Kaunselor Uniti (Dikemas kini)


Diperkenalkan kepada semua pelajar Uniti Cik Masliayana binti Kamas, kaunselor baru Kolej Uniti. Beliau telah memulakan perkhidmatannya sejak 2 minggu yang lalu.

Untuk mendapatkan bimbingan nasihat dan kaunseling, pelajar boleh membuat temujanji dengan beliau di pejabatnya bersebelahan perpustakaan Kolej Uniti (pejabat lama Cikgu Bad).

Kaunseling bukanlah untuk pelajar yang bermasalah sahaja (kes rujukan). Ia juga suatu bentuk khidmat untuk mencari pilihan-pilihan hidup yang lebih baik dan praktikal bagi seseorang.

Semua perkongsian antara seorang kaunselor dan klien adalah dijamin kerahsiaannya.

Continue reading

Advertisements

Jawatan Kosong : Pensyarah DPS Uniti (Terkini)


TERKINI 29 JANUARI 2010:
Semua jawatan kosong pensyarah DPS telah pun diisi. Harap maklum.

—————–
Kepada graduan pendidikan awal kanak-kanak / Pra-sekolah / Pendidikan Khas dari IPTA yang diiktiraf kerajaan adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong pensyarah bagi program diploma pendidikan pra-sekolah di Kolej Uniti. Jawatan ini adalah untuk mengisi keperluan semester Januari akan datang.

Continue reading

Bengkel Pemahaman PNG


Satu bengkel pemahaman Purata Nilai Gred (PNG) anjuran Majlis Pembimbing Rakan Sebaya (MPRS) akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 3 Februari 2010 / Rabu
Masa : 8.00 – 10.00 malam
Tempat : Uniti Village (BK akan diberitahu kemudian)
Peserta : Terbuka kepada semua pelajar (pljr sem 1 & 2 wajib)
Keperluan : Bawa slip keputusan peperiksaan, struktur program dan kalkulator

Bengkel ini akan membantu pelajar merancang pembelajarannya berdasarkan ‘ramalan takdir’ keputusan peperiksaan semester semasa dan akan datang.

MPRS

Demo Seni Mempertahankan Diri


Dua demo persembahan seni mempertahankan diri iaitu silat cekak dan taekwando akan diadakan di Uniti Village selepas forum 19 Januari nanti kira-kira jam 10.00 malam.

Selepas itu pendaftaran ahli-ahli baru akan dibuka kepada semua siswa dan siswi yang berminat.

Rebutlah peluang ini untuk melengkapkan lagi sebahagian sisi penting dalam hidup siswa siswi.

Forum ‘Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung’


Semua warga Uniti dijemput hadir ke forum bertajuk ‘Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung’ yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 19 Januari 2010
Tempat : Uniti Village
Masa : 8.00 malam
Penganjur : MPRS dan HEP Uniti

Tajuk forum ini akan dikupas oleh Ustaz Azizee Hasan dan Pn Akma Deena Khalid.

Menghadiri forum ini bermakna mengisi satu sisi penting dalam diri pelajar khususnya iaitu sisi jiwa dan rohani (afektif), selain sisi akliah (kognitif) yang telah pun diperolehi dalam bilik kuliah.

Moga forum pembuka tirai 2010 ini akan membantu pembentukan sikap ‘tradisional tapi tidak kolot, moden tapi tidak kebaratan’.

Kepada semua warga Uniti selamat berforum.

Jawatan Kosong : Pensyarah Bahasa Arab


Kepada graduan dengan kelulusan Bahasa Arab dari IPTA atau IPT luar negara yang diiktiraf kerajaan adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong pensyarah bagi program Diploma Pengajian Islam di Kolej Uniti.

Sila kirimkan resume dan dokumen berkaitan ke alamat Kolej Uniti, Kompleks Uniti, 71250 Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Atau untuk lebih mudah emailkan kepada Pegawai Sumber Manusia, Cik Idayu Sahat di alamat email : idayusahat@yahoo.com.my atau Cikgu Bad di cikgubad@gmail.com.

Kepada sdr/i yang berkelayakan dan mempunyai dedikasi serta komitmen yang tinggi Kolej Uniti mengalu-alukan sdr/i menyertai barisan tenaga pensyarah kami.

Bahagian Sumber Manusia
Kolej Uniti

Keputusan Pesta Sukan IPTIM


Dalam acara sukan bola jaring dan bola tampar dalam pesta sukan IPTIM yang disertai Uniti baru-baru ini, biar pun persaingan agak sengit, Uniti berjaya juga mendapat tempat ketiga dalam kedua-dua acara sukan tersebut.

Mengikut ketua kontinjen Uniti, En Rizal Abd Razak, pasukan bola tampar Uniti berpeluang mendapat naib johan setelah mengalahkan pasukan UIAM. Namun atas sebab ‘teknikal’  Uniti terpaksa akur dengan kedudukan nombor tiga.

Warga Uniti dengan ini mengucapkan syabas kepada kontinjen sukan Uniti di bawah kepimpinan HEP yang baru kerana telah dapat mengharumkan lagi nama Uniti di persada sukan IPTIM.

Sumber : HEP