Hari Bertemu Pelanggan Kolej UNITI (Kemas Kini)


Kepada semua siswas/i dan staf Kolej UNITI, anda dipelawa untuk hadir ke program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Unit Kaunseling dan Alumni (UKA), HEP pada 27 Julai, Rabu minggu hadapan.

Tempat program adalah di BK9/BK10 di bangunan Akademik UV. Program ini akan berlangsung dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada siswa/i dan staf Kolej UNITI untuk menyatakan secara bertulis pandangan termasuklah aduan atau komen mereka ke arah menambah baik perkhidmatan KU kepada warga KU khasnya para siswa/i.

Perkhidmatan yang boleh ‘dinilai’ siswa/i dan staf KU antara lain meliputi perkhidmatan HEA, HEP, Kewangan dan Pentadbiran, Pentadbiran Asrama, KRP, Kemudahan di KU dan UV dan sebagainya.

Kepada peserta yang menyumbang idea akan diberikan goodies sebagai ole-ole ikhlas dari UKA.

Kami di UKA mengalu-alukan kedatangan siswa/i dan staf KU agar objektif program dapat dicapai dengan jayanya.

BADRUL HISHAM ITHNIN
Eksekutif HEP (Unit Kaunseling dan Alumni)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s