Minggu Kebudayaan Islam


Uniti kini kian meriah. Suasana di asrama tidak lagi sesunyi dahulu. Beberapa program ko-kurikulum telah dirancang dan berjaya dilaksanakan untuk menghidupkan aktiviti kemahasiswaan sesuai dengan statusnya sebagai sebuah IPT. Kelihatannya kehidupan siswa siswi yang perlahan dan lesu selama ini sedang berubah. Mereka sedang mendapat nafas baru.

Kini satu program mahasiswa di Uniti Village (UV) sedang berlangsung dengan mendapat respons yang positif dari kalangan siswa siswi. Program yang diberi nama ‘Minggu Kebudayaan Islam’ telah bermula pada 22 Jun lalu dan akan berakhir pada 26 Jun ini.

Mengikut En Rizal Abd Razak selaku Ketua Majlis Felo yang menganjurkan program ini sambutan adalah begitu menggalakkan dari kalangan siswa dan siswi. Semua pertandingan mendapat penyertaan yang baik, terutamanya pertandingan nasyid berkumpulan di mana jumlah penyertaan siswi sebanyak 23 kumpulan manakala siswa hanya 3 kumpulan.

Acara lain yang dipertandingkan ialah deklamasi sajak/puisi (5 kumpulan siswa, 3 kumpulan siswi), tilawah al-Quran (5 peserta siswa, siswi tiada maklumat) dan pentomen (siswa 2 kumpulan, siswi 8 kumpulan).

Program malam ini pula akan diisi dengan ceramah agama bagi menyentuh rohani pelajar yang dahagakan nasihat iman.

InsyaALlah niat Majlis Felo mengambil inisiatif menganjurkan program ini sedikit sebanyak akan mencapai objektif memperkenalkan kebudayaan Islam, memupuk ukhuwah dan semangat membangunkan peradaban Islam, mencungkil bakat-bakat baru untuk mengembangkan kebudayaan Islam di kolej dan mewujudkan biah solehah di kediaman siswa di UV.

Usaha Majlis Felo menggalas tanggungjawab menganjurkan program sebesar ini adalah sangat signifikan dan boleh memberi kesan yang sihat kepada pembinaan sahsiah diri siswa Uniti. Juga, secara tidak langsung menitipkan makna mendalam dan memberi warna lebih jernih kepada Islam sebagai satu cara hidup. Lagipun inilah yang tersirat dalam moto kolej iaitu ‘berilmu, beriman dan beramal’.

Warga siswa Uniti pasti menghargai program seumpama ini. Lebih-lebih lagi mengenangkan inisiatif Majlis Felo yang bersungguh-sungguh menjayakan program ini walaupun hanya mempunyai bajet yang kecil dan kelengkapan prasarana yang sangat terbatas.

Apa yang lebih penting ialah semangat dan kerjasama dari pelajar untuk menjayakan program seperti ini. Manakala felo pula telah ‘menyingsing lengan’ dan bermujahadah untuk menunaikan amanah yang sudah lama tertangguh kerana kekangan tertentu. Kita berharap pihak pengurusan kolej lebih bermurah hati untuk sponsor program lain pula selepas ini.

Moga majlis penutup Jumaat nanti akan memuncakkan perasaan siswa siswi Uniti terhadap keindahan kebudayaan Islam. Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s