Akreditasi Penuh MQA ke atas DPI kali ke-3


Program DPI akan dikunjungi panel MQA pada 29 dan 30 September kelak untuk menilai program ini bertujuan memperbaharui akreditasi penuhnya buat kali ketiga.

Semoga ALlah memberkati usaha pasukan DPI yang kini diterajui Ustaz Razman Ibrahim.

12 comments on “Akreditasi Penuh MQA ke atas DPI kali ke-3

  1. Aslm.saya stdn kos DPS nak tanya ngan cikgu BAD ngapa result sem kami lambt sangat kuar.result lom kuar lgi tiba2 kami dah nak kena daftar sem 2.kami rasa terkilan juga kerna terllu lma nak tahu keputusan peperiksaan akhir kami.tolonglah cikgu BAD…

    • Salam D-mey,

      Keputusan peperiksaan Sem 1 Ambilan Mei sesi 2009/10 baru sahaja diluluskan oleh Majlis Senat Uniti seminggu lalu. Ia sedang dalam proses kemas kini atau pembetulan – ini aspek teknikal. Sdri diharap boleh bersabar. Apapun sdri boleh menghubungi pihak Akademik di talian yang telah kami siarkan dalam blog ini untuk mendapatkan maklumat atau perkembangan terkini berkaitan dengan isu ini.

      Wassalam

  2. ‘Alaika salam CikguBad(moderator)yang dirahmati Allah

    Semoga KU terus mendapat akraditasi yang sewajarnya dari pihak MQA berdasarkan nilai usaha dan keberkesanan program yang dianjurkan selama ini. Sebagai mantan pelajar DPI-PJJ-Singapura (2005-2008) saya ingin bersama memanjatkan doa agar KU berjaya dalam mencapai matlamatnya. Kepada sekelian pensyarah di KU, khususnya Ust Razman dan kru, saya pasti sikap dedikasi kalian akan menerima ganjaran dari Allah SWT jua. InsyAllah.

    Sekian

    Salam Hormat
    Kamisah HMS
    Serangoon@Singapura

  3. Name: MOHD ZULHAIRNI BIN IBRAHIM
    E-mail: jojo_ueda@yahoo.com
    Comment: Assalammualaikum…

    Saya merupakan pelajar Kolej Brindley sebelum digabungkan dengan Kolej UNITI. Disini saya ingin mengetahui status diploma saya kerana semasa saya konvokesyen saya dibawah nama Kolej UNITI dan yuran terakhir saya juga dibawah nama Kolej UNITI. Di dalam diploma dan transkripsi ditulis Kolej UNITI Kuala Lumpur.

    Diharap pihak tuan/puan dapat memberi penjelasan yang jelas tentang status diploma saya kerana saya tidak dapat menggunakan diploma saya untuk memohon jawatan didalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Kerjasama pihak Kolej UNITI amat saya hargai. Sekian, terima kasih.

    Phoneno: 012-6899375

    • ‘Alaikasalam Zulhairi,

      Boleh sdr berikan kelulusan sdr dlm bidang apa (program) apabila menamatkan pengajian di Uniti dan tahun graduat. Stelah mendapatkan detil tersebut baru masalah sdr boleh dirujuk ke bahagian yang bertanggungjawab.

      Terima kasih kerana menghubungi kami dan memberi kerjasama.

    • Salam Zulhairi,

      Berikut adalah respons dari Bahagian Akademik Uniti berhubung kemusykilan yg sdr ajukan pada 7 Oktober lalu lalu.

      Biarpun diploma dan yuran terakhir atas nama Kolej Uniti PD, namun semua proses penilaian LAN (kini MQA) telah lebih awal dilaksanakan semasa sdr menuntut di Kolej Brindley (aka Kolej UNITI KL). Kami difahamkan hasil penilaian LAN di kolej tersebut program sdr hanya mendapat taraf Standard Minimum dan bukannya Akreditasi Penuh.

      Justeru, ini menjelaskan mengapa kelulusan sdr tidak dapat dipertimbangkan utk diterima masuk ke sektor awam (juga ke peringkat ijazah di IPTA).

      Adapun Kolej Uniti PD hanya menyediakan kemudahan belajar untuk menamatkan baki semester pengajian sdr sahaja kerana atas sebab-sebab tertentu Kolej Brindley terpaksa ditutup. Manakala Uniti PD membantu sdr menamatkan pengajian, ia tidak pula bertanggungjawab untuk memanggil satu lagi panel penilai LAN bagi mendapatkan akreditasi penuh ke atas program sdr.

      Di sisi undang-undang MQA (pada ketika itu) IPTS tidak diwajibkan mendapatkan akreditasi penuh untuk program diplomanya. Ia hanya digalakkan sahaja. Memadai dengan mendapat standard minimum bagi menjalankan program akademik.

      Apapun kami bersimpati di atas kesulitan yg sdr alami selepas tamat pengajian di kolej kami.

      Wassalam

      • Salam,

        Saya juga salah seorang ‘mangsa’ kolej brindley yg di tukarkan kepada kolej uniti.. saya masih tidak faham kenapa kami boleh dipindahkan dengan senang macam tu je..

        memohon untuk melanjutkan pelajaran pun tak dapat.. kerja pun susah nak dapat.. simpati tidak cukup untuk melegakan keadaan..

        kenapa kami tidak menerima apa2 pampasan atau pengecualian? malah semasa saya belajar disana saya perlu pula menambah wang yuran lagi..

        • Salam sdr Mohd Faizal,

          Berkenaan sebab perpindahan itu adalah keputusan eksekutif yang tidak dapat saya jelaskan di sini. Masalah sdr ini dan dikongsi sama oleh bekas pelajar Brindley lain telah diulas dalam jawapan kami kepada soalan berkaitan sebelum ini.

          Apa yang kami utarakan ialah Kolej Uniti tidak memikul beban sepenuhnya akibat daripada pemindahan pelajar Brindley. Sila rujuk semula jawapan kami tersebut utk gambaran jelas. Atau jika sdr masih tidak berpuas hati silalah berjumpa dengan pegawai berkenaan iaitu En Roslan Kamari di kolej untuk penjelasan lebih lanjut.

          Wassalam

  4. Moderator, tolong update blog ni dengan berita2 yang lebih santai, tak rasmi dan menggambarkan suasana yang menyeronokkan di KU, posting2 pasal Akreditasi semua ni teknikal sangat la…letak kat web je ble..

    • Terima kasih kerana memberi cadangan itu. Utk makluman Alumni Uniti blog ini merupakan saluran dan wadah rasmi utk perkongsian dan makluman informasi dari Pengurusan KU kepada pelajar dan vice versa.

      Namun jika sdri teliti masih ada posting yg lebih santai sebelum ini. Cuma – saya setuju – ia patut dipertingkatkan lagi. Web uniti buat masa ini tidak aktif dan ia tidak bersifat interaktif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s