CEO Baru Kolej UNITI


Dengan ini dimasyhurkan bahawa Tuan Hj. Jamal Mohd. Amin telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru bagi Kolej UNITI berkuatkuasa bulan ini.

Beliau menggantikan Tn Hj Zayed Sulaiman yang kini dipertanggungjawabkan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Kolej UNITI.

Kami warga Kolej UNITI mengalu-alukan perlantikan ini dan  berdoa semoga perubahan yang bakal dibawa oleh Tn Hj Jamal kelak akan mengangkat nama Kolej UNITI ke satu tahap yang lebih membanggakan dan menjadi lebih kompetetif dalam persada industri pendidikan swasta negara.

Dengan pengalaman beliau sebelum ini sebagai pensyarah kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia, kami yakin beliau cukup memahami selok belok kepimpinan akademik selain mempunyai kemahiran mengurus institusi pendidikan ini.

Dengan keberkatan, inayah dan hidayah Allah, Kolej UNITI akan terus berkembang maju di bawah kepimpinan baru ini melalui urus tadbir yang baik, penuh integriti dan berakauntabiliti.

Amin

2 comments on “CEO Baru Kolej UNITI

    • Salam D’ba Ghani,

      Mohon diperincikan kemudahan yg mana sdri maksudkan supaya mudah pihak pembangunan mengambil tindakan susulan.

      Biar pun begitu suka saya maklumkan bahawa pihak pengurusan mengambil berat mengenai isu kemudahan ini. Isu ini menjadi antara agenda utama mesyuarat pembangunan kolej. InsyaAllah, secara bertahap, kemudahan di kampus dan asrama akan dipertingkatkan. Penumpuan sekarang ialah menaiktaraf kemudahan bersukan, cafe dan bangunan akademik.

      Diharap sdri dapat memberi lagi idea yang lebih spesifik dan bernas bagi memperbaiki mutu perkhidmatan kolej kpd siswa/i KU.

      Terim kasih D’ba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s