Kediaman Asrama Semester Julai


Dimaklumkan mulai semester Julai 2011, para pelajar akan ditempatkan semula ke unit-unit kediaman oleh Unit Asrama tanpa mengikut kaedah pra-pendaftaran yang telah dibuat oleh Unit Asrama HEP pada semester lalu.

Dengan itu, unit kediaman baru akan ditentukan HANYA pada hari pendaftaran nanti.

Juga dimaklumkan bahawa Unit Asrama kini di bawah Pengarah Pentadbiran dan Akaun, dan tidak lagi di bawah HEP.

Sekian dimaklumkan.

En Hamdan Ikram
Pengarah Pentadbiran & Akaun
Kolej UNITI

Jom Bersukan dan Berpersatuan dengan HEP


Hebahan dari HEP (Pentadbiran & Kebajikan Pelajar) :

Unit Sukan Kelab dan Persatuan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej UNITI kini akan lebih aktif dan beriltizam untuk membantu siswa/i Kolej UNITI menseimbangkan akademik dengan aktiviti ko-kurikulum melalui sukan dan persatuan.
Akaun Facebook (sila klik di sini) juga telah dibuka untuk interaksi dengan para siswa/i dalam hal berkaitan sukan dan persatuan. Siswa/i dipelawa untuk menjadi rakan Facebook unit ini.
“Majulah sukan untuk UNITI”
MOHD AZIDEE BIN MOHAMAD ZIN
Pegawai Unit Sukan, Kelab dan Persatuan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej UNITI
Tel-06-661 0511
Fax-06-661 0509
Hp-017-6116 818

UV Bakal Bergegaran Sepakan Bola


Padang bola sepak sedang dalam persiapan terakhir untuk disiapkan di UV. InsyaAllah menjelang kemasukan semester Julai ini padang bola ini sudah boleh digunakan sepenuhnya.

Tiang gol yang sedang disiapkan semalam oleh kakitangan USB. Kredit gambar : EnRizal Abd Razak

Yang kaki bola tu jangan lupa bawa kasut bola bila pulang dari bercuti nanti.

Semoga akan lahirlah pemain bola sepak Kolej UNITI yang hebat di padang bola ini kelak walaupun kemudahan ini belum lagi bertaraf stadium.

Amin

Kerja Kosong Utk Graduan & Bakal Graduan DPS


Saya menerima email dari seorang pengusaha tadika hari ini untuk menawarkan jawatan guru tadika di tadikanya yang akan dibuka di Cheras tidak lama lagi.

Tadika tersebut berkonsepkan Islamic English Creative.

Kepada graduan dan bakal graduan DPS yang berminat sila hubungi pengusaha tadika tersebut iaitu Pn Suhaila melalui email : crysT2ll@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Pengambilan akan dibuat pada Oktober 2011 kelak.

Admin Blog

Bersarapan dan Makan Tengahari di SCafe KU


Pihak pengurusan PD Sanctuary dengan ini mengumumkan bahawa SCafe akan beroperasi di Dewan Selera Kompleks Uniti mulai pagi esok, 8 Jun 2011, untuk memberi kemudahan bersarapan dan makan tengahari dengan harga berpatutan kepada para pelajar baru dan lama yang baru memulakan sesi pengajiannya semester ini.

Makanan disediakan secara ala Carte.

Harap maklum

PDSanctuary

Jawatan Kosong Pensyarah Sains Komputer – Keperluan Segera


Untuk mengisi keperluan segera (semester Julai 2011) jawatan kosong pensyarah Sains Komputer, maka para graduan dalam bidang Sains Komputer, IT, Computer Network atau seumpamanya dari IPT yang diiktiraf kerajaan Malaysia adalah dipelawa untuk memohon.

Kepada yang berminat sila emailkan resume anda kepada Admin. Blog (cikgubad@gmail.com) dengan segera.

Harap maklum.

Unit Komputer dan Elektronik

Jawatan Kosong Unit Pengajian Islam KU


Unit Pengajian Islam kini mempunyai dua kekosongan untuk jawatan pensyarah yang mempunyai latar belakang syariah.

Kepada graduan dalam bidang berkenaan, sama ada lulus dari IPT dalam atau pun luar negeri , jika berminat, anda dipelawa untuk memohon. Sila majukan permohonanan anda kepada Admin. Blog ( cikgubad@gmail.com ) beserta resume yang lengkap.

Selamat memohon.

b/p : Unit Pengajian Islam, Kolej UNITI

Janji Dikota 2


Pada 12 Mei lalu kumpulan ke-2 pelajar Diploma Pengurusan Muamalat telah menerima laptop Toshiba masing-masing. Pemberian laptop ini adalah pakej khas yang disediakan khusus untuk pelajar yang menerima tawaran untuk mengikuti pengajian dalam bidang Pengurusan Muamalat Kolej UNITI pada semester 1 yang lalu.

Kepada smua 7 orang pelajar DPM yang telah menerima laptop masing-masing, tahniah diucapkan.

Janji telah pun dikota sekali lagi.

Continue reading