cara-tutup-aurat

Aurat bukan sekadar bertudung!


Uniti adalah antara IPTS yang sangat memaha pentingkan soal penampilan diri dan kegiatan sosial para pelajarnya.

Justeru, peraturan tetap berpakaian mensyaratkan pelajar memakai pakaian yang menutup aurat, baik lelaki mahu pun (lebih-lebih lagi) perempuan. Tujuannya sangat jelas di sisi budaya dan agama. Mendisiplinkan pelajar agar berpakaian bukan saja sopan tetapi menutup aurat adalah formula untuk mengawal tingkah laku sosial pelajar agar dapat hidup dalam keadaan aman dari fitnah dan mewujudkan persekitaran yang baik.

Namun niat dan peraturan sebaik ini – yang mendapat sandaran hukum dari nas Quran dan hadith – tidak begitu difahami warga pelajar. Ia jelas hanya menjadi satu pakaian ‘rasmi’ kuliah dari 8.30 pagi hingga 5.45 petang. Itu pun apabila diamati pakaiannya – setelah dapat ‘lesen’ habis belajar di sekolah menengah – menampakkan ciri tabarruj jahiliyyah (minta ustazah atau ustaz jelaskan kepada pelajar di setiap kesempatan yang ada dengan pelajar).

Sesetengah pelajar tanpa selindung menunjukkan wajah tidak asli mereka. Apa tidaknya bila mereka ‘touch up’ muka dengan mekap yang tebal. Dengan pembayang mata, maskara dan sesetengahnya memakai kanta lekap biru pekat pelajar ini mencuri perhatian ramai orang. Mereka tidak lagi kelihatan sebagai pelajar Uniti tetapi bagai model dari sesi fotografi atau kelas seni tari!

Kefahaman pelajar begini adalah hasil budaya pakaian sekolah menengah dan rendah dahulu. Juga ‘pengamatan’ mereka terhadap sikap dan amalan dalam masyarakat Melayu-Islam. Jadi mereka hanya meneruskan apa yang mereka fahami dahulu dalam persekitaran baru di kolej atau asrama. Pada mereka ini tiada salahnya. Di tambah lagi apabila berada dalam persekitaran baru yang ‘bebas’ mereka – atas nama hak peribadi – menampilkan diri dengan pakaian pilihan mereka. Sentuhan kreativiti menjadikan penampilan mereka lebih anggun dan menyerlahkan kewanitaan mereka.

Namun adakah gaya berpakaian seperti ini sesuai dan masih boleh diterima ? Bolehkah komuniti kolej Uniti bersikap okey sahaja dan menerima seadanya penampilan begini asalkan ia tidak menjolok mata seperti di luar sana ? Benarkah aurat ialah bertudung sahaja ? Yang penting pakai tudung. Maka ia sudah memadai. Ia masih islamik, begitu !

Posting ini bukannya untuk mengkhutbahkan isu aurat dengan menyaratkannya dengan nas dan dalil Quran dan hadith.  Ia memerlukan ruang yang lebih panjang dan penelitian lanjut dari segi dalil hukum.

Kali ini posting ‘aurat bukan sekadar bertudung!’ hanya ingin menjelaskan kepada warga pelajar perempuan tentang pengertian atau definisi aurat dengan menggunakan ilustrasi berikut yang saya ambil dari blog Nisa’ Gombak .

Ilustrasi di bawah lebih mampu menjelaskan dengan lebih baik maksud tajuk posting kali ini. Kepada pelajar perempuan semua akurlah dengan penuh rasa kehambaan kepada perintah ALlah ini. Ia bukan lagi sekadar peraturan Uniti. Pakaian menutup aurat yang sebenar juga bukan pakaian pelajar Pengajian Islam tetapi terpakai untuk semua pelajar bernama ‘perempuan’ yang telah akil baligh. Samalah taklif (tanggungjawab agama) untuk beriman bukan saja kepada pelajar agama, ustaz atau ustazah. Ia adalah taklif semua yang telah mengucap kalimah syahadah.

SALAH FAHAM KONSEP AURAT

oleh Nisa’ Gombak

jilbab_salah_01

jilbab_salah_02

jilbab_salah_03

3 comments on “Aurat bukan sekadar bertudung!

  1. “katakanlah kepada wanita yang beriman,hendaklah mereka menahan sebagian pandangannya,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah mereka menampakkan ‘perhiasannya’ kecuali yang biasa nampak daripadanya,dan hendaklah merka menutupkan kain kerudung ke dadanya…..(An-Nur 31)
    …perhiasan wanita hanyalah untuk kepada para suaminya sendiri.. so,tak usahlah nak tayang2 kat khalayak ramai mahupun di kawasan kolej sendiri… k salam…

  2. assalamualaikum, terus semarakkan islam di serata tempat dan amalkan setiap ketika.Amalkan Islam akan mendapat berkat dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s