Penutupan Kolej Uniti kerana Wabak Flu H1N1


Mutakhir Isnin, 3 Ogos 2009

Keputusan saringan H1N1 ke atas 5 orang pelajar yang disyaki dijangkiti flu H1N1 pada minggu lepas mendapati 3 daripadanya adalah positif H1N1.

Pelajar berkenaan sedang/telah dihubungi oleh pihak hospital untuk rawatan yang sewajarnya.

Kepada semua pelajar dan staf Uniti, anda semua dinasihatkan mengambil langkah yang sewajarnya dalam menjalani kehidupan seharian sepanjang tempoh bercuti agar terelak dari wabak ini.

Moga ALlah melindungi kita semua dari ujian ini.

Pengurusan Kolej Uniti

—————

Berita Jumaat, 31 Julai

Berikutan wabak flu H1N1 (selesema babi) yang disyaki melanda Kolej Uniti, maka sebagai mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan wabak ini terus merebak, pihak pengurusan kolej telah membuat keputusan untuk menutup kolej Uniti dan Uniti Village selama seminggu berkuat kuasa mulai hari ini, Jumaat 31 Julai.

Kolej Uniti dan Uniti Vilage akan dibuka semula pada 9 Ogos 2009 nanti.

Pihak yang diberi cuti untuk tempoh tersebut adalah semua pelajar dan pensyarah sahaja. Staf pentadbiran akan kekal berkhidmat sebagaimana biasa.

Namun pensyarah dikehendaki sentiasa bersedia untuk dipanggil berkhidmat (on call) pada bila-bila masa untuk menyelesaikan atau memenuhi keperluan semasa tugas-tugas akademik di Kolej Uniti apabila keadaan memerlukan.

Sebarang perkembangan yang berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pengurusan Kolej Uniti

Ke Arah Pengiktirafan Penuh MQA


Uniti sentiasa komited untuk mendapatkan pengiktirafan atau akreditasi penuh MQA ke atas semua program akademik yang dijalankan. Ini bagi menjamin agar para pelajar sentiasa mendapatkan mutu pendidikan yang terbaik sejajar dengan piawaian yang ditetapkan oleh badan tersebut.

Berikut adalah jadual proses penilaian oleh MQA di sisi undang-undang negara untuk menentukan taraf pendidikan yang dijalankan Kolej Uniti selama ini.

Bil

Program

Tujuan Penilaian

Tarikh

1 DIA UiTM Perbaharui Akreditasi MQA 13-14 Ogos
2 DBS dan DIA UiTM Audit UiTM 19-20 Ogos
3 DPS Akreditasi Penuh MQA 20-21 Ogos
4 DPI Perbaharui Akreditasi MQA Belum diperolehi dari MQA
5 DBS Perbaharui Akreditasi MQA Belum diperolehi dari MQA
6 DBS dan DIA UiTM Persediaan untuk mendapatkan ISO 2001-2008 (keperluan UiTM) Belum diperolehi dari UiTM

En Roslan bin Kamari
Pengarah Akademik
Pembangunan dan Kualiti

Kempen Menderma Darah


Hospital Melaka dengan kerjasama bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Uniti akan mengadakan Kempen Menderma Darah. Butirannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 11 Ogos 2009 (Selasa)blood help

Masa : 10.00 pagi hingga selesai

Tempat : Dewan Besar Kolej Uniti

Anggaran penderma : 300 orang

Kepada semua penderma biasa dan bakal penderma diucapkan jutaan terima kasih.

‘Setitis darah yang didermakan membantu menyelamatkan nyawa’

HEP & Pengurusan Kolej Uniti

Kelas Bimbingan Kefahaman PNG (Kaedah Simulasi)


Rata-rata pelajar agak naif tentang maksud tersurat angka-angka yang terpapar pada slip keputusan peperiksaan semester mereka. Hasil tinjauan rambang dan persoalan-persoalan yang mereka kemukakan menunjukkan banyak sisi penting dalam slip keputusan tersebut tidak mereka ketahui.

Saya sendiri pernah bertanyakan pelajar yang manakah Purata Nilai Gred Semester (PNGS). Namun jawapannya menghampakan.

Agak malang apabila ada yang langsung tidak mahu ‘ambil peduli’ tentang keputusan yang mereka perolehi. Bahkan ada pelajar semester 5 dan semester akhir yang kekal naif terhadap sistem penilaian akademik ini.

Antara yang dapat dikesan ialah ketidaktahuan pelajar tentang:

gred minima untuk lulus subjek

skala pengredan markah

subjek apa yang mesti atau boleh diulang untuk memperbaiki keputusan

berapa kali boleh mengulang dibenarkan bagi subjek yang gagal

kaedah mengira mata PNGS dan PNGK

maksud mata kumulatif

natijah status keputusan kepada peluang penajaan PTPN /MARA semester berikutnya

perbezaan PNGS dengan PNGK terutamanya yang mana lebih penting

tidak tahu beza status AMARAN dan PERCUBAAN

Untuk mengatasi masalah ini cikgu Bad dengan kerjasama Ketua Program akan membuka kelas bimbingan Pemahaman Sistem Purata Nilai Gred (PNG) menggunakan Simulasi berasaskan-excel bagi membantu pelajar-pelajar yang berminat dan pelajar-pelajar yang sedang menghadapi masalah akademik (0.5 < PNGK <2.5).

Pelajar-pelajar berkenaan digalakkan mengambil peluang ini sementara  berada di awal semester ini.

Berikut adalah dua contoh simulasi pengiraan PNGS dan PNGK.

simulasi_PNG DPS subjek

PNGK ke PNGS

Diharap pelajar dapat dicelikkan tentang kepentingan memahami PNGS dan PNGK sebagai kayu ukur keupayaan intelek atau kognitif pelajar.

Pelajar perlu faham mata PNG bukan sekadar tanda aras kepandaian atau kejahilan mereka. Secara tersiratnya ia menjadi bukti kegigihan mereka selama ini atau sebaliknya membuka tembelang mereka yang pernah malas, tidak komited, ‘tuang kelas’ dan lain-lain lagi aktiviti yang tidak produktif yang telah mereka lakukan.

Penjelasan lanjut mengenai sesi pemahaman PNG dengan kaedah simulasi ini ada di sini.

Taklimat AKademik DPS


Satu taklimat akademik untuk semua pelajar DPS – Sem 2 – Sem 5 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh    : 17 Julai/Jumaat

Masa       : 10.30 pagi – 12.00 tghri

Tempat  : Bilik Pendaftaran UV

Semua pelajar DPS diwajibkan hadir untuk mendapatkan maklumat terkini dan berkaitan dengan pengajian semester ini.

Sila bawa slip keputusan peperiksaan untuk tujuan pengiraan PNGS/PNGK – jika pelajar memerlukannya.

En Zakri Md Zain
Ketua Program DPS

Korelasi Keputusan Peperiksaan dengan Adab Pelajar


Keputusan peperiksaan tidak sekadar angka atau nilai mata. Di sebaliknya ada petunjuk atau isyarat yang boleh dibaca oleh para guru/ pensyarah. Isyarat ini memberikan para pendidik ini maklumat tertentu yang berguna untuk dianalisa seterusnya.

Hasil analisa maklumat ini kemudiannya berguna baik untuk para guru/pensyarah mahu pun pelajar sendiri.

Dalam pendidikan inilah yang dinamakan pengukuran dan peniliaian. Tujuannya antara lain adalah untuk mengukur keberkesanan Pnp yang telah dijalankan sebelum peperiksaan dan mengukur kedalaman dan penguasaan ilmu pelajar sama ada mencapai atau tidak objektif Pnp oleh guru-pelajar.

Itu tujuan akademik. Namun, keputusan peperiksaan juga boleh di lihat di sisi sosial iaitu angka atau nilai mata  juga dicari hubungkait atau korelasinya dengan adab pelajar terhadap guru dan ilmu baik semasa dalam bilik kuliah mahu pun di luar bilik kuliah.

Inilah yang cuba dijelaskan apabila keputusan peperiksaan bagi sebuah program akademik menunjukkan kemerosotan yang ketara di kalangan pelajarnya.

Dapatan ini penting untuk menyedarkan pelajar bahawa adab dan akhlak belajar merupakan satu sisi penting yang mempengaruhi pencapaian atau lebih tepat lagi keberkatan ilmu yang diperolehi pelajar.

Tulisan ini akan bersambung selepas data pengamatan diperolehi kelak.

Kajian Pengesanan Graduan 2009


Kepada semua gradua Uniti yang telah berkonvokesyen pada 10 Januari 2009 lalu dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan 2009 yang dijalankan oleh Unit Kajian Pengesanan Graduan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Para graduan dari Kolej Uniti boleh mula menjawab kajian ini dengan
melayari laman web http://graduat.mohe.gov.my

Sistem ini sudah dibuka mulai 29/6/09 (Isnin) kepada graduan Kolej Uniti dan akan ditutup pada 28/7/09 (Selasa) nanti.

Kerjasama  semua graduan 2009 adalah sangat dihargai.

En. Azhar Zunaidak
Penolong Pendaftar HEA

Surat Pemberitahuan Pendaftaran Semester Julai sesi 2009/10


Unit Kewangan Pelajar menghadapi sedikit masalah teknikal menyebabkan sebahagian surat panggilan untuk pendaftaran semester Julai kepada pelajar program dalaman Uniti tidak dapat diproses. Justeru, pengiriman surat-surat tersebut tergendala mulai minggu lepas. Masalah tersebut sedang diatasi sekarang.

Kesulitan yang dihadapi pelajar ekoran dari masalah amat dikesali. Namun – seperti yang diwar-warkan sebelum ini – pelajar masih boleh berpandukan kepada maklumat pendaftaran mengikut program yang telah disiarkan pada 25 Jun lalu.

Sila klik di sini untuk ke paparan maklumat tersebut.

Harap maklum

Pengurusan Kolej Uniti