Pengenalan Sejarah Kolej UNITI


Sebahagian pengenalan sejarah Kolej UNITI dalam Video Koperat Kolej UNITI.

Advertisements

MUET Slip


To all End-Year 2011 MUET candidates:

Your registration slip is ready to be collected from En. Khuzaimi at KU.
Please collect it before 13/10/2011 as most of you will sit for your Speaking
Test on the 13.

Thank you.

Ahmad Khuzaimi Mohammed Hanafiah

Peperiksaan Akhir Program Dalaman Sem 1 Ambilan Mei Ditunda


Sila ambil perhatian kepada semua pelajar Semester 1 Ambilan Mei Sesi 2011/12 yang sedang menduduki peperiksaan akhir sekarang. Kemungkinan kursus anda terlibat dengan perubahan tarikh bagi kursus-kursus yang dinyatakan dalam memo ini.

Berikut adalah memo berkenaan penundaan 2 hari peperiksaan yang tersebut di atas , iaitu Khamis dan Jumaat ini ke Isnin dan Selasa minggu hadapan.  Maklumat lanjut ada dalam memo di bawah.

Sila klik imej ini untuk paparan yang lebih jelas.

Harap maklum.

En Azhar Zunaidak
Unit Peperiksaan KU

Keputusan Pep. Akhir DPS Sem 2 Sesi 2010/2011 – Kemas Kini


Dimaklumkan keputusan bagi Peperiksaan Akhir DPS semester 2 Sesi 2010/2011 telah dikeluarkan mulai hari ini.

Pelajar boleh menyemak keputusan masing-masing dengan menghubungi Pn Syikin di talian 066619211.

Walaubagaimanapun slip keputusan peperiksaan hanya akan boleh diambil mulai Khamis ini, 22 Sept. Pelajar disarankan menghubungi Pn Syikin terlebih dahulu untuk mempastikan samada slip sudah boleh diambil atau belum.

Pelajar yang memerlukan surat pengesahan lulus dan tamat pengajian untuk tujuan memohon pekerjaan dan sebagainya boleh memohon untuk satu salinan daripada Pn Syikin juga.

Harap maklum

Rekod dan Peperiksaan KU
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Program Gantian MJM untuk pelajar semester 5


Salam 1 UNITI

Mohon perhatian kepada semua pelajar Kolej UNITI Semester 5, yang masih belum mengikuti program Minggu Jalinan Mesra (MJM), anda dikehendaki mendaftarkan nama anda di kaunter pentadbiran Hal Ehwal Pelajar Kolej di UNITI Village.

Kegagalan anda mendaftar dan mengikuti program gantian ini tidak memberi peluang atau hak kepada anda untuk menuntut semula yuran untuk MJM yang dibayar semasa pendaftaran masuk ke kolej pada semester pertama lalu.

Harap Maklum.

Tarikh akhir untuk proses pendaftaran nama adalah pada 6 Oktober 2011.
Tarikh program 15 & 16 Oktober @ 22 & 23 Oktober 2011 (tertakluk kepada pindaaan)

Kerjasama dari semua pelajar yang berkenaan, saya akhiri dengan ucapan terima kasih.

MOHD AZIDEE BIN MOHAMAD ZIN
Pegawai Unit Sukan, Kelab dan Persatuan
Bahagian Pentadbiran dan Kebajikan
Hal Ehwal Pelajar, Kolej UNITI
Tel-06-661 0511
Fax-06-661 0509
Hp-017-6116 818
Emel-mohd.azidee@uniti.edu.my
Web-www.uniti.edu.my

Latihan Taekwando Pertama di UV


Kelas latihan Taekwando yg pertama akan di adakan pada malam ini seperti ketetapan berikut :-

Tarikh:- 19 September 2011
Tempat:-UNITI Village
Waktu :- 8:00malam

kepada pelajar yg masih belum mendaftarkan diri, anda boleh hadir terus utk sesi latihan pada malam ini.

Sekian harap maklum

MOHD AZIDEE BIN MOHAMAD ZIN
Pegawai Unit Sukan, Kelab dan Persatuan
Bahagian Pentadbiran dan Kebajikan
Hal Ehwal Pelajar, Kolej UNITI
Tel-06-661 0511
Fax-06-661 0509
Hp-017-6116 818
Emel-mohd.azidee@uniti.edu.my
Web-www.uniti.edu.my

BTC di RTM1 Bis Malaysia


Hebahan dari Brindley Training Center

Puan Halimah dari Brindley Training Center (BTC) telah ke udara dalam siaran langsung RTM TV1, dari jam 6.00 – 6.30 petang tadi dalam Rancangan Bis Malaysia.

Beliau telah bercakap mengenai kem latihan PD Sanctuary di Pasir Panjang, yang berada berhampiran dengan kampus Kolej UNITI Pasir Panjang. BTC juga adalah trainer utama pelajar KU dalam program-program HEP.

Sumber :
Pn Hamidah Khalid, Eden Capital

Infaq Ramadhan Warga UNITI Untuk Tabung Krisis Kebukuran Somalia Melalui IRM


Disalin semula dari blog Islamic Relief Malaysia :

Pada 26 Ogos 2011, pejabat IRM telah dikunjungi oleh wakil dari Kolej Uniti untuk menyerahkan dana kutipan bagi Tabung Krisis Kebuluran Somalia. Pihak IRM telah diwakili oleh Ketua Pengumpulan Dana dan Pengurusan Rakan Kerjasama, Pn Siti Fadilah . Terima kasih diucapkan kepada En. Kamal dan En. Amir dan warga Kolej Uniti yang sudi membantu usaha kami menjayakan dana ini.

——

Nota Administrator Blog KU :

Alhamdulillah sumbangan atau infaq ikhlas warga Kolej UNITI akan terus disalurkan kepada Dana atau Tabung Krisis Kebuluran Somalia melalui inisiatif kemanusiaan IRM.

Moga ALlah menjadikan kita sebagai hamba-hambaNya yang dikurniakan rezeki tetapi tidak lokek untuk membelanjakan ke jalan ALlah (fi sabillah), selain menunaikan kewajiban berzakat bagi mereka yang telah mempunyai taklif di sisi syariat.

Teruskan niat dan berinfaq di bulan Syawal dan bulan-bulan lain selepas ini agar ia menjadi amalan yang sebati mendarah daging dalam diri kita. Semoga harta kita semakin bersih dan subur melalui sifir dan keberkatan bersedeqah, sebagaimana yang dijanjikan Allah swt.

Amin