Jadual Peperiksaan Akhir Program Dalam KU dan DKTM-UNITI semester Julai/Ogos sesi 2010/11


Pelajar program dalaman Kolej UNITI dan DKTM UPM-UNITI sudah boleh memuaturun jadual peperiksaan akhir semester Julai/Ogos sesi 2010/11 masing-masing di Box Kolej UNITI.

Selamat mengulangkaji pelajaran.

P/S : Untuk makluman, peperiksaan ini diadakan selepas cuti Hari Raya Haji. Sebarang masalah berkaitan jadual ini sila rujuk En Azhar Zunaidak (HEA) di kampus lama KU.

Sure Kids Carnival – CHESKU


Semalam 27 Oktober bertempat di kampus baru Kolej UNITI iaitu di bangunan akademik Uniti Village telah berlangsung satu lagi program mega anjuran CHESKU pada tahun ini.

Program yang dinamakan Sure Kids Carnival ini merupakan sebahagian program akademik bagi memenuhi keperluan dan syarat lulus kursus  akademik wajib yang ditawarkan kepada pelajar Diploma Pendidikan Pra-Sekolah.

Dengan kekuatan kira-kira 900 orang tenaga pelajar Semester 1 sehingga semester 6 dan gembelingan para pensyarah DPS, program ini telah berjaya dilangsungkan dengan memberi impak besar kepada kolej, program DPS dan masyarakat sekitar Tanjung Agas dan Pasir Panjang.

Continue reading

Janji Dikota


Pada 7 Oktober lalu, selepas Majlis Sambutan ‘Eidul Fitri di Uniti Village, satu majlis ringkas penyerahan laptop Toshiba kepada pelajar Semester 2 program Diploma Pengurusan Muamalat dan Diploma Computer Network telah diadakan di pejabat pentadbiran.

Kumpulan 8 orang pelajar ini telah menerima pakej istimewa ini daripada CEO Kolej UNITI iaitu Tuan Hj. Zayed Sulaiman.

Pemberian laptop ini adalah sebahagian daripada pakej pendidikan khas yang mereka terima semasa mendaftar program masing-masing semester pertama lalu. Continue reading

Peperiksaan Akhir Semester Julai


Dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir program dalaman UNITI bagi semester Julai sesi 2010/11 akan bermula selepas Hari Raya ‘Eidul Adha iaitu pada Hari Jumaat 19 November 2010.

Dengan ini semua pelajar akan menyambut hari raya korban ini semasa dalam cuti study leave dan kembali semula ke Kolej UNITI untuk menduduki peperiksaan akhir tersebut.

Jadual peperiksaan akhir bagi semester Julai telah disediakan oleh HEA dan akan dimuatnaik kemudian.

Harap maklum

HEA Kolej UNITI

Unity Cafe


Selera restoran kini berada di Uniti Village (UV) di samping gerai-gerai makan yang telah lama beroperasi di luar kawasan asrama UV.

Mengambil tempat di cafe lama, kini selera restoran yang memakai jenama Unity Cafe memulakan operasinya dari pagi hingga malam bagi memenuhi permintaan pelanggan asrama yang terdiri dari para pelajar dan pensyarah.

Cook yang senang dipanggil dengan nama Kim mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk menyediakan pelbagai juadah panas dari dapurnya. Menu seperti Tom Yam dan Sup selain nasi goreng pattaya sering menjadi pilihan pelajar di asrama. Continue reading

Pergaminelli Design Accademia – Usaha sama Kolej UNITI dengan Debuce Sdn Bhd


Pada 9 Okt lalu satu majlis menandatangani persetujuan menubuhkan Pergaminelli Design Accademia telah ditandatangani antara Kolej UNITI dengan Debuce Sdn Bhd.

Majlis ringkas ini yang diadakan di Royale Bintang, Seremban telah disaksikan bersama YB Dato’ Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd. Isa bin Dato’ Hj. Abd Samad.

Continue reading

PANORAMA di UNITI – Foto Sepanjang Penggambaran (Dikemaskini)


13 Okt – Uniti Village (Berita lokasi)

Semalam 12 Oktober, krew penerbitan rancangan PANORAMA terbitan RTM telah membuat penggambaran di Uniti Village khusus untuk memberi liputan khas ke atas program DPS – program paling popular Kolej UNITI.

Penggambaran ini bertujuan menyorot perkembangan DPS dan arah tuju serta prospek masa depan program DPS.

Kepada staf akademik dan pelajar yang terlibat menjayakan penggambaran ini terima kasih diucapkan.

Nantikan siaran program ini – tarikh siaran belum diketahui lagi.

—–

16 Okt

Foto-foto sepanjang penggambaran Panorama di UV boleh dilihat di sini.

Juliana Binti Basri Mengharumkan Nama Kolej UNITI


Juliana binti Basri ternyata seorang pelajar yang hebat. Beliau adalah antara pelajar terbaik yang pernah dilahirkan Kolej UNITI.

Namun sejarahnya sebagai pelajar Kolej UNITI barangkali tidak sama dengan kebanyakan pelajar UNITI yang lain. Juliana menempuh saat-saat yang sukar sebelum berjaya diterima menjadi pelajar Kolej UNITI.

Kira-kira 3 tahun lalu beliau telah mendaftarkan diri sebagai pelajar Diploma Perakaunan UiTM-UNITI. Namun, beliau tidak lama dalam program tersebut. Ini kerana rezekinya tidak dalam program tersebut. Pendaftarannya telah ditolak oleh UiTM sendiri atas sebab tertentu.

Continue reading