Pengesahan JPA ke atas Program Kolej UNITI


Awal pagi Isnin lalu saya dihubungi oleh salah seorang graduan sulong DPS.

Beliau menyampaikan berita yang menggembirakan saya. Katanya beliau telah dipanggil untuk ditemuduga pada Rabu, 25 Mei oleh Fakulti Pendidikan UKM. Beliau akan dinilai sama ada layak atau tidak untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas.

Perkongsian ini sebenarnya sangat berkait dengan kewajaran suatu program akademik itu mendapat akreditasi penuh MQA atau sebaliknya. Memang telah menjadi polisi Kolej UNITI untuk mendapatkan pengiktirafan pihak berkuasa ke atas semua program akademiknya bagi memberikan keyakinan dan jaminan kualiti akademik bagi para pelajarnya tanpa kompromi.

Pelajar tersebut bertanyakan satu soalan yang mungkin menjadi pertimbangan akhir pihak penemuduga untuk menawarkan atau sebaliknya ke atas calon yang ditemuduga. Menurutnya, berdasarkan surat panggilan temuduga, beliau dikehendaki membawa surat pengesahan pengiktirafan JPA ke atas program DPS Kolej UNITI.

“Mana nak dapat! ” Begitulah soalan yang terpacul dari mulutnya. Justeru, saya yang sering dirujuk bila ada masalah, maka saya dihubungi beliau semalam.

Setelah merujuk kepada bahagian kualiti akademik, peneyelesaian yang mudah ialah melayari laman sesawang JPA (pengiktirafan.jpa.org.my). ALhamdulillah maklumat yang dicari dijumpai di situ.

Pelajar tidak perlu risau kerana program DPS (juga program-program lain) telah diiktiraf setaraf dengan program sama yang ditawarkan di IPTA.

Kepada semua pelajar dan ibu bapa juga, anda boleh menyemak status pengiktirafan – ada atau tidak – di laman sesawang JPA secara langsung tanpa melalui pihak ketiga atau orang tengah. Maklumat ini perlu ditanya sebelum menerima tawaran kolej sebagai pengukuhan keputusan yang bakal dibuat.

Maklumat sebenarnya di hujung jari anda sahaja.

Saya perturunkan imej berikut bagi memudahkan pencarian anda di laman web JPA. Klik pada imej untuk paparan imej yang lebih jelas.

Advertisements

2 comments on “Pengesahan JPA ke atas Program Kolej UNITI

  1. Alhamdulillah,siapakah gerangannya tu?saya (DPI graduate 2010) juga dapat panggilan temuduga untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Arab di UPSI dan temuduga sama dengan beliau (25Mei2011) di UKM,juga keliru mengenai surat pengiktirafan,alhamdulillah,semuanya sudah selesai,jgn takut..UNITI di iktiraf kerajaan..sekrang ni sedang menunggu untuk kemasukan UPU bulan 9 ni.mohon doa kalian..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s