Peringatan Peperiksaan Akhir Sem Ogos 2009


Dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir Semester Ogos sesi 2009/10 akan berlangsung selama 3 minggu mulai 16 November ini.

Jadual Peperiksaan Akhir Sem Ogos 2009/10 akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini.

HEA Kolej Uniti

Advertisements

Kemahiran Insaniah – Keperluan Wajib Dunia Pekerjaan Hari Ini


Pendidikan negara hari ini tidak lagi terjurus kepada kandungan ilmu semata-mata. Manakala hakikat kebanyakan pusat pendidikan negara masih menekankan kepada pencapaian akademik (exam-oriented), pihak kerajaan – sejak beberapa tahun kebelakangan ini – telah menggesa agar pendidikan yang ditawarkan memasukkan elemen Kemahiran Insaniah atau Soft Skill.

Pendekatan lama yang menekankan kepada pembinaan daya kognitif tinggi sebenarnya adalah tempang. Ia bahkan mencanggahi Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat membangunkan kesemua empat elemen insan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Justeru, adalah wajar pihak kolej juga mula beralih ke arah pendidikan yang bersifat holistik ini bagi menyediakan para pelajarnya dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan keperluan pasaran kerja semasa.

Continue reading

Ibu Cik Idayu Kembali ke Rahmatullah


Dukacita dimmaklumkan bahawa ibu kepada Pegawai Sumber Manusia Kolej Uniti iaitu Cik Idayu bte Sahat telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Jenazah ibu beliau akan dikebumikan sebelum zohor di tanah perkuburan Kg Tedung, Melaka.

Warga Uniti mengucapkan takziah di atas pemergian ibu cik Idayu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham.

Foto-foto Warga Uniti dari Lensa Kamera Nikon D40X


Sila klik di sini (Album Jamuan Hari Raya Eidil Fitri dan Anugerah Pelajar Cemerlang 09) untuk menatap wajah-wajah dan aksi anda yang sempat dirakam oleh lensa kamera cikgubad semasa majlis Jamuan Raya ‘Eidil Fitri dan Anugerah Pelajar Cemerlang 15 Okt lalu.

Berikut adalah sekeping foto pilihan cikgu Bad untuk tatapan pengunjung blog ini.

DSC_8774_resize

Manakala foto-foto bagi persembahan pelajar DPS 3 untuk memenuhi syarat lulus kerja kursus DPP2112 Aktiviti Fizikal Pelajar pada 14 Okt lalu boleh ditatap di dalam album Persembahan Pelajar DPS 3.

Berikut adalah sekeping lagi foto pilihan dari album tersebut.

DSC_8637_resize

Kepada yang berminat untuk menempah gambar tersebut sila berhubung dengan cikgu Bad dengan memberikan nombor siri gambar tersebut, misalnya DSC_7001.

Pelajar DPS Sem 3 Beraksi..


Semalam 14 Oktober telah berlangsung persembahan pelajar-pelajar DPS Sem 3 sebagai menyempurnakan sebahagian keperluan kerja kursusĀ  DPP2112 Aktiviti Fizikal Peringkat Awal Kanak-kanak di Uniti Village.

Cukup digambarkan betapa meriah dan menyeronokkan pertunjukan tersebut dengan sekeping foto pilihan di bawah.

DSC_8593_resize

Laporan lanjut akan menyusul kemudian.

CUTI DEEPAVALI


MEMO HEA UNITI
14 Oktober 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kolej telah bersetuju untuk memberi cuti khas sempena Perayaan Deepavali dari 16 hb (Jumaat) hingga 20 Oktober 2009 (Selasa) kepada pelajar berketurunan India kecuali bagi pelajar India Semester 1 Mei yang jadual peperiksaan akhirnya jatuh pada mana-mana hari cuti tersebut.

Bagi pelajar-pelajar lain semua aktiviti akademik (kuliah/tutorial/ujian) akan berjalan seperti biasa.

Penolong Pendaftar Akademik Kolej Uniti

Penolong Pendaftar HEP dan Pengarah Yayasan Uniti yang Baru


Berkuatkuasa mulai 1 Oktober lalu, En Rizal Razak telah dilantik ke jawatan Penolong Pendaftar HEP Kolej Uniti. Manakala En Saiful Abd Shukor pula dilantik menjadi Pengarah Yayasan Uniti.

Pihak kolej dengan ini mengucapkan tahniah kepada mereka berdua di atas pelantikan ke jawatan penting ini. Moga mereka berdua dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh bertanggungjawab, efektif dan efisyen.

Pengurusan Uniti

ENGLISH DAY – Be Prepared.


MEMO From CEO’s Office
5 October 2009

To All Students and Staff

ENGLISH DAY

Realizing the importance of the English language in today’s world, the college has decided to allocate one day a week as ENGLISH DAY. The main objective is to make Warga Uniti more proficient in spoken English.

All students and staff are require to use English every Wednesday starting November.

Any staff who does not use English on that day will be fined RM0.50 per day.

Everyone’s co-operation is needed to make this programme a success.

Thank You.

TN HAJI MOHD ZAYED BIN SULAIMAN
Cheif Executive Officer