Pengumuman MUET Siri ke-2 2011 di Kolej UNITI


Pendaftaran MUET akhir tahun dibuka sekarang sehingga 20 Jun 2011.

Sesiapa yang berminat sila beli nombor PIN MUET di Bank Simpanan Nasional. Bayarannya ialah RM61.

SMSkan nombor PIN ini beserta nama penuh (seperti di IC), nombor kad pengenalan and gred English SPM kepada Encik Ahmad Khuzaimi di nombor 0192676133 sebelum 18 Jun 2011.

Ketua Unit Bahasa Inggeris
Kolej UNITI

Advertisements

1Malaysia Green 1Malaysia Clean – Agenda Nasional di UNITI


Esok akan berlangsung projek high impact kempen 1Malaysia Green 1Malaysia Clean dijayakan bersama Kolej UNITI dengan Kementerian Pelancongan, Negeri Sembilan dan jabatan-jabatan kerajaan lain.

Semoga program ini berlangsung dengan meriahnya dan mencapai objektifnya sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pengesahan JPA ke atas Program Kolej UNITI


Awal pagi Isnin lalu saya dihubungi oleh salah seorang graduan sulong DPS.

Beliau menyampaikan berita yang menggembirakan saya. Katanya beliau telah dipanggil untuk ditemuduga pada Rabu, 25 Mei oleh Fakulti Pendidikan UKM. Beliau akan dinilai sama ada layak atau tidak untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas.

Continue reading

SMART Tautkan UNITI dengan SK Pasir Panjang


Pada 13 Mei 2011 lalu, bertempat di SK Pasir Panjang telah berlangsung satu majlis Penyerahan Tugas SMART dan Penyampaian Sijil kepada fasilitator program SMART iaitu para pelajar Diploma Pendidikan Prasekolah Kolej UNITI.

Pelajar-pelajar ini telah membantu menjayakan program ini secara berjadual setiap minggu sejak Mac lalu. Program ini adalah di bawah seliaan Cik Monaliza Harun Chong  dan dibantu oleh En. Syafrin. Continue reading

Kursus Persediaan Praktikum DPS 2011


Pelajar semester akhir DPS yang baru sahaja menamatkan peperiksaan semester 6 mereka pada 9 Mei lalu telah menjalani kursus 2 hari persediaan latihan praktikum dari 10 hingga 11 Mei lalu. Latihan praktikum adalah sebahagian daripada keperluan kurikulum DPS. Ia melengkapkan baki 4 jam kredit sebelum boleh bergraduat sebagai pelajar diploma.

Latihan dan pemantauan kumpulan ketiga DPS ini agak mencabar kerana jumlah mereka yang relatifnya begitu besar iaitu mencecah 206 orang pelajar kesemuanya. Mereka akan menjalani latihan praktikum selama 10 minggu di tadika KEMAS dan tadika swasta di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka.

InsyaAllah jika semuanya berjalan lancar, kumpulan ini akan menyertai graduan-graduan lain pada Majlis Konvokesyen Kolej UNITI ke-10 kelak yang dijangka berlangsung pada bulan September nanti.

Kita doakan agar para pelajar DPS ini berjaya dalam misi akhir mereka ini.

Amin