Testimoni Kejayaan Pelajar Uniti


Uniti hanyalah sebuah IPTS kecil tapi jiwanya besar. Sekurang-kurangnya begitulah nilai dan sifat intrinsik Uniti pada peringkat awal penubuhannya.

Tidak perlu dihujahkan mengenai kemampuan dan jasa Uniti kepada pelajar-pelajar terdahulu khususnya dan masyarakat amnya. Biarlah komentar terhadap entri ‘Kolej Uniti : Indah Khabar dari Rupa?’ berikut, yang saya kutip dari blog cikgubad ‘bercakap’ sendiri mengenainya.

2009/09/09 at 9:17pm

Assalamualaikum wbt,

Saya memang akui bahawa Kolej Uniti adalah merupakan sebuah kolej swasta yang dapat menawarkan kualiti pengajian yang amat tinggi.

Keadaan infrastruktur Kolej Uniti yang agak serba kekurangan jika dibandingkan dengan kolej swasta yang lain dari segi mata kasar sebenarnya adalah faktor kekuatannya. Ini akan membangkitkan rasa keinsafan kepada pelajar bahawa menuntut ilmu itu memerlukan keyakinan yang tinggi.

Banyak universiti yang terkemuka di dunia ini bermula dari deretan rumah kedai atau sebuah pondok atau madrasah. Ianya mengambil masa ratusan tahun untuk iannya menjadi terkenal.

Apa yang dikagumi di Kolej Uniti ialah keikhlasan tenaga pelajar memberi didikan kepada pelajarnya. Dengan jumlah bilangan pelajar yang tidak terlalu ramai, penyampaian ilmu dari pensyarah kepada pelajar dapat dilakukan dengan berkesan.

Ini terbukti dengan kelahiran pelajar cemerlang seperti Puan Masrah yang telah mendapat kelas pertama dalam Master in Electronic Engineering di Laborough University, United Kingdom dalam 2006.

Akhir sekali, Kolej Uniti mungkin satu-satunya kolej swasta yang terletak ditepi pantai sebuah kampung yang kecil. Ini juga salah satu faktor yang memudahkan pelajar menyerap ilmu yang diterima dengan baik dalam suasana tenang jauh dari segala kesibukan.

Semoga Kolej Uniti akan terus cemerlang.

Zainal Abidin Md Yassin PhD Student, Nottingham University Business School

Nota :

Jika tidak silap saya, Pn Masrah (Mazrah) merupakan pelajar Pra-Sains batch ke-2 1999-2000 dan kemudian mengikuti Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia UPM-UNITI, 2000-2003.

Wallahu’alam

Advertisements

9 comments on “Testimoni Kejayaan Pelajar Uniti

  1. Salam semua..
    sy merupakan pelajar batch 1 Kolej UNITI..sy sgt bangga merupakan salah seorang kelahiran student UNITI..terima kasih bt guru yg tlh berusaha mendidik sy dan kami sume sehingga tercapai impian kami ..

    • Salam Siti,

      Moga Siti dapat mencambahkan kebaikan yg telah diperolehi dahulu di Uniti dalam kehidupan sebenar terutamanya dalam keluarga sekarang. InsyaALlah kejayaan kita adalah utk dunia juga akhirat kelak.

      Terima kasih Siti kerana masih ingatkan Uniti.

      Ma’assalamah

  2. ASSALAMU’ALAIKUM WBT.

    ana tidaklah cemerlang sangat cuma bekas pelalajr DPI tahun 2000-2003, kemudian menyambung ke Al-Azhar dan berjaya mendapat ijazah pada tahun 2005. UNITI amat baik untuk medan menuntut ilmu..cuma perlu ada kesungguhan.ilal liqa

    SYED MOHD BAKRI BIN SYED ISHAK
    KPLI j-QAF SK DATO’ AHMAD SAID TAMBAHAN IPOH,
    GURU TAKMIR DAERAH IPOH (JAIPk/JAKIM)
    GURU TAFFAQUH FIDDIN INSTITUT PERGURUAN IPOH.

    ILAL LIQA..

  3. Salam.. dan tidak terlambat kiranya kalau saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Cikgubad dan semua warga Uniti dan ex-Uniti

    Saya tertarik dengan pose cikgubad berkaitan ‘Testimoni kejayaan pelajar UNITI’.

    Untuk makluman, saya merupakan bekas pelajar matrikulasi UPM-UNITI tahun 1998-1999 dan sempat belajar dan sedorm (dorm Rembau) dengan Sdr. Ridhuan Ahmad (Duen) dan Sdr. Azizi Ali (GG).

    Alhamdulilah, walaupun setahun di UNITI pengalaman yang saya timba semasa disanalah yang menjadikan siapa saya hari ini. Saya masih ingat bagaimana kami belajar cara untuk belajar dan belajar cara hidup dikalangan organisasi yang ada disekeliling kami. Pendekatan islamik dan membina yang diterapkan UNITI itulah yang saya dan rakan-rakan bawa sehingga berjaya mendapat segulung ijazah (bahkan ade yang dapat beberapa gulung)

    Walaupun saya tidaklah seberjaya seperti rakan-rakan sedorm yang hampir kesemuanya kini profesional kelas A tapi saya pasti jika diberi kesempatan kami tidak segan bahkan amat terharu jika boleh berbakti walau seminit dua di UNITI.

    • ‘Alaikum salam Akhmar,

      Terima kasih kerana masih mengingati Uniti Akhmar. Kami terharu dan berbangga kerana sdr menjadi sebahagian daripada bekas pelajar yang tiak menjadi kacang yang lupakan kulitnya.

      InsyaALlah dengan keberkatan ilmu dan kesungguhan sdr hidup sdr masih dalam lingkungan kejayaan yang diredhaiNya. Sdr boleh menyumbang dalam pelbagai bentuk dan tidak terhad kepada kebendaan. Buah fikiran dan testimoni seperti ini pun memadai untuk tatapan pelajar-pelajar baru Uniti sekarang.

      Sekali lagi terima kasih Akhmar. Selamat maju jaya.

      Dan Salam Lebaran.

  4. Assalamualaikumwrm wbt…

    Cikgu Bad, saya ex-uniti sesi 2000-2003. Saya nak cadangkan agar bahagian akademik menjemput ex-uniti yang berjaya seperti Saudara Ridhuan Ahmad (BKSKK), Saudara Azizi Ali (BKSKK), Fauziah Yasin (DKTM) dan ramai lagi bagi memberi perangsang kepada pelajar-pelajar UNITI yang ada sekarang…

    Bagi saya , walaupun dahulu kemudahan yang ada tidak seperti sekarang, saya berasa amat bersyukur kehadrat Ilahi.. kerana ia mengajar saya memanfaatkan masa untuk dibahagikan antara akademik, ko-kuriulum , pengisian rohani dan sebagainya…di bumi UNITI lah saya memperolehi banyak ilmu dunia dan akhirat..

    Kepada bekas pensyarah yang pernah mengajar saya dahulu, moga Allah membalas jasa kalian.. Alangkah sejuknya hati bila melihat kembali UNITI seperti dahulu… pelajar2nya menghormati ilmu dan pensyarah.. selain menjaga tatasusila sebagai pelajar dan khalifah di muka bumi…kerana saya yakin, adab sebagai pelajar, anak dan hamba Allah saling berkait antara satu sama lain.

    • ‘Alaikumsalam Uniti in my Heart,

      Terima kasih kerana menyinggah dan memberi cadangan yang baik itu. InsyaALlah cadangan itu akan dipanjangkan kepada pihak yg berkenaan untuk dipertimbangkan.

      Alhamdulillah sdri mendapat taufiq dan hidayahNya di Uniti. Tapi tidak semua pelajar ‘senasib’ dgn sdri. Pelajar sekarang lagi banyak ragam dan jenisnya. Memang benar ada kemerosotan budi dan miskinnya nurani di kalangan pelajar sekarang. Ini adalah fenomena nasional.

      Dengan jumlah pelajar mencecah 1300 orang ia memberikan cabaran lebih besar kepada pensyarah Uniti sekarang – utk mendidik mereka. Moga ALlah memberikan kekuatan kepada kami bagi menjalankan tgjwb ini.

  5. Siapa Zainal Abidin ni, alumni KU jugak ke? Kenapa tak KU kontek x-student yang dah berjaya n berkerjaya dan buat segmen “Qudwah” kat blog ni? ok kan?

    • Saya sendiri tidak mengenali saudara Zainal Abidin. Beliau hanya kirim berita dan komentarnya mengenai seorang bekas pelajar Uniti yang berjaya di United Kingdom.

      Cadangan sdr utk mewujudkan segemen qudwah memang telah ada. Ia hanya menunggu masa utk diterbitkan. Halangannya ialah utk mendapatkan maklumat tentang status bekas pelajar Uniti sekarang. Kita hanya dapat siarkan berita mereka yg secara sukarela menghubungi kolej. Mungkin setelah ‘Alumni Uniti’ ditubuhkan masalh ini dapat diatasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s