Dengan ini dimasyhurkan bahawa Tuan Hj. Jamal Mohd. Amin telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru bagi Kolej UNITI berkuatkuasa bulan ini.
Beliau menggantikan Tn Hj Zayed Sulaiman yang kini dipertanggungjawabkan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Kolej UNITI.
Kami warga Kolej UNITI mengalu-alukan perlantikan ini dan berdoa semoga perubahan yang bakal dibawa oleh Tn Hj Jamal kelak akan mengangkat nama Kolej UNITI ke satu tahap yang lebih membanggakan dan menjadi lebih kompetetif dalam persada industri pendidikan swasta negara.
Dengan pengalaman beliau sebelum ini sebagai pensyarah kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia, kami yakin beliau cukup memahami selok belok kepimpinan akademik selain mempunyai kemahiran mengurus institusi pendidikan ini.
Dengan keberkatan, inayah dan hidayah Allah, Kolej UNITI akan terus berkembang maju di bawah kepimpinan baru ini melalui urus tadbir yang baik, penuh integriti dan berakauntabiliti.
Amin