Notis Masa Bekerja Jumaat 26 Ogos Kakitangan KU


Dengan sukacitanya diumumkan bahawa semua kakitangan Kolej UNITI dibenarkan untuk pulang ke rumah lebih awal pada hari ini iaitu pada jam 3.30 petang.

Namun kebenaran pulang awal ini tidak melibatkan kakitangan USB.

Kolej UNITI akan beroperasi semula pada Isnin, 5 September 2011 nanti.

Mengambil kesempatan ini, pihak pengurusan Kolej mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran kepada semua warga KU dan dengan rasa rendah diri mohon maaf zahir dan batin di atas salah silap dan keterlanjuran bahasa selama kami memberikan perkhidmatan.

Semoga Allah memberkati kita semua dan mengampunkan dosa-dosa silam kita serta diberikan rezeki menemui lailatul qadar.

Amin

 

Arahan

En Hamdan Ikram
Timb. Ketua Eksekutif (Pentadbiran dan Kewangan)

Berinfaqlah Untuk Saudara Jauh Kita – Afrika Timur


Kolej UNITI sedang menjalankan kempen Rayuan Infaq Ramadhan Afrika Timur sehingga 24 Ramadhan nanti. Usaha kemanusiaan ini digembeling untuk mendapatkan dana bagi menunaikan hak saudara jauh kita yang ditimpa musibah dan bencana di bulan Ramadhan al-kareem ini.

Kutipan infaq ini akan diserahkan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) sebuah NGO yang telah lama menjalankan kempen kemanusiaan di serata dunia, khasnya untuk membantu saudara semuslim yang ditimpa musibah alam.

Marilah kita berkongsi sedikit dari apa yang kita ada agar mereka yang malang ini dapat menyambung nafas kehidupan mereka dengan duit dan doa kita semua warga KU.

InsyaALlah HEP dengan kerjasama MPP KU akan mengedarkan tabung infaq ini untuk menerima sumbangan dari semua warga KU.

Kutipan juga akan dijalankan semasa solat Jumaat di Masjid Tg Agas, Pasir Panjang dan Masjid Nilai.

Tabung juga ada disediakan di pejabat pentadbiran UV.

Selamat berinfaq fisabilillah. Jangan tunggu hingga ke saat terakhir…24 Ramadhan.

Majlis Iftar KU 1432 H


Majlis Iftar Kolej UNITI akan berlangsung pada hari ini, 17 Ramadhan/17 Ogos bertempat di UV.

Majlis akan dimulakan pada 6.00 petang. Manakala agihan makanan kepada para pelajar akan bermula seawal jam 5.30 petang.  Diharap para pelajar telah mendapatkan kopun makanan masing-masing dari HEP.

Semua warga KU dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tahunan peringkat kolej ini.

Hebahan HEP

Simulasi PNG


Ramai pelajar dari pelbagai program telah mendapat manfaat daripada kaedah simulasi PNG yang telah dibangunkan sejak 5-6 tahun lalu, sama ada melalui kes rujukan dari Ketua Program atau datang secara sukarela.

Dari kiri : Mira, Fatin dan Ika – kesemuanya DPI Sem 5 dan merupakan pelajar yang mencapai PNGK yang baik, datang secara sukarela untuk mengetahui takdir PNG paling tinggi boleh dicapai sem ini dan sem akhir nanti. Dengan sikap positif dan berani, mereka telah mengetahui dan menerima salah satu ‘takdir’ atau keputusan PNGS/K mereka sem ini dan sem akhir nanti. (Sesi 3 Ogos 2011, dari 3.30 – 5.45 ptg di bilik cikgubad)

Sekarang dalam versi terbarunya, ia lebih memudahkan lagi pelajar memahami pengiraan PNGS dan PNGKnya melalui ciri tambahan iaitu graf PNG.

Berikut adalah peta minda mengenai simulasi PNG yang meringkaskan segalanya tentang simulasi tersebut. Pelajar dan pensyarah KU boleh memberi respons terhadap nota ringkas ini demi menambah baik lagi simulasi ini pada masa hadapan.

Klik imej untuk paparan saiz yang lebih besar.

Program Kreatif Jenama Itali di KU


Kini dua buah program baru berasaskan kreativiti iaitu Diploma in Product Design dan Diploma in Graphic Design telah ditawarkan oleh Pergaminelli Design Academy (PDA), sebuah akademi berjenama Itali yang beroperasi di dalam kampus lama Kolej UNITI di Pasir Panjang.

Pelajar semester satu sesi 2011/12 telah memulakan pengajiannya kira-kira 3 minggu lalu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program akademik ini sila klik di sini.

Bubur Lambuk untuk Pelajar UNITI


Sejumlah 500 pek bubur lambuk akan diagihkan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini kepada pelajar-pelajar Kolej UNITI.

Untuk melancarkan proses agihan ini,setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil satu pek utk diri sendiri sahaja.

Bubur lambuk ini di taja oleh anak-anak syarikat di bwh EDEN Capital Group
iaitu Kolej UNITI, UNITI Resources (UR), PDS Training Camp, Walit World dan beberapa orang individu.

Siapa cepat dia dapat! Selamat berbuka dengan bubur lambuk hari ini.

MOHD AZIDEE BIN MOHAMAD ZIN

Pegawai Unit Sukan, Kelab dan Persatuan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej UNITI
Tel-06-661 0511
Fax-06-661 0509
Hp-017-6116 818

UPIN kini di blog dan Facebook


Kini Unit Pembangunan Insaniah (UPIN) HEP maju setapak lagi dengan pembukaan blog dan Facebook bagi memudahkan akses pelajar kepada maklumat aktiviti unit ini dalam rangka usaha membentuk sahsiah pelajar selari dengan misi dan visi Kolej UNITI.

Laman Blog dan Facebook UPIN adalah seperti berikut:-

  1. Laman Blog –¬†www.insanuniti.wordpress.com
  2. Laman Facebook – Carian: Modal Insan UNITI

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi En Ahmad Turmizi melalui telefon bimbit (019-6073435), atau hubungi telefon pejabat HEP (06-6610511) pada waktu pejabat.

AHMAD TURMIZI BIN MOHD KHALIL
Pegawai Bahagian Pembangunan Insan,
Hal Ehwal Pelajar, Kolej UNITI

Mari Sertai Sukarelawan JPA


Hebahan HEP

Berminat menjadi sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia?
Kelebihan:-
1.Elaun
2.Pakaian Seragam
3.Aktiviti2 luar dan latihan
4.Ilmu Pengetahuan

Syarat Kemasukan:-
1.SPM
2.Sihat tubuh badan
3.Warganegara Malaysia
4.Umur 18 tahun ke atas
5.Tiada kes jenayah

SILA DAPATKAN BORANG KEAHLIAN DI PEJABAT HEP DENGAN KADAR SEGERA

MOHD AZIDEE BIN MOHAMAD ZIN
Pegawai Unit Sukan, Kelab dan Persatuan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej UNITI
Tel-06-661 0511
Fax-06-661 0509
Hp-017-6116 818

Kaunselor Baru KU


Kolej UNITI kini mempunyai kaunselor kedua yang baru mendaftar untuk bertugas pada hari ini. Beliau ialah Cik Mardziah bte Hasaan, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling UUM.

Pelajar boleh membuat temujanji dengan CIk Mardziah di Bilik Kaunselor UV – yang sebelum ini diduduki oleh En Mohamad Yasin.

Semoga dengan kehadiran kaunselor baru ini akan memperkasa lagi unit kaunseling Kolej UNITI dalam memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar KU.