Hari Potensi KEMAS-UNITI dalam Kosmo


Berita Hari Potensi anjuran bersama KEMAS-UNITI yang diadakan di Kolej UNITI Isnin, 26 April lalu telah disiarkan dalam dalam Kosmo 29 April.

Advertisements

Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS Parlimen Telok Kemang


Pada 26 April lalu bertempat di dewan Kolej UNITI dan bilik-bilik kuliah di bangunan akademik telah berlangsung program HARI POTENSI KANAK-KANAK KEMAS peringkat Parlimen Telok Kemang 2010.

Program besar yang bermula dari 8.00 pagi hingga 2 petang ini ini adalah anjuran KEMAS dengan kerjasama CHESKU, Kolej UNITI.

Semua kanak-kanak Tabika KEMAS dari kawasan Parlimen Telok Kemang telah mengambil bahagian dalam acara-acara yang mencungkil potensi dan bakat mereka seperti kemahiran bercerita, bernasyid, menari, melukis gambar dan sebagainya.

Program ini telah dirasmikan oleh Datin Seri Bibi Sharliza Mohd. Khalid, isteri kepada Datuk Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato’ Hj. Abd Samad.

Program ini telah berjaya menggembeling hampir keseluruhan kekuatan pelajar-pelajar DPS dan bahagian pembangunan kolej.

Kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung, pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih.

Kisah yang Tersurat Kasih Ibu buat Anaknya


Buat semua warga pelajar KU, khasnya pelajar-pelajar baru Kolej UNITI berhentilah sejenak dari aktiviti yang sedang kalian lakukan untuk membaca ¬†‘warkah’ budi, harapan dan doa – lahir dari nurani seorang ibu yang baru melepaskan anaknya ke jagaan Kolej UNITI.

Saya menerima ‘warkah’ ini hari ini, 14 April yang dikirim sebagai komen ke atas entri saya bertajuk ‘Kolej UNITI (KU) : ‘Indah Khabar dari Rupakah’ Ia?’ bertarikh 27 April, 2009 dalam blog personal saya. Saya menyalinnya semula di sini untuk dikongsi dengan semua pengunjung blog ini.

Saya juga menyalin reply saya terhadap ‘warkah’ ibu yang bernama Faridah bte Ibrahim ini.

Titipan yang sarat kasih sayang ini begitu luhur maksudnya. Bacalah untuk anda sendiri memahaminya. Kisah ini ada tersuratnya kasih – dari seorang ibu kepada anaknya.

Moderator Blog

Continue reading

Buku Terbaru Koleksi Baitul Hikmah


Dimaklumkan kepada warga UNITI bahawa Baitul Hikmah hari ini mengeluarkan senarai buku terbaru yang memenuhi koleksi bahan ilmiahnya. Pelajar boleh mendapatkan segera buku-buku tersebut di Baitul Hikmah mulai sekarang untuk tujuan rujukan dan pinjaman.

Untuk mengetahui senarai buku terkini tersebut pelajar dan pensyarah boleh memuaturun fail ‘Buku Baru Baitul Hikmah’ dari Box.net Kolej UNITI. Fail tersebut adalah dalam bentuk pdf.

‘Membaca Jendela Kehidupan’

Sumber :
Pn Shura
Pegawai Sumber Maklumat Baitul Hikmah
UNITI Village

Mesra-Blog


Assalamu’alaikum wrm wbt,

Kepada semua pengunjung blog ini yang telah mengemukakan pertanyaan atau komen berhubung sesuatu isu, diharap dapat memberi kerjasama kepada moderator blog apabila diminta untuk memberikan butiran lanjut misalnya nombor hubungan untuk pihak kami hubungi kemudian jika perlu.

Pihak kami dapati ramai yang mengemukakan pertanyaan tapi tidak memberi respons balas apabila diminta berbuat demikian dalam respons moderator. Ini menyukarkan kami membuat semakan aduan, atau siasatan atau menjelaskan sesuatu kepada anda yang bertanya atau mengadu.
Continue reading

Perakuan Akreditasi MQA untuk DPS


Kepada semua warga DPS disiarkan di sini sijil Perakuan Akreditasi untuk program DPS sebagai bukti bahawa program ini telah mencapai kelayakan dan merit akademik mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh MQA.

Sijil ini telah bertarikh (dikeluarkan) pada 12 Mei 2009 lalu.

Moga tiada lagi persepsi atau tuduhan bahawa DPS tiada pengiktirafan dan seumpamanya. Kepada pelajar atau para penjaga yang dahulunya mempertikai atau tidak percaya kepada program ini hingga mengambil keputusan menarik diri, hari ini anda semua salah. Juga kepada bekas pelajar dan juga (yang paling malang) sesetengah pelajar sendiri, tindakan anda meracuni dan memburukkan program pengajian sendiri adalah suatu yang keterlaluan.

Kerana kenaifan dan emosional ketika menilai dan membuat keputusan dahulu tanpa merujuk kepada bahagian akademik terlebih dahulu, keputusan yang (barangkali) tidak tepat telah dibuat. Sebenarnya ada isu perundangan yang perlu dipatuhi dahulu sebelum sesuatu program baru boleh dinilai untuk mendapat pengiktirafan.

Continue reading

Hari Apresiasi Seni DPS 2010


Kelmarin, 1 April 2010 telah berlangsung Hari Apresiasi Seni DPS dengan kemeriahan di Uniti Village. Program ini telah dirasmikan oleh En Roslan Kamari, selaku COO baru Kolej UNITI.

Program ini menjadi platfom kepada pelajar-pelajar DPS menterjemahkan teori pembelajaran di bilik kuliah ke bentuk praktikalnya. Selain tujuan utamanya untuk mempamerkan karya seni dan muzik Рpertandingan gerak kreatif antara 6 kumpulan DPS Semester 4, program ini juga memberi peluang kepada warga UNITI untuk memahami aspek-aspek keselamatan dan kecemasan Рyang didemonstrasikan oleh pelajar semester 6 dan pengalaman fun-english learning melalui pertandingan choral speaking Рantara 8 kumpulan DPS Semester 2.
Continue reading