Ada telinga saja tidak cukup!


Antara masalah pelajar semasa mengikuti kuliah ialah kegagalan untuk menangkap maksud atau isi-isi pokok yang cuba disampaikan oleh pensyarah. Akibatnya kuliah ibarat angin yang lalu begitu sahaja. Tiada ilmu dikutip, tiada nilai dititip. Beberapa jam yang dilalui adalah tempoh yang menjadi sia-sia, atau lebih tepat lagi disia-siakan sendiri oleh pelajar. Kelemahan ini dikesan begitu ketara di kalangan pelajar yang pasif.

Mengapa ini terjadi ?

Tanpa menafikan kelemahan boleh terjadi ke atas pensyarah sendiri, pelajar perlu tahu bahawa kejayaan sesuatu kuliah juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran tertentu pelajar sendiri. Ia tidak semata-mata ‘sumbangan’ pensyarah atau guru di sekolah dulu.

Dalam bidang pedagogi, ada mazhab pembelajaran yang dinamakan ‘humanisme’ yang percaya bahawa pencapaian seseorang itu BUKAN ditentukan oleh atau kerana orang lain tetapi ia adalah PILIHAN seseorang itu sendiri.

Justeru, jika kita bersetuju dengan pendapat mazhab pembelajaran ini kita tidak lagi boleh menuding jari kepada pihak kedua seperti pensyarah di atas kelemahan yang kita ada.

Ini membawa kita kepada satu prinsip perubahan iaitu dorongan mesti datang dari dalam diri pelajar. Pelajar mesti boleh memikirkan sendiri bagaimanakah seharusnya dia belajar, apa yang perlu dipelajari, dengan siapa, bilakah masanya yang sesuai dan sebagainya.

Salah satu daripada jawapan kepada soalan ‘bagaimanakah cara berkesan untuk belajar ?’ ialah kemahiran mendengar.

Rupa-rupanya nak ikuti kuliah pelajar kena mahir mendengar! Kemahiran ini tidak datang sendiri. Ia bukan built-in iaitu keupayaan yang wujud secara semulajadi atau fitrah apabila seorang bayi itu lahir dengan cukup sifat sepasang cuping telinganya.

Oleh itu jika pelajar ingin menguasai ilmu yang pensyarah sampaikan binalah dan kuasailah kemahiran mendengar terlebih dulu.

Seorang pemikir dari peradaban silam bernama Plutarch (46 AD – 120 AD) telah berpesan kepada kita :

“Know how to listen, and you will profit even from those who talk badly”

Untuk tahu tips mendengar dengan berkesan sila muaturun  fail ‘Effective Listening in Class’ dalam Kolej Uniti Box.

Ingat duhai pelajar bahawa ada telinga saja tidak cukup! Anda perlu berlatih menggunakannya untuk mengesan isi-isi pokok kuliah dengan bantuan organ deria yang lain. Juga jika anda telah faham nanti kemahiran mendengar menuntut pelajar agar AKTIF BERFIKIR, menjadi independent, tahu membina hubungan interpersonal dengan pensyarah dan kawan-kawan dan banyak lagi perkara yang perlu disiapkan sebelum anda menjadi seorang pelajar yang mahir mendengar dengan berkesan.

Selamat mencuba.

Advertisements

2 comments on “Ada telinga saja tidak cukup!

  1. Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah atas pembangunan blog Kolej Uniti. Ini adalah satu perkembangan dan usaha yang baik. Saya berharap para pelajar dapat memanfaatkan maklumat yang terkandung di dalam blog ini.

    ‘Ada Telinga saja tidak cukup’ amat menarik dibaca oleh para pelajar. Seharusnya setiap pelajar perlu muhasabah diri masing-masing untuk menjadi insan yang berjaya. Sebagai manusia, kita punyai kelemahan tersendiri dan kita perlu menerima pandangan orang lain dan berusaha untuk berubah.

    Pelajar seharusnya mengembangkan sendiri potensi diri masing-masing. Kemahiran mendengar atau auditori (A) ini amat penting selain daripada kemahiran visual (V) dan kinestetik (K). Gabungan ketiga-tiga kemahiran ini dikenali sebagai gaya pembelajaran VAK.

    • Terima kasih cikgu Farrah kerana mengukuhkan pandangan saya dalam posting ini. Didoakan agar cikgu berjaya mengejar cita-cita menjadi guru yang solehah dan sarat kasih sayang pada anak-anak murid selain pastinya mewah ilmu.

      Masih ada di luar sana anak-anak murid sangat dahagakan ilmu dan – apatah lagi – kasih sayang dari seorang guru. Moga cikgu Farrah adalah salah seorang guru itu.

      Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s