Akreditasi Penuh MQA untuk DPS 2010 (Mutakhir)


Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah swt, pihak kami mengisytiharkan bahawa program Diploma Pendidikan Pra-Sekolah (DPS) baru sahaja mendapat berita rasmi via surat MQA bertarikh 19 Februari lalu bahawa ia telah dianugerahkan Akreditasi Penuh daripada MQA.

Status ini membuktikan bahawa mutu pendidikan yang diberikan selama ini – setelah hampir 3 tahun beroperasi – kepada pelajar Diploma Pendidikan Pra-Sekolah berada pada tahap dan mutu yang diiktiraf oleh pihak kerajaan.

Kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan gigih pasukan tenaga akademik dan pelajar-pelajar DPS semester Julai 2009 lalu.

Sekalung ucapan tahniah diberikan kepada En. Zakri Md Zin yang telah berjaya memimpin program ini sehingga memperolehi status Akreditasi Penuh MQA. Juga kepada pihak-pihak lain yang telah secara langsung atau tidak menjayakan matlamat dan agenda kolej untuk mendapatkan kelulusan akreditasi penuh MQA ke atas semua program akademik yang ditawarkan di Kolej Uniti.

Sumber :
En. Zakri Md Zin
Ketua Program DPS 2010

4 comments on “Akreditasi Penuh MQA untuk DPS 2010 (Mutakhir)

  1. alhamdulillah…
    penantian yg d tnggu2 tlh mnjadi knyataan…
    semoga DPS lbih maju slps ini…
    =)trma ksih ge pd en.zakri, en.bad dan lec

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s