Peringatan Kehadiran Kuliah ‘Sempena’ Cuti Raya


Suka diperingatkan dan ditegaskan kepada para pelajar bahawa kolej hanya akan bercuti mulai Sabtu, 19 September hingga Ahad, 27 Septermber.

Sehubungan dengan itu, semua aktiviti akademik masih berjalan sehingga Jumaat, 18 September.

Bagi pelajar yang telah membeli tiket balik kampung lebih awal atau/dan kembali lewat kerana kehabisan tiket  hendaklah memaklumkan kepada pensyarah agar anda diberikan pelepasan secara rasmi.

Kepada pelajar yang gagal memaklumkan status ketidakhadirannya, terutamanya pada Isnin, 28 September akan dianggap sebagai ponteng kelas.

Kepada semua pelajar kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya ‘Eidil Fitri 1430 H. Maaf zahir batin.

Raikanlah hari lebaran ini dengan penuh keinsafan dan rasa tawadhuk. Moga tercapailah tujuan kita berpuasa iaitu ‘la ‘allakum tattaqun‘.

Amin

Bahagian Hal Ehwal Akademik Uniti

Iftar Jamaai Uniti Village


Hal Ehwal Pelajar Uniti akan menganjurkan Majlis Iftar (Berbuka Puasa) Jamai pada hari ini, Sabtu 21 Ramadhan 1430 H bertempat di Uniti Village.

Majlis ini akan bermula seawal jam 4.00 petang bagi membuat persediaan berbuka pada waktu maghrib.

Semua warga Uniti Village dan para pensyarah adalah dijemput untuk menyertai majlis iftar ini.

Hal Ehwal Pelajar Uniti

Testimoni Kejayaan Pelajar Uniti


Uniti hanyalah sebuah IPTS kecil tapi jiwanya besar. Sekurang-kurangnya begitulah nilai dan sifat intrinsik Uniti pada peringkat awal penubuhannya.

Tidak perlu dihujahkan mengenai kemampuan dan jasa Uniti kepada pelajar-pelajar terdahulu khususnya dan masyarakat amnya. Biarlah komentar terhadap entri ‘Kolej Uniti : Indah Khabar dari Rupa?’ berikut, yang saya kutip dari blog cikgubad ‘bercakap’ sendiri mengenainya.

2009/09/09 at 9:17pm

Assalamualaikum wbt,

Saya memang akui bahawa Kolej Uniti adalah merupakan sebuah kolej swasta yang dapat menawarkan kualiti pengajian yang amat tinggi.

Keadaan infrastruktur Kolej Uniti yang agak serba kekurangan jika dibandingkan dengan kolej swasta yang lain dari segi mata kasar sebenarnya adalah faktor kekuatannya. Ini akan membangkitkan rasa keinsafan kepada pelajar bahawa menuntut ilmu itu memerlukan keyakinan yang tinggi.

Banyak universiti yang terkemuka di dunia ini bermula dari deretan rumah kedai atau sebuah pondok atau madrasah. Ianya mengambil masa ratusan tahun untuk iannya menjadi terkenal.

Apa yang dikagumi di Kolej Uniti ialah keikhlasan tenaga pelajar memberi didikan kepada pelajarnya. Dengan jumlah bilangan pelajar yang tidak terlalu ramai, penyampaian ilmu dari pensyarah kepada pelajar dapat dilakukan dengan berkesan.

Ini terbukti dengan kelahiran pelajar cemerlang seperti Puan Masrah yang telah mendapat kelas pertama dalam Master in Electronic Engineering di Laborough University, United Kingdom dalam 2006.

Akhir sekali, Kolej Uniti mungkin satu-satunya kolej swasta yang terletak ditepi pantai sebuah kampung yang kecil. Ini juga salah satu faktor yang memudahkan pelajar menyerap ilmu yang diterima dengan baik dalam suasana tenang jauh dari segala kesibukan.

Semoga Kolej Uniti akan terus cemerlang.

Zainal Abidin Md Yassin PhD Student, Nottingham University Business School

Nota :

Jika tidak silap saya, Pn Masrah (Mazrah) merupakan pelajar Pra-Sains batch ke-2 1999-2000 dan kemudian mengikuti Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia UPM-UNITI, 2000-2003.

Wallahu’alam

Selamat Menduduki Ujian 1


Kepada semua pelajar kami mengucapkan Selamat menduduki Ujian 1 dengan penuh ketenangan.

Apapun hasrat dan impian anda, kejayaan anda adalah mengikut apa yang telah anda usahakan selama ini. Kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa ketekunan, kerja keras, kebijaksanaan mengurus masa, keaktifan belajar, juga keberkatan ilmu dari pensyarah.

Kepada yang ‘suka-suka’ belajar, berfoya-foya dengan rakan sosial, gemar tuang kelas, dan selalu dengan aktiviti ‘ko-kurikulum’ percayalah pencapaian anda tidak akan ke mana, kalau pun tidak gagal.

Moga dengan keberkatan Ramadhan kali ini, ALlah akan menginsafkan kita semua.

Amin