Kelas Bimbingan Kefahaman PNG (Kaedah Simulasi)


Rata-rata pelajar agak naif tentang maksud tersurat angka-angka yang terpapar pada slip keputusan peperiksaan semester mereka. Hasil tinjauan rambang dan persoalan-persoalan yang mereka kemukakan menunjukkan banyak sisi penting dalam slip keputusan tersebut tidak mereka ketahui.

Saya sendiri pernah bertanyakan pelajar yang manakah Purata Nilai Gred Semester (PNGS). Namun jawapannya menghampakan.

Agak malang apabila ada yang langsung tidak mahu ‘ambil peduli’ tentang keputusan yang mereka perolehi. Bahkan ada pelajar semester 5 dan semester akhir yang kekal naif terhadap sistem penilaian akademik ini.

Antara yang dapat dikesan ialah ketidaktahuan pelajar tentang:

gred minima untuk lulus subjek

skala pengredan markah

subjek apa yang mesti atau boleh diulang untuk memperbaiki keputusan

berapa kali boleh mengulang dibenarkan bagi subjek yang gagal

kaedah mengira mata PNGS dan PNGK

maksud mata kumulatif

natijah status keputusan kepada peluang penajaan PTPN /MARA semester berikutnya

perbezaan PNGS dengan PNGK terutamanya yang mana lebih penting

tidak tahu beza status AMARAN dan PERCUBAAN

Untuk mengatasi masalah ini cikgu Bad dengan kerjasama Ketua Program akan membuka kelas bimbingan Pemahaman Sistem Purata Nilai Gred (PNG) menggunakan Simulasi berasaskan-excel bagi membantu pelajar-pelajar yang berminat dan pelajar-pelajar yang sedang menghadapi masalah akademik (0.5 < PNGK <2.5).

Pelajar-pelajar berkenaan digalakkan mengambil peluang ini sementara  berada di awal semester ini.

Berikut adalah dua contoh simulasi pengiraan PNGS dan PNGK.

simulasi_PNG DPS subjek

PNGK ke PNGS

Diharap pelajar dapat dicelikkan tentang kepentingan memahami PNGS dan PNGK sebagai kayu ukur keupayaan intelek atau kognitif pelajar.

Pelajar perlu faham mata PNG bukan sekadar tanda aras kepandaian atau kejahilan mereka. Secara tersiratnya ia menjadi bukti kegigihan mereka selama ini atau sebaliknya membuka tembelang mereka yang pernah malas, tidak komited, ‘tuang kelas’ dan lain-lain lagi aktiviti yang tidak produktif yang telah mereka lakukan.

Penjelasan lanjut mengenai sesi pemahaman PNG dengan kaedah simulasi ini ada di sini.

2 comments on “Kelas Bimbingan Kefahaman PNG (Kaedah Simulasi)

    • Salam Shahida,

      Memang patut pun sdri tak faham. Jadual tu hanya sebagai contoh sahaja. Untuk faham sdri perlu berjumpa saya utk penerangan lanjut. Hanya melihat jadual contoh itu dan membaca penerangan ringkas tidak akan membantu pemahaman pelajar.

      Justeru, saya nasihatkan jika sdri berminat sila berjumpa dgn saya dgn kadar segera. Sebaiknya buat temu janji dahulu kerana kita perlu cari masa lapang masing-masing.

      Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s