Perakuan Akreditasi MQA untuk DPS


Kepada semua warga DPS disiarkan di sini sijil Perakuan Akreditasi untuk program DPS sebagai bukti bahawa program ini telah mencapai kelayakan dan merit akademik mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh MQA.

Sijil ini telah bertarikh (dikeluarkan) pada 12 Mei 2009 lalu.

Moga tiada lagi persepsi atau tuduhan bahawa DPS tiada pengiktirafan dan seumpamanya. Kepada pelajar atau para penjaga yang dahulunya mempertikai atau tidak percaya kepada program ini hingga mengambil keputusan menarik diri, hari ini anda semua salah. Juga kepada bekas pelajar dan juga (yang paling malang) sesetengah pelajar sendiri, tindakan anda meracuni dan memburukkan program pengajian sendiri adalah suatu yang keterlaluan.

Kerana kenaifan dan emosional ketika menilai dan membuat keputusan dahulu tanpa merujuk kepada bahagian akademik terlebih dahulu, keputusan yang (barangkali) tidak tepat telah dibuat. Sebenarnya ada isu perundangan yang perlu dipatuhi dahulu sebelum sesuatu program baru boleh dinilai untuk mendapat pengiktirafan.

Pengajaran dari peristiwa ini ialah para penjaga, pelajar dan pihak yang berkenaan yang terlibat secara langsung dalam pengambilan pelajar – di mana-mana IPTS pun – mesti memahami status atau kedudukan sesuatu program yang ditawarkan di IPT tersebut. Lihatlah dari sudut perundangan, maksud pengiktirafan di sisi MQA dan seumpamanya. Selepas semuanya jelas barulah buat keputusan yang boleh dipertanggungjawabkan kelak.

Kepada pelajar-pelajar DPS yang masih tinggal dan mengambil keputusan untuk terus bersama dengan program ini, kami ucapkan terima kasih kerana telah memberi sokongan dan tahniah juga kerana telah membuat keputusan yang betul.

Kita semua wajib bersyukur di atas pengiktirafan ini. Alhamdulillah. Selepas ini pelajar-pelajar akan menuai hasil daripada penat lelah selama menimba ilmu dalam program DPS yang kian popular ini.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang perkembangan semasa DPS, sila layari blog Ketua Program DPS di sini.

Advertisements

2 comments on “Perakuan Akreditasi MQA untuk DPS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s