Kisah yang Tersurat Kasih Ibu buat Anaknya


Buat semua warga pelajar KU, khasnya pelajar-pelajar baru Kolej UNITI berhentilah sejenak dari aktiviti yang sedang kalian lakukan untuk membaca  ‘warkah’ budi, harapan dan doa – lahir dari nurani seorang ibu yang baru melepaskan anaknya ke jagaan Kolej UNITI.

Saya menerima ‘warkah’ ini hari ini, 14 April yang dikirim sebagai komen ke atas entri saya bertajuk ‘Kolej UNITI (KU) : ‘Indah Khabar dari Rupakah’ Ia?’ bertarikh 27 April, 2009 dalam blog personal saya. Saya menyalinnya semula di sini untuk dikongsi dengan semua pengunjung blog ini.

Saya juga menyalin reply saya terhadap ‘warkah’ ibu yang bernama Faridah bte Ibrahim ini.

Titipan yang sarat kasih sayang ini begitu luhur maksudnya. Bacalah untuk anda sendiri memahaminya. Kisah ini ada tersuratnya kasih – dari seorang ibu kepada anaknya.

Moderator Blog

—————–

Faridah bt Ibrahim
April 14, 2010 at 8:11 pm

Assalamualaikum…

Kepada semua bekas2 pelajar Ku atau yg masih meneruskan pengajian di KU.. Saya ucapkan tahniah… baru semalam (13 April 2010 ) saya mendaftarkan anak sulung saya di sini.

Pertama kali menjejakkan kaki bersama rombongan kami di sini.. Rasa nak balik pun ada kerana panorama nya yang tidak seindah khabar seperti yang diuar-uarkan oleh seorang pegawai yang bertugas mengambil pelajar baru ini… Walaupun demikian kami tetap melangkah dengan hati yang berat kerana pendaftaran telah pun dibuat..

Akhirnya saya pun meninggalkan anak saya di sini demi menuntut ilmu dan cita-cita sebagai pendidik. Sebelum pulang saya saya sempat berpesan kepada anak sulung yang amat dikasihi iaitu Nurul Farhanim.. “Belajar lah nak… walaupun kamu terpinggir dari kemewahan dan keriuhan bandar namun di sinilah kamu akan menuntut apa jua bidang ilmu yang baik”…

Balik.. saya mendokan anak saya semoga dia tabah menghadapi apa jua rintangan yang harus dilalui di sini.. Saya tahu tengok dari keadaan di sini anak saya pasti akan menghadapi banyak rintangan kerana tempat ini hanya untuk anak-anak yang mahu mengenepikan apa jua hiburan dan juga kesenangan yang diperolehi barsama ibu bapa mereka . Saya tahu suatu hari nanti anak saya akan sedar betapa pembelajaran ilmu di akhirat di samping ilmu dunia itu lebih penting daripada segala-galanya.. di sini lah bermula titik tolak dia sebagai pelajar KU…

Diharap tenaga pengajar di sini dapat memberi tunjuk ajar sepenuhnya kepada mereka yang begitu kehausan ilmu.. Biar apa pun saya sangat2 berharap agar anak saya di Ku ini dapat manfaatkan masa untuk belajar dengan tekun dan ambil peluang yang ada ini untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..

Akhirkata hidup tanpa usaha, maka tiadalah kejayaan yang boleh digenggam…. terima kasih.

Ibu pelajar KU 2010….

———————

cikgubad
April 15, 2010 at 2:40 am

Wa’alaikum salam Pn Faridah,

Saya ucapkan terima kasih kerana masih memilih Kolej UNITI untuk pengajian diploma buat anak sulung pn biarpun kolej ini tidak segah mana. Pastinya puan dan anak puan telah alami perasaan berbelah bagi pada awalnya apabila realitinya kolej ini indah khabar dari rupa dari sudut pandangan puan.

Sebagai seorang tenaga pengajar di kolej ini sejak mula ia beroperasi 13 tahun lalu saya arif dengan keadaan yg puan bangkitkan – perasaan keluh kesah, kebimbangan para penjaga dan pelajar terhadap kekurangan kemudahan dan keadaan kolej sekecil UNITI yang jauh dari bandar.

Namun dalam keadaan sukar dan kadang-kadang menghimpit jiwa pelajar, secara amnya para pelajar kolej – khasnya dari kumpulan-kupulan terawal dahulu – pengajian mereka masih dapat berjalan. Ini kerana barangkali komitmen para pensyarah (diakui oleh kebanyakan pelajar dulu dan juga sekarang) yang sentiasa berdampingan dengan pelajar, dalam keadaan susah juga senang. Juga barangkali (harap2 begitulah) kerana keberkatan Allah ke atas kolej ini kerana hadirnya peribadi-peribadi soleh dan solehah di kolej ini.

Bohong kalau saya katakan kolej ini tiada masalah. Dah lumrah kehidupan di asrama utk alami keputusan bekalan air, ketiadaan elektrik, susah nak dapat bekalan / stok makanan, dan macam2 lagi jenis masalah. Ini dah jadi asam garam kehidupan pelajar di kampus.

Pengurusan kolej menyedari masalah ini. Justeru dalam kesempatan yang ada UNITI memperbaiki kelemahan yang ada dan pada masa sama berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur. Namun kerana kekangan dana, pembangunan kolej berjalan dengan perlahan. Sehinggalah kira2 setahun lalu – dalam usianya mencapai 12 tahun – baru kampus baru di Uniti Village dapat dibangunkan untuk menampung keperluan akademik dan pelajar baru yang kian bertambah.

Cerita UNITI panjang. Tapi biarlah anak puan mengetahuinya sendiri melalui pergaulan dgn rakan2 barunya dan pensyarah kelak. InsyaAllah moga anak puan diberikan hidayah dan inayahNya. Dia amat memerlukannya kelak untuk mengharungi cabaran sepanjang 3 tahun pengajian di UNITI.

Dan dengan pemantauan dan sikap prihatin puan terhadap anak puan, dia akan sentiasa berada dekat dengan ibunya, ayah dan adik beradiknya. Puan dan famili akan menjadi sumber inspirasi yang terbaik utk kejayaannya kelak. Amin.

Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum buat Nurul Farhanim. Biarpun tiada jaminan bahawa Nurul Farhanim akan seronok dan kekal di sini, namun doa saya agar dia tabah, cekal, berfikiran terbuka, berlapang dada dan juga – yg amat penting dalam penerokaan ilmu – berfikiran kritis. Ini adalah resepi untuk ‘lulus’ dlm ujian yang bakal dia ‘duduki’ dari satu semester ke semester berikutnya.

Kepada puan, saya bagi pihak Kolej UNITI mengalu-alukan sebarang komen membina untuk kebaikan kita bersama kelak. Terima kasih puan di atas titipan budi, doa dan harapan. Ia menyentuh hati saya dan yang lain. Tiada yang lebih baik dari seorang ibu kepada anaknya melainkan doa yang tulus ikhlas.

Wassalam

Advertisements

2 comments on “Kisah yang Tersurat Kasih Ibu buat Anaknya

  1. Assalamualaikum….

    Alhamdulillah, Nurul Farhanim patut bersyukur kerana dapat seorang ibu yang tabah dan berani. Pn Faridah, tindakan puan merupakan tindakan yang bagus sebenarnya untuk menasihat anak puan untuk belajar di Uniti ini. Yelah seperti mana yang puan lihat, ia tidaklah seperti kolej- kolej yang lain seperti di luar sana, kolej uniti ini adalah bagus bagi pembelajaran anak-anak. Saya masih lagi belajar di sini, seperti orang lain juga saya pandang enteng kolej Uniti ni. Setelah lama saya berada di sini baru saya perasan yang keadaan di sini menenangkan. Walaupun kolej ini tidak semaju atau seselesa seperti mana-mana kolej di luar sana ia masih mampu berdaya saing, cuma pelajar harus alert dengan segala perkara yang berlaku di sekililing mereka. Seperti kata saudara Ibni Ismail yang penting sekali ialah kita harus berserah kepada-Nya dalam apa jua yang kita lakukan di atas muka bumi ini dan di mana ada kemahuan di situ ada jalan……

    sekian…..

    Wassalam………

  2. Assalamualaikum…

    Tahniah saya ucapkan kepada pelajar Nurul Farhanim kerana mempunyai ibu seperti Pn Faridah..Sentiasa memberikan yang terbaik wlu pun dalam keadaan kekurangan..Saya juga bekas pelajar UNITI..Apa yang puan rasa pernah juga dirasai oleh ibu saya semasa ibu mula menjejakkan kaki di UNITI..Malah pada ketika itu belum ada lagi bangunan UNITI Village..sagat2 kekurangan..ibu pernah pujuk untuk pindah..namun atas niat ingin belajar saya teruskan jua tanpa memikirkan halangan yang sedia ada…Alhamdulillah…saya juga telah berjaya mendapatkan segulung diploma dengan keputusan yang boleh dibanggakan..terima kasih buat semua yang telah membantu saya berjaya dalam pelajaran..Kepada semua pelajar Kolej UNITI, bersyukurlah dengan apa yang ada..kerana setiap yang terjadi pada kita telah menjadi ketentuan untk kita..Kalau anda benar-benar beriman kepada Allah, anda pasti beriman juga pada Qada’ dan Qadarnya..Ingatlah…dimana ada kemahuan disitu ada jalan…

    Wassalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s