Hari Kerjaya 2011


Hebahan HEP.

 

 

Advertisements

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011 (Kemas kini)


Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Kolej UNITI yang ditunggu-tunggu oleh siswa-siswi Kolej UNITI telah diadakan pada jam 10.15 pagi 16 Mac 2011 di Dewan Besar Kolej UNITI.

Seramai lebih 240 orang siswa-siswi Kolej UNITI dari semua program akademik telah menerima anugerah masing-masing daripada En Roslan Kamari, Pengarah Akademik 1 dan Tn. Hj. Zayed Sulaiman, Ketua Eksekutif Kolej UNITI.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam lensa kamera cikgubad untuk tatapan pembaca blog Uniti.

Continue reading

Blog Kaunseling UNITI


Unit Bimbingan dan Kaunseling Kolej UNITI kini tidak lagi ‘statik’ di pejabat HEP. Pelajar dipelawa untuk melayari blog Kaunseling Uniti yang dikendalikan oleh En. Muhammad Yassin bin Omar Mokhtar, selaku kaunselor Kolej Uniti. Sila klik di sini atau cari di bahagian pautan untuk ke blog ini.

Banyak artikel, panduan, soal selidik dan pautan-pautan kepada laman sesawang dan blog yang bermanfaat kepada pelajar untuk mendapatkan bimbingan dan suluhan hidup.

Dengan maklumat di hujung jari, pelajar tidak lagi terkekang memperolehi maklumat yang sesuai untuk membantu pembelajarannya.

Kini, dengan teknologi ICT yang canggih – dengan laptop atau PDA yang ada ciri wifi built-in dan melanggan perkhidmatan jalur lebar (jika perlu) maklumat-maklumat ini boleh dicapai secara mobile.

Selamat memanfaatkan blog Kaunseling Uniti.