Jadual Waktu Kuliah Sem Disember 2010/11 : Dalam Proses


Jadual waktu kuliah untuk semua program sedang dalam proses untuk disiapkan. Semua pelajar dan pensyarah diharap dapat bersabar. InsyaAllah ia akan disiapkan dalam masa terdekat ini.

Pelajar boleh menyemak jadual waktu kuliah tersebut di sini.

Sementara itu pelajar boleh memuaturun fail kod nama pensyarah semester Disember 2010/11 yang digunakan dalam jadual waktu kuliah tersebut. Fail tersebut ada di Box Kolej Uniti.

Harap maklum
PP HEA KU

En Azhar Zunaidak

Advertisements

Cuti Umum 1Malaysia Jumaat, 31 Disember 2010


Dimaklumkan bahawa pejabat pentadbiran di Kompleks Uniti dan Uniti Village ditutup esok 31 Disember 2010 kerana cuti umum yang diisyhtiharkan Perdana Menteri semalam. Oleh itu, urusan pejabat dan hal yang berkaitan dengannya akan ditangguhkan ke minggu depan.

Bagi pelajar yang masih belum membuat pendaftaran akademik tetapi ingin kembali esok ke UV, anda boleh masuk ke asrama dahulu dan membuat pendaftaran akademik tersebut pada hari Isnin, 3 Januari 2011.

Sekian.

En Hamdan Ikram
Ketua Pentadbiran KU

Selamat Mendaftar Siswa/i Kolej Uniti


Kami, warga Pendidik dan Pentadbiran Kolej Uniti mengucapkan selamat mendaftar kepada semua siswa/i Kolej Uniti untuk pengajian Semester 2 Sesi 2010/11 pada 27 Disember 2010 ini.

Moga semangat dan azam untuk meneruskan agenda menimba ilmu dan mendidik hati menjadi insan soleh terus subur pada semester ini.

Amin

 

Warga Pendidik & Pentadbiran Kolej Uniti

Rebat dan Gambar Konvo Uniti ke-9 2010


Pengumuman penting untuk graduan Uniti 2010 – Edisi ke-9 :

1. Pihak Unit Kewangan Pelajar sedang di tahap akhir menyediakan cek bayaran untuk rebat bagi graduan-graduan yang telah mencapai kelayakan yang ditetapkan sebagaimana yang termaktub dalam pakej pengajian masing-masing. Jika kelak masih ada masaalah atau kemusykilan lagi sila hubungi pihak UKP untuk penjelasannya.

2. Gambar (2 keping) , CD gambar dan video konvo telah diposkan kepada semua graduan mengikut alamat yang telah diberikan. InsyaALlah kiriman tersebut akan sampai pada minggu hadapan dalam bentuk surat berdaftar.

Kelewatan perkara di atas adalah disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Para graduan diharap bersabar.

Harap maklum.

En Hamdan Ikram
Ketua Pentadbiran
Kolej Uniti

Seminar Pendidikan Pensyarah Kolej UNITI 2010


Semalam 10 Disember, bertempat di Bilik Kuliah 9 Uniti Village telah berlangsung Seminar Pendidikan untuk para pensyarah Kolej UNITI.

Seminar sehari ini bertujuan mendedahkan pensyarah terutamanya pensyarah baru tentang isu-isu pokok yang melingkari kerjaya sebagai pendidik di Kolej Uniti.

Melalui dua ceramah dan satu sesi latihan dalam kumpulan diharap seminar ini dapat mencelikkan para pensyarah tentang amanah dan tanggungjawab yang dipikul.

Ust Zainal sedang menyampaikan ceramahnya kepada peserta seminar

Continue reading