Info Am mengenai MUET : Khas untuk Pelajar Sem 6


Info am mengenai MUET ini yang disediakan oleh En Ahmed Khuzaimi – Ketua Unit Bahasa Inggeris, ditujukan kepada semua pelajar Kolej UNITI, terutamanya kepada pelajar Semester 6.

—–

Malaysian University English Test (MUET) dilancarkan pada tahun 1999 dan dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council (Majlis Peperiksaan Malaysia).  Ianya bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris seseorang calon. MUET  wajib diambil oleh pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.  Ujian ini ditawarkan dua kali setahun, dalam bulan April/Mei dan Oktober/November.

Ujian ini merangkumi kesemua empat kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Ia mengukur dan melapor tahap penguasaan seseorang calon berdasarkan skor 0 hingga 300. Skor ini berhubung kait dengan sistem ‘band’ yang berjulat dari Band 1 hingga Band 6.

Pelajar-pelajar yang telah mengambil MUET layak untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di IPTA jika CGPA diploma, STPM atau matrikulasi mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk kemasukan. Beza di antara semua ‘band’ ini ialah pelajar-pelajar yeng memperoleh Band 1 dan 2 perlu mengambil dua kursus bahasa Inggeris tambahan semasa cuti sementara yang memperoleh Band 3 dan 4 perlu mengambil satu kursus tambahan. Sesetengah kursus kompetetif seperti perubatan dan farmasi memerlukan pelajar mendapat Band 5 atau 6 dalam MUET.

Untuk pendaftaran kali ini, keutamaan diberikan kepada pelajar Semester 6 memandangkan jumlah pelajar Semester 6 semester ini melebihi 300 orang. Justeru, kerana tempat yang terhad maka pelajar Semester 6 diharap dapat merebut peluang ini secepat mungkin.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s