Kemahiran Insaniah – Keperluan Wajib Dunia Pekerjaan Hari Ini


Pendidikan negara hari ini tidak lagi terjurus kepada kandungan ilmu semata-mata. Manakala hakikat kebanyakan pusat pendidikan negara masih menekankan kepada pencapaian akademik (exam-oriented), pihak kerajaan – sejak beberapa tahun kebelakangan ini – telah menggesa agar pendidikan yang ditawarkan memasukkan elemen Kemahiran Insaniah atau Soft Skill.

Pendekatan lama yang menekankan kepada pembinaan daya kognitif tinggi sebenarnya adalah tempang. Ia bahkan mencanggahi Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat membangunkan kesemua empat elemen insan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Justeru, adalah wajar pihak kolej juga mula beralih ke arah pendidikan yang bersifat holistik ini bagi menyediakan para pelajarnya dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan keperluan pasaran kerja semasa.

Kenyataan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia berikut harus menyedarkan bakal graduan Kolej Uniti.

Deputy Human Resource Minister (2007)

“Lack of soft skills is largely responsible for the difficulty faced by some 90,000 young people in finding employment in Malaysia”.

Di Amerika Syarikat, tinjauan ke atas ciri-ciri yang dicari oleh majikan (Staszet al., 1996) adalah seperti berikut :

“(i) employers are often more concerned about soft skills or attitudes rather than technical knowledge or competencies.
(ii) employers and workers consider skills such as problem solving, communication and ability to work in teams as increasingly important for workplace success.”

Biarpun tinjaun ini dibuat di negara Barat namun dapatannya bersifat sejagat. Ini benar dalam dunia dengan cabaran globalisasi hari ini.

Bersediakan pelajar Uniti dengan cabaran di luar sana? Ilmu yang dikutip dalam bilik kuliah sebenarnya tidak mencukupi. Ia lebih menguji kebolehan kognitif. Apatah lagi jika pendekatan Pnp bersifat sehala dan pasif. Pelajar pula reseptif dengan input diberi.

Maka, keputusan peperiksaan tidak boleh menggambarkan secara menyeluruh keupayaan kemahiran insaniah jika elemen tersebut masih tidak dimasukkan dalam silibus semua program. Juga tenaga pengajarnya tidak didedahkan dengan ilmu dan kemahiran insaniah itu sendiri.

Pandangan Moderator

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s