Peringatan Pendaftaran Semester 1 Sesi 2010/11 untuk Pelajar Praktikal DSK/DCN


PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR DSK & DCN YANG MENJALANKAN LATIHAN PRAKTIKAL,

Tarikh pendaftaran ke asrama adalah pada hari ISNIN 9 ogos 2010 dan tarikh daftar subjek adalah pada SELASA 10 ogos 2010 di Kompleks UNITI.

Tiada sebarang cuti diperuntukkan disebabkan oleh tempoh masa utk kuliah pada semester ini tidak mencukupi. Sekiranya cuti diberikan, pihak kolej terpaksa memendekkan cuti hari raya atau cuti antara semester pada bulan 12 nanti menjadi seminggu sahaja.

sekian harap maklum


Habsah Abdul Shaer
Ketua
Program Usahasama UPM-IPTS
Dip. Kej. Teknologi MUltimedia
Kolej UNITI
Port Dickson

Advertisements

Simulasi PNGS dan PNGK : Ambil Peluang Sekarang!


Keputusan peperiksaan semester  Januari sesi 2009/10 baru sahaja diperolehi baru-baru ini. Ada yang gembira dengan keputusan yang telah diperolehi. Ada juga yang berduka kerana gagal mencapai sasaran.

Namun saya telah mengesan ramai pelajar yang tidak memahami angka-angka yang tercatat di dalam slip keputusan peperiksaan tersebut hatta yang mencapai gred dan PNG yang baik sekalipun. Hal ini agak malang kerana pelajar tidak memahami kaedah dan ukuran kognitif yang dibuat ke atas mereka di sepanjang pengajian akademik mereka di kolej.

Continue reading

Reaksi Terhadap Aduan/Komen Pelajar


Pihak pengurusan kolej UNITI mengucapkan terima kasih di atas semua kiriman aduan/komen pelajar melalui blog ini. Sebahagian isu yang dibangkitkan telah pun diambil tindakan sewajarnya.

Manakala sebahagian lagi tidak dapat diambil tindakan kerana isu tersebut di luar bidang kuasa kolej (isu pinjaman PTPN dan MARA), pengadu tidak memberi maklumat yang lengkap atau/dan aduan tersebut didapati semata-mata satu tuduhan melulu dan pengadu gagal memberi respons balas yang lebih terperinci apabila diminta berbuat demikian.

Continue reading