Simulasi PNGS dan PNGK : Ambil Peluang Sekarang!


Keputusan peperiksaan semester  Januari sesi 2009/10 baru sahaja diperolehi baru-baru ini. Ada yang gembira dengan keputusan yang telah diperolehi. Ada juga yang berduka kerana gagal mencapai sasaran.

Namun saya telah mengesan ramai pelajar yang tidak memahami angka-angka yang tercatat di dalam slip keputusan peperiksaan tersebut hatta yang mencapai gred dan PNG yang baik sekalipun. Hal ini agak malang kerana pelajar tidak memahami kaedah dan ukuran kognitif yang dibuat ke atas mereka di sepanjang pengajian akademik mereka di kolej.

Antara contoh yang biasa ialah pelajar tidak tahu gred atau markah lulus kursus atau subjek yang diambil. Apakah selama ini mereka ‘main ambik jer’ subjek tetapi tidak pedulikan kutipan dan banyak mana markah yang diperlukan untuk lulus bagi satu-satu subjek yang diambil?

Sehubungan dengan itu, para pelajar dipelawa untuk mengadakan sesi pemahaman keputusan peperiksaan menggunakan kaedah simulasi PNGS dan PNGK dengan Cikgu Bad. Rebutlah peluang yang masih terbuka luas pada masa awal semester ini sebelum anda disibukkan dengan pelbagai tugasan dan peperiksaan kelak.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut manfaat sesi ini.

Cikgu Bad

3 comments on “Simulasi PNGS dan PNGK : Ambil Peluang Sekarang!

    • Salam Pika,

      C- adalah gred gagal untuk subjek MPW. Maka pelajar yg mendapat gred ini wajib mengulang pada semester berikutnya jika pendaftaran dibuka oleh ketua program.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s