PENDAFTARAN PELAJAR SEMESTER 2 (NOV) SESI 2009/10


01 Disember 2009

Untuk makluman semua pelajar, tarikh pendaftaran bagi Semester 2 (Nov) Sesi 2009/10 adalah seperti berikut :

Bil Program Tarikh Masa
1 Program Usahasama UiTM : DBS dan DIA 28 Dis 2009 / Isnin 9.00 pagi – 5.00 ptg
2 Program Usahasama UPM : DKTM 29 Dis 2009 / Selasa
3 Program UNITI : DPS 04 Jan 2010 / Isnin

05 Jan 2010 / Selasa

4 Program UNITI : DSK, DCN dan DPI 06 Jan 2010 / Rabu
5 Program UNITI : DPP & DPA 07 Jan 2010 / Khamis

Semua urusan pendaftaran akan dijalankan di pejabat baru Kolej Uniti iaitu di Bangunan Akademik Uniti Village mengikut tarikh dan masa serta program yang telah ditetapkan.

Denda lewat mendaftar sebanyak RM50.00 akan dikenakan kepada pelajar selepas dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Sebarang masalah untuk pendaftaran akibat kegagalan mematuhi arahan di atas hanya akan menimbulkan kesulitan bagi pihak kolej dan juga pelajar sendiri kelak. Justeru, jika ada masalah berhubung dengan pendaftaran ini pelajar perlulah menghubungi Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (KRP) di talian 06 6610517.

SITI FATIMAH BINTI HARUN
Ketua Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (KRP)

Advertisements

Memo UKP tentang pinjaman PTPN


Assalammualaikum WBT…

Bersama ini disertakan surat panggilan perjumpaan pelajar dengan pegawai PTPTN & senarai nama pelajar yang terlibat bagi perjumpaan dengan pegawai PTPTN untuk proses pengambilan agreement PTPTN & cap jari pelajar sendiri.

Sila rujuk nama anda terlebih dahulu, Pelajar yang tersenarai di dalam Senarai nama bagi
( PROGRAM DPS, DBS DAN DIA ) DIWAJIBKAN menghadirkan diri untuk perjumpaan dengan pegawai PTPTN bertempat di DEWAN BESAR KOLEJ UNITI.

PERINGATAN !!!
Sila bawa KAD PENGENALAN anda & PEN YANG SAMA sewaktu menandatangani agreement PTPTN sebelum ini.

Cik Nurul Intan Zafirah Ramli
Unit Kewangan Pelajar (UKP)

Sila klik pada surat di bawah untuk imej yang lebih jelas.

Continue reading

Sukan IPTIM 2009


Kolej Uniti akan menyertai pesta sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM)  dari 3 hingga 7 Disember ini, bertempat di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Moga delegasi Uniti akan menempa kejayaan dalam acara sukan yang disertainya. Amin

HEP Kolej Uniti

Notis Perpindahan Pejabat Kolej Uniti Pasir Panjang


Pejabat Kolej Uniti di Pasir Panjang telah berpindah ke pejabat barunya di Uniti Village, Tanjung Agas. Sehubungan dengan itu segala urusan pejabat dan kewangan pelajar hendaklah dibuat di pejabat baru tersebut. Pejabat lama di Pasir Panjang telah pun ditutup untuk sebarang urusan dengan pelajar.

Untuk menghubungi pejabat Kolej Uniti sila dail 06 6610519 atau 06 6610515. Nombor lama 06 6619211 masih berfungsi tetapi tidak boleh melayan sebarang persoalan tentang Kolej Uniti.

Harap maklum

Pengurusan Kolej Uniti