Jadual Peperiksaan Akhir DKTM


Advertisements

UNITI BERTARING DI IPTIM


Langsung dari Ketua Kontinjen UNITI En Rizal Abd Razak di sukan IPTIM.

Malam ini pada 8.30 malam pasukan volleyball UNITI akan menentang CFS UIAM.

Esok pula quater final, pasukan futsal UNITI menentang KUIN. Jika menang, UNITI akan memasuki semi final melawan Univ of Yala Thailand pula.

Warga siswa/i KU dapat menyokong dari jauh (sedang bercuti) dengan mendoakan kejayaan pasukan UNITI yang bakal berjuang malam ini.

Semoga UNITI berjaya menempa nama di persada sukan IPTIM.

Amin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagu WARISAN untuk siswa/i KU


Konvokesyen Kolej UNITI kali ke-10 2011 yang telah berlangsung dengan jayanya semalam, 8 Oktober 2011 di Klana Resort Seremban telah mencatatkan sejarah yang tersendiri.

Selain menganugerahkan jumlah graduan paling ramai setakat ini iaitu 492 graduan, konvokeseyen kali ini juga – buat pertama kalinya – memperdengarkan lagu kolej Uniti bertajuk Warisan kepada para hadirin.

Melalui inisiatif Ketua Eksekutif KU iaitu Tn Hj Jamal Mohd Amin, lagu ini dijangka mencetus fenomena baru ke atas para siswa/i Kolej UNITI khasnya dalam menyuntik kesedaran dan tanggungjawab sebagai pelajar yang bakal mewarisi kepimpinan negara ini satu hari nanti.

Kepada anda siswa/i KU, hafal dan fahamilah maksud tersurat dan tersirat di sebalik lirik lagu ini.

Kenangan Semalam Yang Bermakna


Untuk tatapan para siswa/i Kolej UNITI dan pengunjung blog ini – beberapa gambar yang sempat dirakam lensa kamera cikgubad. Semoga kenangan ini memberi motivasi kepada kalian untuk berjaya seperti mereka, para graduan semalam.

Gambar selebihnya akan dimuatnaik kemudian. Nantikan makluman kemas kininya.

Antara graduan lelaki DPS yang sedikit (golongan minoriti)

Kembar Farah dan Ain (DPS). Salah satu daripada sekurang-kurangnya 4-5 pasangan kembar dalam program DPS yang berjaya menamatkan pengajian.

Graduan DPI-PJJ UNITI-PERDAUS (Singapura) mengatur langkah dalam perarakan graduan ke dewan konvokesyen.

Khusyuk dan tawadhuk memohon restu dan kesejahteraan dari Yang Esa.

Barisan pensyarah yang patriotik. Saat ketika lagu Negaraku dikumandangkan.

Continue reading

Anda Sukakan Produk Ini ?


Koperasi Kolej UNITI akan menjual barangan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.

Barangan ini telah direka hias oleh Pergaminelli Design Accademia (PDA).

Justeru sebelum barangan ini dijual kelak, pihak koperasi terlebih dahulu ingin mendapat pandangan pelajar KU adakah anda menyukai atau tidak barangan ini.

Sila beri pendapat atau komen yang bernas.

Terima kasih kerana mengambil bahagian dalam tinjauan ini.