah solehah di kediaman siswa di UV.

Usaha Majlis Felo menggalas tanggungjawab menganjurkan program sebesar ini adalah sangat signifikan dan boleh memberi kesan yang sihat kepada pembinaan sahsiah diri siswa Uniti. Juga, secara tidak langsung menitipkan makna mendalam dan memberi warna lebih jernih kepada Islam sebagai satu cara hidup. Lagipun inilah yang tersirat dalam moto kolej iaitu ‘berilmu, beriman dan beramal’.

Warga siswa Uniti pasti menghargai program seumpama ini. Lebih-lebih lagi mengenangkan inisiatif Majlis Felo yang bersungguh-sungguh menjayakan program ini walaupun hanya mempunyai bajet yang kecil dan kelengkapan prasarana yang sangat terbatas.

Apa yang lebih penting ialah semangat dan kerjasama dari pelajar untuk menjayakan program seperti ini. Manakala felo pula telah ‘menyingsing lengan’ dan bermujahadah untuk menunaikan amanah yang sudah lama tertangguh kerana kekangan tertentu. Kita berharap pihak pengurusan kolej lebih bermurah hati untuk sponsor program lain pula selepas ini.

Moga majlis penutup Jumaat nanti akan memuncakkan perasaan siswa siswi Uniti terhadap keindahan kebudayaan Islam. Amin

Pengajaran atas Kesalahan Meniru Dalam Peperiksaan


Empat (4) orang pelajar Uniti iaitu 2 orang DPS2, 1 orang DPS1 dan 1 orang DPI3 telah disabitkan atas kesalahan meniru semasa menduduki peperiksaan akhir Semester Januari lalu.

Berdasarkan kepada peraturan tetap peperiksaan kolej, maka kesemua mereka telah dijatuhkan hukum minima iaitu GAGAL bagi kertas peperiksaan yang telah mereka disabitkan meniru dengan gred F (mata=0.0).

Makluman ini adalah untuk memberi pengajaran kepada semua pelajar agar tidak berniat atau bercita-cita untuk melakukan kesalahan meniru atau seumpamanya semasa peperiksaan berlangsung pada masa-masa akan datang.

Mesyuarat Senat Kolej Uniti