PENGANGKUTAN UNTUK PULANG BERCUTI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI


Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba, Koperasi Kolej UNITI Berhad akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas ke tiga destinasi yang terlibat. Ini adalah bertujuan bagi memudahkan perjalanan pelajar mendapatkan bas ekpres untuk pulang ke kampung halaman. Tiga destinasi berikut adalah :

  1. UV ke Melaka Sentral
  2. UV ke Seremban (Terminal 1)
  3. UV ke KLIA (jik ada sambutan)

Semua pelajar yang berminat boleh membuat pembelian tiket di kaunter Pejabat Kolej UNITI yang terletak di UV bermula 23 Ogos 2010 (Isnin). Bersama-sama ini dilampirkan jadual perjalanan ke tiga destinasi yang terlibat.

BIL TARIKH / HARI DESTINASI WAKTU HARGA
1. 1/9/2010 (Rabu) UV ke Melaka Sentral

UV ke Seremban (Terminal 1)

9.30 a.m (Pagi)

2.00 p.m (Petang)

RM 15.00

RM 12.00

2. 2/9/2010 (Khamis)
3. 3/9/2010 (Jumaat)
4. 4/9/2010 (Sabtu)

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Encik Mohd Hailmie Md Jim di talian 019-2579855. Tarikh akhir pembelian tiket pada 27 Ogos 2010.

“ SALAM AIDILFITRI IKHLAS DARI KOPERASI KOLEJ UNITI BERHAD ”

KOPERASI KOLEJ UNITI BHD
20 OGOS 2010

Advertisements

Iftar Jama’i di Uniti Village


Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Iftar Jama’i (Berbuka Puasa Beramai-ramai) akan diadakan pada esok, 25 Ogos bertempat di UV. Majlis akan bermula pada 6.15 petang.

Majlis ini terbuka kepada semua warga Kolej Uniti. Marilah kita sama-sama meriahkan majlis tahunan ini sebagai sebahagian daripada ‘amal ibadah di bulan  yang mulia ini .

Ramadhan kareem.

Cik Nurul Aini Hawalis
S/U Majlis Iftar Jama’i 2010/1431 H
Kolej UNITI

Majlis Konvokesyen Kolej UNITI ke-9 2010


Sukacita dimaklumkan kepada bakal graduan bahawa Majlis Konvokesyen ke-9 Kolej UNITI bakal diadakan sperti berikut :

Tarikh : 9 Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat : Hotel Royal Bintang (fka Royal Adelphi) Seremban

Surat panggilan dan dokumen rasmi yang berkaitan tentang majlis ini akan dikirim kepada semua bakal graduan kelak.

Harap maklum.

Jawatankuasa Penganjur
Majlis Konvokesyen Kolej UNITI
ke-9 2010

Tarikh cuti Pertengahan Semester dan Cuti Hara Raya Puasa


Semua pelajar dinasihatkan agar merancang tarikh perjalanan balik dan kembali dari bercuti pertengahan semester dan cuti Hari Raya Puasa kelak. Ini penting untuk mengelakkan tarikh-tarikh tersebut tidak bertindih dengan tarikh ujian yang dijangka akan berlangsung pada minggu akhir sebelum bercuti dan minggu pertama selepas bercuti. Sila rujuk kepada jadual ujian yang telah ditetapkan oleh Ketua Program/pensyarah masing-masing.

Tarikh bercuti pertengahan semester dan cuti Hari Raya Puasa telah ditetapkan dari 06 Sept. hingga 17 Sept.

Harap maklum

Hal Ehwal Akademik
Kolej UNITI