Talian Telefon Kompleks UNITI Terganggu


Dimaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan bahawa talian telefon di Kompleks UNITI telah mengalami gangguan hari ini. Oleh itu segala komunikasi telah dialihkan ke Uniti Village untuk segala urusan akademik dan kewangan.

Berikut adalah talian di UV : 06-6610517

Harap maaf di atas kesulitan yang dialami.

Sumber :
Bahagian Pengurusan Kolej UNITI

Pembetulan Yuran Asrama Semasa Pendaftaran Sem Julai Sesi 2010/11


Berikut adalah surat pemakluman berkenaan kesilapan mengenakan caj yuran asrama semasa pendaftaran semester Julai sesi 2010/11 kelak. Kesilapan ini dikesan dalam surat dari Unit Kewangan Pelajar (UKP) bertajuk ‘Arahan Pendaftaran Semester Julai 2010 Bermula pada 28 Jun 2010’ .

Maka dengan tersiarnya surat ini (di bawah) diharap ia dapat menjelaskan kekeliruan dan kemusykilan yang timbul daripada surat tersebut yang dikepilkan bersama surat pemberitahuan tarikh pendaftaran semester baru kelak.

Oleh itu surat sebelum ini hendaklah diabaikan oleh pelajar yang telah menerimanya.

Harap maklum.

Pendaftaran MUET Akhir Tahun 2010


Berikutan adanya pertanyaan tentang sama ada peperiksaan MUET kali kedua dijalankan di Kolej UNITI pada Oktober 2010 nanti atau tidak, maka suka saya mewar-warkan bahawa – sebagaimana lazim – Kolej UNITI hanya membuka pendaftaran untuk peperiksaan tersebut bagi peperiksaan pertama awal tahun sahaja.

Namun, untuk peperiksaan berikutnya pihak kolej tidak menawarkannya kerana lazimnya jumlah calon adalah realtif kecil dan tidak sesuai untuk Kolej UNITI menjadi pusat peperiksaan.

Continue reading

Konsert Demimu Al-Aqsa (Mesti Tonton!)


Tangisan Gaza masih belum berhenti sejak 62 tahun lalu. Tidak banyak yang dapat kita lakukan sebagai individu selain berdoa dan menyumbang sedikit harta kita untuk memanjangkan hayat orang Palestin di bumi mereka sendiri.

Sangat ironis sekali biarpun Palestin (Gaza khususnya) di persekitaran negara umat Islam, saudara Palestin masih tidak dapat dimerdekakan dari penjajahan regim-barbarik zionis Israel.

Kerajaan-kerajaan umat Islam ini telah dilumpuhkan rasa ukhuwah dan semangat jihad yang tulen. Mereka ‘dengar dan taat’ kepada kuasa besar dunia. Mereka terlalu tegar membiarkan saudara-saudara kita ini terbiar derita. Derita ini akan terus berpanjangan jika kerajaan-kerajaan ini tidak berani bertindak atas nama ukhuwah dan amanah Islamiah.

Continue reading

Peluang Belajar di Acheh untuk Graduan DPI


Khas kepada bakal graduan DPI (sem 6) 2010 yang ingin mencari peluang alternatif menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda Syariah di Acheh, anda dipelawa untuk berurusan dengan Ustaz Soberi Awang (013-3015235) sebelum 1 Julai 2010.

Sila berikan nama penuh dan nombor pasport antarabangsa kepada Ust Soberi untuk urusan pendaftaran kelak.

Harap maklum

Sumber :
Ust Soberi Awang
Ketua Program Pengajian Luar
Kolej UNITI

Graduan DPI selangkah ke Jordan


InsyaAllah jika tiada aral melintang seramai 13 orang graduan DPI Kolej UNITI akan melanjutkan pengajian ke Yarmouk University pada bulan Ogos nanti. Peluang belajar ke Jordan ini telah terbuka hasil MoU antara IKBA dengan Yarmouk University.

Graduan DPI ini akan belajar dalam bidang syariah selama 2 tahun di universiti tersohor tersebut.

Kita doakan semoga Allah memberkati kembara ilmu graduan DPI UNITI hingga berjaya membawa pulang ilmu dan pengalaman diniah yang tinggi.

Amin

Sumber :
Ustaz Mohd Sofee Mustafa
Penyelaras Program Ijazah ke Jordan

Tarikh Pendaftaran Semester 1(Julai) Sesi 2010/11 (Kemas kini)


18 Jun 2010

Pelajar DCN/DSK Sem 4 yang sedang menjalani praktikal sekarang HANYA akan mendaftar semester baru mereka pada 9 Ogos nanti. Oleh itu surat panggilan di bawah tidak meliputi pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal.

Surat baru yang berasingan akan dikeluarkan untuk kumpulan pelajar ini.

Harap maklum

Sumber :
Puan Habshah Abd Shaer
Ketua Program DSK dan DCN

—————-

15 Jun 2010

Surat pemberitahuan ini ditujukan kepada semua pelajar lama Kolej UNITI. Pelajar lama ditakrifkan pelajar dari semester 2 dan ke atas untuk semester Julai nanti.

Harap maklum

——————

Berikut adalah tarikh-tarikh pendaftaran untuk semester akan datang mengikut program masing-masing.

Harap maklum.