PENDAFTARAN PELAJAR SEMESTER 2 (NOV) SESI 2009/10


01 Disember 2009

Untuk makluman semua pelajar, tarikh pendaftaran bagi Semester 2 (Nov) Sesi 2009/10 adalah seperti berikut :

Bil Program Tarikh Masa
1 Program Usahasama UiTM : DBS dan DIA 28 Dis 2009 / Isnin 9.00 pagi – 5.00 ptg
2 Program Usahasama UPM : DKTM 29 Dis 2009 / Selasa
3 Program UNITI : DPS 04 Jan 2010 / Isnin

05 Jan 2010 / Selasa

4 Program UNITI : DSK, DCN dan DPI 06 Jan 2010 / Rabu
5 Program UNITI : DPP & DPA 07 Jan 2010 / Khamis

Semua urusan pendaftaran akan dijalankan di pejabat baru Kolej Uniti iaitu di Bangunan Akademik Uniti Village mengikut tarikh dan masa serta program yang telah ditetapkan.

Denda lewat mendaftar sebanyak RM50.00 akan dikenakan kepada pelajar selepas dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Sebarang masalah untuk pendaftaran akibat kegagalan mematuhi arahan di atas hanya akan menimbulkan kesulitan bagi pihak kolej dan juga pelajar sendiri kelak. Justeru, jika ada masalah berhubung dengan pendaftaran ini pelajar perlulah menghubungi Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (KRP) di talian 06 6610517.

SITI FATIMAH BINTI HARUN
Ketua Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar (KRP)

28 comments on “PENDAFTARAN PELAJAR SEMESTER 2 (NOV) SESI 2009/10

  1. assalamualaikum…saya ingin bertanya, kenapa dalam portal uniti ini tiada senarai yuran bagi setiap sem. ianya akan menjadi satu masalah bagi lepasan spm untuk membuat permohonan dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang pembayaran yuran dan sebagainya. harap yang berkenaan dapat memberi penjelasan. sekian,terima kasih.

    • Wa’alaikumsalam ‘Ingin Bertanya’,

      Sdr/i hanya boleh mendapatkan maklumat yuran tersebut dgn menghubungi terus pihak Kolej UNITI – 06 6619211. Maklumat yuran biasanya tidak dipaparkan di laman web.

      Mohon agar sdr/i menghubungi pihak kolej untuk mendapatkan penjelasan. Terima kasih kerana bertanya.

  2. asalamualaikum..
    hye ckgu bad..??
    chat..??
    uhm……
    cda na tnye…
    npe cda kol kolej bertanyakan tentang hal keputusan exam kami mreka ta kasi..
    mreka kate tgu mse daftar..
    sedangkan ckgu bad ade kate yg kite bule tau smgu sbelum mendaftar..??

    • Salam cdamoshi,

      Memang benar pelajar boleh mengetahui keputusan peperiksaan sem lepas melalui telefon. Itu sudah menjadi amalan pihak kolej selama ini.

      Namun, cikgu difahamkan oleh pihak HEA bahawa mereka menghadapi masalah sistem. Justeru, buat masa ini pelajar diminta bersabar sehingga hari pendaftaran minggu depan.

      Pihak HEA memohon maaf di atas kesulitan yang tidak dijangkakan ini.

      Moga sdri memahami situasi yang sedang dialami pihak HEA kini.

      Wassalam

  3. salam…cikgubad… sy pening lah… mcm mane ni… surt hanta ade tunggakan 7ribu lebh… tekejut papa sy.. klau tk bayar tk boleh teruskn belajar… sush lah mcm ni… sy ni bukan nye anak owg kaye… boleh bayar sakali 7ribu… lg satu pihak kolej ckp ptptn sy panggilan ke-3… tp tak de pun… sush lah.. tolong lah bantu…

    • Salam Fid_Kluang,

      Seperti yg telah dijelaskan mengenai masalah serupa sebelum ini, masalah kewangan pelajar akibat ketiadaan penaja atau belum lulus permohonannya boleh dirundingkan untuk mencari jalan keluarnya dengan pihak UKP. Pihak UKP masih ada budi bicara dalam soal bagaimana pelajar boleh melunaskan hutang tertunggaknya. Tidak pula saya dengar bahawa UKP meminta bayaran sebesar RM7000 hanya dengan sekali bayar sahaja. UKP memahami kemampuan kebanyakan keluarga pelajar. Nasihat saya bawalah berunding dengan UKP secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga saat-saat terakhir kerana ia pasti akan menyulitkan lagi keadaan yang sudah sedia sulit.

      Tentang pinjaman PTPN atau MARA juga, keputusan di tangan penaja yang berkenaan. Kadang-kadang pelajar atau penjaga tidak memahami perkara paling asas ini lalu menyalahkan pihak UKP atau kolej apabila permohonan pinjamannya tidak diluluskan. Pasti ada syarat-syarat tertentu yang gagal dipatuhi oleh pemohon hingga ia lambat diproses. Adalah lebih baik jika pelajar selalu merujuk kepada UKP apabila permohonannya masih tergantung atau belum lagi diluluskan oleh penaja.

      Sementara itu Fid_kluang bersabarlah. Nasihat saya sekali lagi berundinglah dengan pihak UKP agar masalah sdr dapat diatasi secepat mungkin.

      Selamat mendaftar.

  4. assalamualaikum… sy syira ingin bertanya tentang pinjaman mara yg dahulunye kata dibekukn atas sb2 tertntu.. kini, adakah pinjaman mara tu akn dpt atau x… sy da buat permohonan pnjaman ptptn dan mara.. semasa sy sem 1, sy cuma dpt advance dri mara .. dan seterusnya semasa hendak memasuki dewan peperiksaan, kne byr dulu yuran pendaftaran tu… so, memandangkn sy telah pun membyr, dptla sy memasuki dewan peperiksaan tu.. soalnye skrg, smpai bila sy akn dpt keputusan sama ada sy dpt pinjaman dri ptptn @ mara atau pun tak… skrg nie sy dpt surat dri kolej yang mngatakn ada lgi tunggakkn yg perlu dibyr.. tunggakn sem 1 , sy kne byr dlm rm 3ooo lbih… dan juga tunggakn sem 2 rm 4ooo lbih… apa smue nie.. sedangkn sy belum dpt ape2 pinjaman tuk byr semua ni.. sy xakn dpt msuk kuliah kalau sy xjelaskn byrn sebyk tu ke? mana sy nk cri duit tuk byr semua tu.. sy harap boleh la membyr secara ansuran dulu melalui rayuan… byk duit sy perlu gune bukan setakat tu je… harap paham la pe yg sy bg taw nie…

    • Salam Syira,

      Cikgu mencadangkan agar Syira merujuk isu ini kepada Ck Intan selaku pegawai UKP yg bertanggungjwb menguruskan pinjaman pljr. Barangkali apabila permohonan pinjaman masih belum diluluskan ia mesti ada masalah di sana sini. Perlu diingat bahawa kelulusan permohonan adalah di tangan MARA/PTPN bukannya kolej Uniti. Kolej Uniti melalui UKP hanya mengurus dan memajukan borang permohonan kepada pihak penaja dan tidak pun mempengaruhi pertimbangan dan keputusan penaja untuk melulus atau sebaliknya permohonan tersebut.

      Penyata kewangan menyatakan status bayaran dan hutang pelajar selama ia belajar di Kolej Uniti. Apapun, bukanlah menjadi polisi atau amalan Uniti utk menghalang pelajar dari menduduki peperiksaan akhir jika masih hutang tertunggak. Ini terbukti apabila tiada seorang pun pelajar yang masih ada hutang tertunggak dihalang menduduki peperiksaan akhir setelah rayuan pelajar diluluskan.

      Pelajar perlu memahami bahawa peraturan sebegini perlu dibuat bagi mendisiplinkan dan mengingatkan pelajar akan tanggungjawab melunaskan bayaran pengajiannya. Ia kelihatannya menyusahkan pelajar. Tetapi adakah pihak kolej perlu mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja hanya untuk memudahkan pelajar menduduki peperiksaan ?

      Cikgu percaya isu kewangan sdri boleh dirundingkan dengan pegawai berkenaan. Jika sdri perlu membayar secara ansuran sdri boleh membuat permohonan bertulis kepada CEO kolej melalui UKP.

      Selamat mendaftar Syira.

    • Salam Halifah,

      Sudah menjadi amalan UKP kolej bahawa pelajar yg masih belum melunaskan hutangnya pelajar tersebut tidak akan diberikan salinan keputusan peperiksaan. Pelajar bagaimanapun boleh mengetahui keputusannya daripada bahagian HEA (Pn Syikin) melalui pemakluman sahaja.

      Harap maklum Halifah.

  5. salam..sy ign berkongsi makluman sedikit..pihak kolej sudi memberi ruang kepada sesiapa yang ingin datang awal ke kolej sebelum taikh pendaftaran..pihak kolej juga akan memberikan tempat penginapan..akan tetapi sy kurang pasti same ade kite boleh terus letak barang keperluan kt bilik tersebut atau tidak..sesiapa ada maklumat baru boleh la kongsi bersama…

  6. emm…lmbt kna dnde???duit2…mcm2 mslh…adk2 bru nk bke skola…sush la klu nk blik dftr awl…ayh mst sbuk dgn persiapan tok adk2 nk skola…yg bru nk msuk skola menengah…kna uruskn mcm2 hal…mslh ptptn plak ntah ape cite pun x tau…management very bad…emmm yang kna pelajar jgk…klu tau la mcm nie akn jd xkn sy dftr nme kat UNITI…

    • Salam sdri Butterfly,

      Bukan pihak kami tidak mahu memahami masalah sdri dan keluarga, namun peraturan tidak berniat utk menyusahkan pelajar. Ia adalah amalan lazim bagi mana-mana IPTA dan IPTS bagi mendisiplinkan pelajar agar sistem pentadbiran dan pengurusan berjalan dengan licin. Cubalah sdri semak peraturan dan denda bila daftar lewat di IPTS dan IPTA lain.

      Masalah sdri bukanlah suatu yg asing. Ramai juga pelajar lain yg alami masalah serupa. Namun, tidak mungkin pihak kolej dapat mengikut ‘jadual’ dan mengambil kira semua masalah pelajar dan keluarganya untuk menentukan tarikh pendaftaran sem baru. Perlu diingat tarikh-tarikh penting ini tidak dipilih dan ditetapkan sembarangan. Bagi porgram UPM dan UiTM sendiri Uniti mesti mengikut takwim akademik yg ditetapkan IPTA tersebut. Justeru, pelajar wajar mencari jalan keluar kepada masalah yg dialami tanpa perlu menyalahkan pihak lain – dalam kes ini pihak kolej.

      Dalam respons kami kepada masalah serupa sebelum ini (sila rujuk respons tersebut) pelajar dinasihatkan agar memaklumkan kpd KRP jika tidak dapat mendaftar pada tarikh dan masa yg telah ditetapkan. Saluran dan ruang itu dibuka kepada sdri utk dimanfaatkan. Maka, adalah keterlaluan utk menghukum pengurusan kolej sekarang ‘very bad’.

      Jika sdri beranggapan adalah menyulitkan belajar di Uniti, itu tidak semestinya kerana semata-mata kelemahan pengurusan kolej. Barangkali – sebagaimana yg pernah terjadi sebelum ini – masalah berpunca dari pelajar sendiri yang percaya ia berhak mendapat segala kemudahan bertaraf IPTS 4-5 bintang. Apatah lagi pelajar ini menyangka dia mempunyai segala kebebasan utk menentukan apa yg patut dan tidak patut ia dapat dan lakukan di IPTS.

      Percayalah Butterfly seseorang tidak berjaya semata-mata kerana kemudahan, sistem dan prasarana canggih. Akan tetapi kerana sikap dan kebolehan menyelesaikan masalah dalaman dan luaran secara kritis dan kreatif. Merungut tanpa alasan dan hujah yg kukuh hanya menunjukkan sikap suka mencari kesilapan pihak lain. Masalah di Uniti benar wujud. Namun tidak semua pihak dan jabatan atau lembaga di Uniti ini boleh sdri hukumkan bermasalah. Sdri masih boleh mendapat kebaikan yg banyak dari pergaulan dan hubungan baik dengan para pensyarah.

      Kami persilakan sdri agar menghubungi KRP untuk menyelesaikan masalah sdri.

      Walaubagaimanapun kami berharap sdri telah membuat keputusan yg betul dengan memilih untuk belajar di Uniti. Namun jika sebaliknya sdri mempunyai segala hak dan kebebasan utk memikirkan semula masa depan sdri di kolej yg tidak sepertinya. Kami mohon maaf jika perkhidmatan kami pernah menyulitkan sdri dan tidak memenuhi jangkaan sdri selama ini.

      Uniti pernah mempunyai dan melahirkan antara pelajar terbaik di negara ini. Pada masa lain pula Uniti juga pernah mendaftarkan dan mengajar pelajar-pelajar yang sarat masalah. Mereka ni tidak menjadi dan tercicir di tengah jalan. Harapnya sdri ditakdirkan Allah untuk menjadi pelajar yang solehah dan akhirnya berjaya dlm akademik wlpn dihimpit masalah hidup. Sdri perlu menjadi seseorang yang dibanggakan kolej dan juga keluarga.

      Moga Allah memberi hidayah kepada sdri dan kami juga agar masing-masing dapat menunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Amin

      Wassalam

    • kite dah besa so kite kenelah pk positif..jgn pandai nak hentam owng je..lau kita tak boleh datang time pendaftaran datang la sebelum tarikh pendaftaran..tak salah..jika pihak kolej nak halau anda..die tak de hak sebb kite pelajar kolej uniti..mmg la pengurusan ade slow sikit tp kita kene tahu siapa yang wat pengurusan jd slow..jika pejabat mintak pelajar beri kerja sama..bg la..jgn la pentingkan diri..mgkn slh seowng pelajar yg borang or butir peribadi tak lengkap so pihak kolej kenelah tunggu..untuk berikan keadilan..so kite kenelah bekerjasama dengan pihak kolej..selalu bertanya..jgn malu nk bertanya ok

  7. assalamualaikum en. bad…
    apa khabar??
    emm..en. bad, saya kelirulah..
    tarikh kemasukkan pendaftaran yang diumumkan tu bkan hanya untuk pendaftaran semester 2 je???
    atau tarikh 2 diumumkan untuk pelajar semester lain juga kecuali semester 1??
    setahu saya pendaftaran pelajar berbeza tarikhnya mengikut semester kan??
    tapi xtau la plak untuk pendaftaran kali ini da berubah plak sistemnya….
    leh x en. bad berikan penjelasan yang sebetulnya???
    thanks en.bad.
    assalamualaikum……

    • Salam Amira,

      Tajuk entry ttg pendaftaran mungkin agak mengelirukan sdri. Istilah ‘Semester 2 (Nov)’ merujuk kepada semester yang kedua untuk Sesi Akademik 2009/10 dan bukannya khusus untuk pelajar semester dua sahaja. Penamaan semester setiap sesi akademik sekarang adalah mengikut nombor iaitu semester 1 (pertama) dan semester 2 (kedua). Penamaan ini berulang untuk setiap sesi.

      Adapun pelajar adalah mengikut semester semasa ia berada. Misalnya jika sdri akan masuk semester kelima program sdri, maka sdri adalah pelajar sem 5 dalam semester 2 sesi akademik 2009/10.

      Harap penjelasan ini memuaskan hati sdri.

      Wassalam

  8. salam cikgubad… bagai mana hendak tahu keputusan pelajar-pelajar dps… maksud saya yang sedia dengan nama dan pointer… saya takut lah… tolong cikgubad??

    • Salam Nor Firdaus,

      Keputusan peperiksaan tidak disiarkan dalam blog ini. Surat juga tidak akan dikirim kepada pelajar. Sila rujuk jawapan saya sebelum ini kepada Dak Pening untuk gambaran lebih jelas.

      Sekarang adalah masanya untuk berdoa dan bertawakal kepadaNya di atas segala usaha sem lepas. Moga sdri lulus dengan cemerlang. Amin

  9. salam cikgu bad trima kaseh sbb rply.bukan pe sy kcewa la…pasal ari tu surat sy smpai lmbat.nasib la sy kat kl…snang sket nk blik..bkan pe…pasal ptptn ayah sy marah sy pastu mk sy pun kena marah ngan ayah sy…pihak kolej ni macam-macam katanya.saya mintak maaf la banyak ye..

    • Salam sdri Dak tension,

      Pihak kolej memahami masalah sdri. Ia berlaku kerana kelemahan pengurusan dan keputusan yang lambat dibuat untuk mengirim surat kepada pelajar pada masa itu. Menyedari masalah yg boleh berulang kali ini pihak KRP telah mengirim surat pemakluman pendaftaran sem baru lebih awal. Moga masalah sama tidak lagi berlaku selepas ini.

      Kepada sdri kami ucapkan selamat mendaftar.

      Wassalam

    • Salam sdr Dak Pening,

      Keputusan akhir ujian hanya boleh diketahui dengan dua cara. Pertama, pelajar menelefon sendiri Bahagian HEA (sambungan kepada Pn Syikin). Namun pelajar hanya boleh menelefon seminggu sebelum pendaftaran. Ini kerana keputusan ujian akhir Sem Julai/Ogos sekarang masih belum diperolehi. Ia perlu menunggu kelulusan Majlis Senat Uniti terlebih dahulu.

      Kedua, pelajar mengambil keputusan tersebut semasa pendaftaran sem baru nanti.

      Suka dimaklumkan bahawa slip keputusan akhir tersebut hanya boleh diambil pelajar dengan syarat tiada hutang tertunggak dengan UKP.

      Semoga sdr berjaya dalam ujian akhir sem lepas.

    • Salam Nurul,

      Tarikh kemasukan (pendaftaran) ini adalah untuk semua pelajar lama kolej Uniti dari Sem 2 hingga Sem 6. Bagi pelajar Sem 1 (pelajar baru) pendaftarannya dibuat secara berasingan.

      Selamat mendaftar Nurul.

  10. ah…x hbis2 denda2…ingt pe…owg dftar lwat pn sbb pe ayh kje…xfikir ke…sape yg nk antr…dh la jauh pkir psal ksulitan phak klej ksulitan kmi??? de pikir? ayh kene antar srat cuti la pe la..adui…ssah btol la..pape pn.. sowi la…sy hnya mluahkan rsa tdak puas hati…hrap phak klej b’timbang ase ok….jgn nk denda je…nanti mak ayh kiteowg yg mara kteowg bkn phak klej…mcm hal ptptn…

    • Salam dak tension,

      Sdr/i berhak utk marah atau kecewa di atas perkhidmatan kolej kpd pljr. Namun, utk emosional spt luahan sdr/i tidak juga akan selesaikan masalah yg melanda. Selalunya kita sering melihat dari sudut pandangan dan pengalaman kita. Maka yang selalu nampak ialah salah sebelah pihak atau pihak lain.

      Peraturan tetap peraturan – sebagai satu bentuk atau mekanisma kawalan agar perjalanan suatu pelan, projek, operasi dan pentadbiran berlaku dgn lancar. Menyusahkan ? Semua peraturan akan jadi menyusahkan hanya kepada mereka yg susah mengikut peraturan atau yang ingin bebas mengikut pilihan atau kehendak mereka.

      Tidak dinafikan kesilapan boleh dan pernah dilakukan oleh pihak kolej akibat perancangan yang tidak kemas dan sebagainya. Namun, kita belajar dari kesilapan lalu dan selalu mengambil sikap responsif di atas aduan dan komen pelajar demi kebaikan semua pihak. InsyaALlah pihak kolej sedang dalam inisiatif menambah baikkan perkhidmatan dan sistem penyampaian kepada pelajar.

      Berkaitan dengan isu PTPN (jika mengenai panggilan pertemuan dgn pegawai PTPN) pelajar perlu faham bhw keputusan itu bukan datang dari kolej tetapi dari pihak penaja sendiri. Ia adalah di luar bidang kuasa kolej. Kesulitan yg timbul bukanlah disengajakan.

      Tentang denda yg akan dikenakan ia adalah keputusan terbaru bagi mengingatkan pelajar agar tidak mengambil mudah dan mengambil sikap ‘suka-suka’ nak datang mendaftar. Sebelum ini memang kedapatan pelajar-pelajar yang tidak ambil peduli tentang pendaftaran kursusnya. Justeru, pihak KRP berharap dengan menaikkan kadar denda ia akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar berkenaan agar tidak mengulangi sikap tersebut.

      Namun, jika pelajar tidak dapat datang mengikut jadual pendaftaran bukankah ada salurannya utk sdr/i gunakan utk menyatakan permasalahan sdr/i. Asalkan alasan itu munasabah dan diakui betul pihak KRP boleh mempertimbangkan permohonan utk mendaftar lewat atau dtg lebih awal. Tetapi kebenaran adalah mengikut kes bukan suatu ketetapan umum.

      Tarikh pendaftaran telah diberitahu kira-kira 3 minggu lebih awal melalui blog ini. Pemakluman ini bukan dibuat sehari dua sebelum hari pendaftaran sehingga memberikan kesulitan kepada pihak pelajar dan penjaganya. Justeru, bukankah mulai sekarang penjaga sdr/i dak tension dan yg lain-lain juga sudah boleh merancang utk mengambil cuti!

      Adakah semua kesilapan atau kelemahan atau masalah pelajar perlu ditanggung pihak kolej?

      • salam..cikgu bad..lau book bilik awal boleh ke???al-maklumlah kenderaan takde..so susah nak datang seperti time yang ditetapkan..andai kate saya datang kolej lebih awal..adekah pihak kolej akan menghalau sy seperti sem lepas yang berlaku kpd kwn sy????hope cikgu bad dpt membantu menyelesaikan masalah saya..dan satu lg pertanyaaan..budak sem bape yang kene tinggal kat exora permai???2 pown lau adelah..thnx sbb ade tempat utk bercerita tentang kolej..nak harapkan website dri sy sem 1 samapi sekarang takde perubahan pown…hope kerap2 la update..baru meriah..

        • Salam Anep,

          Terima kasih kerana mengajukan masalah ini. Cikgu akan panjangkan perkara ini kepada KRP dan Bahagian Asrama untuk mendapatkan respons mereka.

          Cuma suka cikgu mengingatkan Anep dan para pelajar lain bahawa jika keizinan diberi oleh pihak berkuasa berkenaan ia bukanlah suatu polisi atau ketetapan umum atau kemudahan yg boleh dinikmati semua pelajar. Ini penting untuk menjamin pengurusan dan pentadbiran asrama dijaga dengan baik dan secara teratur.

          Berkenaan dengan penempatan semula ke Ixora Permai – setakat ini belum ada keputusan rasmi yang boleh dimaklumkan kepada pelajar. Ia hanya menjadi khabar angin yang perlu ditentusahkan oleh pihak yang berkenaan. Buat masa ini semua pelajar saya andaikan akan masih ditempatkan di Uniti Village sehinggalah ada circular yang menyatakan sebaliknya dari pihak asrama.

          Harap maklum.

          Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s