Tawaran Jawatan Guru Tadika di Senawang


Tawaran jawatan guru tadika ini datangnya dari Pn Yusnita Alwia, pengusaha tadika swasta di Senawang yang memerlukan guru tadika utk thn 2012. Beliau sangat mengalu-alukan graduan kolej uniti yang berminat untuk menyertai tadika beliau.

Kepada graduan DPS yang berminat boleh terus menghubungi beliau di talian 0134669039 dengan kadar segera.

 

Jawatan Kosong Pensyarah Pra-Sekolah – Keperluan Segera


Jabatan Pendidikan Pra-Sekolah dengan ini menawarkan empat (4) kekosongan jawatan pensyarah untuk keperluan semester baru Januari 2012.

Keutamaan diberikan kepada graduan ijazah sarjana muda atau sarjana :

pendidikan pra-sekolah / pendidikan awal kanak-kanak / pendidikan khas atau yang setara dengannya dari IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Lulusan dalam psikologi atau pembangunan manusia juga boleh dipertimbangkan jika lulus sesi temuduga yang dijalankan.

Sila majukan permohonan anda ke cikgubad@gmail.com atau noradilla@uniti.edu.my dengan kadar yang segera. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga dalam masa terdekat.

 

NORADILLA BINTI ABDUL GHAFAR
Pen. Ketua Jabatan (Akademik)
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Kolej UNITI,
Port Dickson, Negeri Sembilan.
No. Tel. (Pejabat) : 06-66610513
No. Tel. (H/P)      : 012-2765796
Email : noradilla@uniti.edu.my