Status Permohonan Pinjaman MARA Zai?


Saya salin semula kemusykilan seorang pelajar yang bernama Zai mengenai status permohonan pinjaman MARAnya yang masih menjadi tanda tanya yang telah beliau kemukakan di dalam blog personal cikgubad.

Memandangkan ia menjadi satu isu besar di kalangan pelajar maka ia diletakkan sebagai satu entri utama blog hari ini.

Ia kemudian disusuli dengan respons pihak kami.

Continue reading

Advertisements

Akreditasi Penuh MQA untuk DPS 2010 (Mutakhir)


Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah swt, pihak kami mengisytiharkan bahawa program Diploma Pendidikan Pra-Sekolah (DPS) baru sahaja mendapat berita rasmi via surat MQA bertarikh 19 Februari lalu bahawa ia telah dianugerahkan Akreditasi Penuh daripada MQA.

Status ini membuktikan bahawa mutu pendidikan yang diberikan selama ini – setelah hampir 3 tahun beroperasi – kepada pelajar Diploma Pendidikan Pra-Sekolah berada pada tahap dan mutu yang diiktiraf oleh pihak kerajaan.

Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan gigih pasukan tenaga akademik dan pelajar-pelajar DPS semester Julai 2009 lalu.

Continue reading