SMART Tautkan UNITI dengan SK Pasir Panjang


Pada 13 Mei 2011 lalu, bertempat di SK Pasir Panjang telah berlangsung satu majlis Penyerahan Tugas SMART dan Penyampaian Sijil kepada fasilitator program SMART iaitu para pelajar Diploma Pendidikan Prasekolah Kolej UNITI.

Pelajar-pelajar ini telah membantu menjayakan program ini secara berjadual setiap minggu sejak Mac lalu. Program ini adalah di bawah seliaan Cik Monaliza Harun Chong  dan dibantu oleh En. Syafrin.

Majlis ini telah dihadiri oleh wakil Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson sebagai tetamu jemputan. Orang kuat tuan rumah  ialah Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan guru pra sekolah SK Pasir Panjang dan PIBG SK Pasir Panjang . Tidak ketinggalan menyerikan majlis ialah para ibu bapa murid-murid prasekolah.

Manakala kolej pula diwakili oleh En. Roslan Kamari – Timbalan CEO (HEP), En Zakri – merangkap Timbalan CEO (HEA) dan En Md Zin Dan – Ketua Jabatan DPS.

SMART Sekilas Pandang

Program SMART ini merupakan program anak angkat di antara siswa dan siswi Diploma Pendidikan Prasekolah Kolej Uniti bersama Prasekolah Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. SMART juga dikenali sebagai Sociality, Mentality , Attitude , Religion dan Talented. Program ini merupakan program kerjasama antara Sokolah Rendah Pasir Panjang bersama Jawatankuasa Proram SMART yang terdiri daripada para pelajar DPS Kolej UNITI. Program ini merupakan perintis yang dijalankan di sekolah ini dengan mensasarkan kepada kanak-kanak prasekolah dalam usaha membantu mempercepatkan proses penguasaan 4M. Program ini melibat seramai 150 pelajar DPS yang bertindak sebagai fasilitator bagi mencapai objektif tersebut.

Objektif   Program SMART

Pertama – untuk memberi pendedahan pengalaman proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebenar kepada siswa dan siswi DPS Kolej Uniti.

Kedua – untuk menyumbang kepada masyarakat. Melalui projek pertama ini fokus adalah membantu pihak Prasekolah Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang dalam mengatasi masalah perkembangan kanak-kanak.

Ketiga – untuk membina hubungan kerjasama yang baik antara siswa dan siswi (DPS) Kolej Uniti  dengan guru-guru Prasekolah Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang.

Berikut adalah aksi-aksi yang sempat dirakam.

Foto-foto kenangan lain semasa majlis akan dimuatnaik kemudian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s